Tuesday 24 July 2012

GERAN KOMUNAL LUCUT HAK ANAK NEGERI?




CERAMAH.... Peguam Datuk Kong Hong Ming ketika menyampaikan ceramah dan khabar gembira berkenaan perjuangan Tanah Adat di Kg. Kabatang Baru, Sook.

Oleh : GALUS AHTOI

"Geran Komunal (asli) sepatutnya adalah berasaskan pemilikan Tanah Adat (NCR). Ia penting untuk memberikan hak-milik secara berkumpulan dan mudah untuk mengelakan sebarang pencerobohan/kemasukan orang luar. Anda/pemilik Tanah Adat juga bebas mengusaha dan tinggal di atas tanah adat anda.

Sampai masanya, bila semua kawasan telah diusahakan sepenuhnya, geran ini boleh di bahagi-bahagi mengikut lot indvidu menurut sempadan adat. Keadaan ini memang boleh dilaksanakan sepertimana dalam Seksyen 77, Ordinan Tanah Sabah Bab 68. Inilah Geran Komunal yang sepatutnya," kata Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming semasa Ceramah dan Dialog Tanah Adat di Kabatang Baru, Sook, Keningau baru-baru ini.

Komuniti di sekitar Kg. Kabatang Baru, Sook sedang berdepan dengan dilema apabila Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan kawasan wilayah tanah adat mereka sebagai Geran Komunal.

Geran Komunal bagi kerajaan Barisan Nasional adalah untuk dimajukan secara usahasama dengan agensi kerajaan sama ada untuk perladangan kelapa sawit ataupun getah.

Buat masa ini pemberian Geran Komunal juga merupakan satu penghinaan kepada status pemilikan tanah adat iaitu menurunkan status mereka daripada 'Pemilik' tanah adat kepada 'Benifesiari' sahaja!

Geran Komunal merupakan cara paling halus kerajaan merampas tanah adat tanpa bantahan daripada pemilik tanah adat!

18 comments:

  1. geran komunal adalah untuk rakyat...kerajaan membantu rakyat, bukan menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geran komunal dpt memastikan tanah2 penduduk tidak dpt dimiliki orang lain.

      Delete
    2. The government should prioritise the people.

      Delete
  2. apa pun, lagi bagus kalau tribunal tanah adat ditubuhkan untuk menyelesaikan isu2 berkaitan hak NCR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Harap kerajaan akan beri perhjatian sewajarnya terhadap permintaan rakyat mengenai penubuhan NCR ini.

      Delete
    2. sama2lah rakyat dan pemimpin berjuang untuk menuntut penubuhan tribunal tanah.

      Delete
    3. Tribunal memang harus ditubuhkan untuk mengendalikan isu dan hak milik tanah.

      Delete
    4. Pertubuhan Tribunal harus positif untuk melindungi hak milik tanah.

      Delete
  3. Niat kerajaan memang untuk bantu rakyat tapi hairan ada juga pihak yang suka putar belit keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penduduk harus diberi penjelasan agar mereka tau pentingnya geran komunal.

      Delete
    2. Mereka yang sudah menerima geran komunal ni pasti sudah ada pengalaman yang boleh dikongsikan.harap ada antara mereka yang tampil untuk berkongsi mengenai geran ni.

      Delete
  4. Rakyat sendiri juga faham apa yang berlaku agar tidak kekeliruan.

    ReplyDelete
  5. Hak milik harus dipelihara agar tidak diancam oleh mana-mana pihak yang mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  6. Jika kerajaan juga gagal mempertahankan hak milik, siapa lagi rakyat boleh harapkan.

    ReplyDelete
  7. Pastikan geran komunal dapat memberi manfaat kepada pemilik tanah.

    ReplyDelete
  8. Geran Komunal ini bukannya kerajaan ingin merampas tanah penduduk. Tapi ini bagi memastikan masalah penjualan tanah tanpa berfikir panjang ini akan menyusahkan diri sendiri nanti.

    ReplyDelete
  9. Tidak perlulah cuba untuk menghasut dan menghantui fikiran penduduk dengan pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete