CERAMAH....
Peguam Datuk Kong Hong Ming ketika menyampaikan ceramah dan khabar gembira
berkenaan perjuangan Tanah Adat di Kg. Kabatang Baru, Sook.
Oleh : GALUS AHTOI
"Geran Komunal (asli)
sepatutnya adalah berasaskan pemilikan Tanah Adat (NCR). Ia penting untuk
memberikan hak-milik secara berkumpulan dan mudah untuk mengelakan sebarang
pencerobohan/kemasukan orang luar. Anda/pemilik Tanah Adat juga bebas mengusaha
dan tinggal di atas tanah adat anda.
Sampai masanya, bila semua
kawasan telah diusahakan sepenuhnya, geran ini boleh di bahagi-bahagi mengikut
lot indvidu menurut sempadan adat. Keadaan ini memang boleh dilaksanakan
sepertimana dalam Seksyen 77, Ordinan Tanah Sabah Bab 68. Inilah Geran Komunal
yang sepatutnya," kata Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming semasa
Ceramah dan Dialog Tanah Adat di Kabatang Baru, Sook, Keningau baru-baru ini.
Komuniti di sekitar Kg.
Kabatang Baru, Sook sedang berdepan dengan dilema apabila Kerajaan Negeri
bercadang untuk mewartakan kawasan wilayah tanah adat mereka sebagai Geran
Komunal.
Geran Komunal bagi kerajaan Barisan
Nasional adalah untuk dimajukan secara usahasama dengan agensi kerajaan sama ada
untuk perladangan kelapa sawit ataupun getah.
Buat masa ini pemberian
Geran Komunal juga merupakan satu penghinaan kepada status pemilikan tanah adat
iaitu menurunkan status mereka daripada 'Pemilik' tanah adat kepada 'Benifesiari'
sahaja!
Geran Komunal merupakan cara
paling halus kerajaan merampas tanah adat tanpa bantahan daripada pemilik tanah
adat!
geran komunal adalah untuk rakyat...kerajaan membantu rakyat, bukan menyusahkan rakyat.
ReplyDeletegeran komunal dpt memastikan tanah2 penduduk tidak dpt dimiliki orang lain.
DeleteThe government should prioritise the people.
Deleteapa pun, lagi bagus kalau tribunal tanah adat ditubuhkan untuk menyelesaikan isu2 berkaitan hak NCR..
ReplyDeleteYa betul tu. Harap kerajaan akan beri perhjatian sewajarnya terhadap permintaan rakyat mengenai penubuhan NCR ini.
Deletesama2lah rakyat dan pemimpin berjuang untuk menuntut penubuhan tribunal tanah.
DeleteTribunal memang harus ditubuhkan untuk mengendalikan isu dan hak milik tanah.
DeletePertubuhan Tribunal harus positif untuk melindungi hak milik tanah.
DeleteNiat kerajaan memang untuk bantu rakyat tapi hairan ada juga pihak yang suka putar belit keadaan.
ReplyDeletependuduk harus diberi penjelasan agar mereka tau pentingnya geran komunal.
DeleteMereka yang sudah menerima geran komunal ni pasti sudah ada pengalaman yang boleh dikongsikan.harap ada antara mereka yang tampil untuk berkongsi mengenai geran ni.
DeleteRakyat sendiri juga faham apa yang berlaku agar tidak kekeliruan.
ReplyDeleteHak milik harus dipelihara agar tidak diancam oleh mana-mana pihak yang mengambil kesempatan.
ReplyDeleteJika kerajaan juga gagal mempertahankan hak milik, siapa lagi rakyat boleh harapkan.
ReplyDeleteKerajaan perlu membela nasib rakyat.
DeletePastikan geran komunal dapat memberi manfaat kepada pemilik tanah.
ReplyDeleteGeran Komunal ini bukannya kerajaan ingin merampas tanah penduduk. Tapi ini bagi memastikan masalah penjualan tanah tanpa berfikir panjang ini akan menyusahkan diri sendiri nanti.
ReplyDeleteTidak perlulah cuba untuk menghasut dan menghantui fikiran penduduk dengan pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya.
ReplyDelete