Thursday 5 July 2012

KITAR SEMULA BERI MANFAAT SAMPINGAN




KERTAS.......Azizah diberi penerangan mengenai pembinaan rumah kertas oleh ahli jawatankuasa Persatuan Suara Belia Beaufot ketika berada di dalam rumah kertas tersebut.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Amalan kitar semula mampu memberi manfaat bukan sahaja dari segi kebersihan dan kesihatan malah boleh memberi pendapatan tambahan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, mereaka yang menyedari bahan terbuang seperti bekas minuman dan kertas surat khabar boleh dipasarkan akan mengambil peluang mengumpulkan bahan-bahan tersebut untuk dijual.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hijau 'Sayangi Beaufort Kita' anjuran Persatuan Ahli Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysiadi di Dewan SRJK Kung Ming di sini.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berharap masyarakat di sini dapat meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan terutamanya di kawasan pekan, premis perniagaan dan kawasan taman.

 

INTERAKSI.......Azizah berinteraksi dengan seorang peniaga di Pekan Beaufort selepas mengagehkan risalah Program Hijau.

“Marilah kita bersama-samalah menerapkan kesedaran mengutamakan menjaga kebersihan ini dalam keluarga dan masyarakat bagi memastikan kawasan persekitaran pekan, dalam keadaan bersih sepanjang masa agar kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya yang menyampaikan sijil penghargaan dan anugerah premis tanpa sampah kepada SRJK Kung Ming, Beaufort, Serambi Wawasan Membakut dan seorang peniaga individu di Pekan Beaufort.

Terdahulu, Azizah melawat dan merasmikan sebuah rumah yang dibina menggunakan kertas oleh Persatuan Suara Belia Beaufort dan membahagi-bahagikan risalah mengenai program itu ke premis perniagaan di sini.

Beliau juga menyaksikan pameran kerja tangan murid-murid SRJK Kung Ming yang diperbuat daripada bahan terbuang seperti tin minuman, kertas, botol dan sebagainya.

8 comments:

  1. amalan kitar semula perlu kita amalkan. kiata memberi byk manfaat. ia dpt mengurangkan longgokan sampah dan menjaga alam.

    ReplyDelete
  2. Hope that we all can play our part in spreading awareness regarding cleanliness and environmental protection.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Interesting concept, building a house with recycled paper. Good job to the SRJK Kung Ming students as well for using recycled items for handicraft.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Bagus juga program kitar semula ini didedahkan sebaiknya. Kerana program sebegini membawa kebaikkan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  5. mana2 bahan yang boleh dikitar semula, bagus kita manfaatkan sebaiknya daripada dibuang dan mencemarkan alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitar semula untuk kegunaan semula barang2 tu. bagus boleh jimat.

      Delete
  6. Kitar semula boleh membawa banyak kebaikan kepada alam sekitar. Jadi, sama2 la kita mengitar semula.

    ReplyDelete
  7. saya rasa kalaulah bahan buangan yang boleh dikitar semula ini dapat dinaikkan nilainya, pasti program kitar semula ini mampu mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan orang awam.. kadang kala orang awam tidak memandang serius perkara ini kerana pulangan yang diperolehi terlalu kecil..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete