KERTAS.......Azizah diberi penerangan mengenai pembinaan
rumah kertas oleh ahli jawatankuasa Persatuan Suara Belia Beaufot ketika berada
di dalam rumah kertas tersebut.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Amalan kitar
semula mampu memberi manfaat bukan sahaja dari segi kebersihan dan kesihatan
malah boleh memberi pendapatan tambahan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat
dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata, mereaka yang
menyedari bahan terbuang seperti bekas minuman dan kertas surat khabar boleh
dipasarkan akan mengambil peluang mengumpulkan bahan-bahan tersebut untuk
dijual.
Beliau berkata demikian
ketika merasmikan Program Hijau 'Sayangi Beaufort Kita' anjuran Persatuan Ahli
Majlis Wanita Kerajaan Tempatan Malaysiadi di Dewan SRJK Kung Ming di sini.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berharap masyarakat di sini dapat meningkatkan
kesedaran menjaga kebersihan terutamanya di kawasan pekan, premis perniagaan
dan kawasan taman.
INTERAKSI.......Azizah berinteraksi dengan seorang peniaga
di Pekan Beaufort selepas mengagehkan risalah Program Hijau.
“Marilah kita
bersama-samalah menerapkan kesedaran mengutamakan menjaga kebersihan ini dalam
keluarga dan masyarakat bagi memastikan kawasan persekitaran pekan, dalam
keadaan bersih sepanjang masa agar kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih
selesa,” katanya yang menyampaikan sijil penghargaan dan anugerah premis tanpa
sampah kepada SRJK Kung Ming, Beaufort, Serambi Wawasan Membakut dan seorang
peniaga individu di Pekan Beaufort.
Terdahulu, Azizah melawat
dan merasmikan sebuah rumah yang dibina menggunakan kertas oleh Persatuan Suara
Belia Beaufort dan membahagi-bahagikan risalah mengenai program itu ke premis
perniagaan di sini.
Beliau juga menyaksikan pameran
kerja tangan murid-murid SRJK Kung Ming yang diperbuat daripada bahan terbuang
seperti tin minuman, kertas, botol dan sebagainya.
amalan kitar semula perlu kita amalkan. kiata memberi byk manfaat. ia dpt mengurangkan longgokan sampah dan menjaga alam.
ReplyDeleteHope that we all can play our part in spreading awareness regarding cleanliness and environmental protection.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Interesting concept, building a house with recycled paper. Good job to the SRJK Kung Ming students as well for using recycled items for handicraft.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Bagus juga program kitar semula ini didedahkan sebaiknya. Kerana program sebegini membawa kebaikkan kepada semua pihak.
ReplyDeletemana2 bahan yang boleh dikitar semula, bagus kita manfaatkan sebaiknya daripada dibuang dan mencemarkan alam.
ReplyDeleteKitar semula untuk kegunaan semula barang2 tu. bagus boleh jimat.
DeleteKitar semula boleh membawa banyak kebaikan kepada alam sekitar. Jadi, sama2 la kita mengitar semula.
ReplyDeletesaya rasa kalaulah bahan buangan yang boleh dikitar semula ini dapat dinaikkan nilainya, pasti program kitar semula ini mampu mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan orang awam.. kadang kala orang awam tidak memandang serius perkara ini kerana pulangan yang diperolehi terlalu kecil..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)