Monday 23 July 2012

LAJIM JUMPA NIK AZIZ DI KOTA BHARU




Oleh : MOHD FIRDAUS M NOOR

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lajim makin rapat dngn pemimpin pembangkang. dia mmg akan sertai pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni pun Lajim pernah menghadiri perjumpaan dengan pemimpin2 pembangkang yang lain. memang banyak sudah petanda Lajim akan menyertai PR.

    ReplyDelete
  4. Tunggu saja kejutan yang dibuat oleh Lajim lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejutan yang bakal dibuat Lajim hanya mahu menarik simpatai rakyat kepada dia.

      Delete
  5. Tu pasal kerjasama dalam menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
  6. Mungkin Datuk Lajim sedang dalam tugas beliau.

    ReplyDelete