NGO pro-Pakatan Rakyat,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat
tangkapan awam terhadap warganegara asing dan 'agen tempatan' yang cuba
mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.
"SAMM akan bersama sekutu
anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal
di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen
seluruh negara," kata NGO itu.
Menurut kenyataan kumpulan
itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang
tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.
"Maka rakyat bersatu
hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan
sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.
Resolusi diperoleh hasil
rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment