Monday 23 July 2012

NASRUN KHIANATI RAKYAT DAN PENGHALANG RCI?





ASING.... Dua makhluk asing, Sharif Saidi (kiri) dan Aljen (dua dari kiri) yang menjadikan Anak Jati Sabah membenci UMNO dan membuatkan Nasrun digelar sebagai pelindung PATI.


Saudara Pengarang,

PENDEDAHAN Sabahkini.net berhubung status ADUN Sebatik, Muis Picho sebagai salah seorang 'Warga Penyu' yang mendapat kedudukan dalam politik di Sabah memang agak mengejutkan saya, terutama generasi muda yang masih cetek pengetahuan berhubung kewujudan PATI yang meresap dalam parti keramat orang Melayu, UMNO.

Mata saya terbuka luas setelah membaca buku 'IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah' di Perpustakaan Kota Kinabalu; buku 'IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?' yang saya pinjam daripada seorang Ahli Parlimen dan '007-Lelaki Malaysia Terakhir' kesemuanya tulisan Mutalib M.D yang saya pesan secara on-line daripada Portal Sabahkini.net.

Walaupun saya tidak pernah mengenali Mutalib M.D, namun melalui bukunya saya tahu beliau menetap di Lahad Datu sejak 1972 dan sudah pastinya mengenali PATI yang membanjiri Sabah di era 1970-an.

Sesuatu yang menjadi tandatanya saya ialah bagaimana seorang Pembantu Menteri Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur tanpa segan silu melantik PATI yang mendapat IC Projek, Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan Aljen Johny sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat Lahad Datu?

Sebagai Peguam bertauliah, saya tidak fikir Datuk Nasrun tidak kenal dua 'Makhluk Asing' ini yang bukan sahaja dibenci penduduk tempatan Lahad Datu, malah menyebabkan 'Pemegang IC Projek' telah merampas kuasa Anak Jati Lahad Datu dalam serba serbi, termasuk politik, ekonomi dan status sosial.


 



Saya rasa semua penduduk asal Lahad Datu telah mengenali Sharif Saidi iaitu 'Keldai Politik' Nasrun sejak UMNO masuk ke Sabah. Namun saya ingin menarik perhatian berhubung Aljen Johny yang agak asing kerana kurang diketahui ramai sehinggalah Narun melantik beliau sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat, AJK UMNO serta menamakan beliau sebagai Bakal Calon UMNO di DUN Lahad Datu pada pilihanraya umum akan datang.

Mengikut maklumat yang saya terima daripada bapa saudara saya, Aljen dilahirkan di Filipina dan datang ke Sabah secara haram mengikut bapanya, Haji Abdul Rahman.

Oleh kerana bapanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika itu, maka bapa saudaranya yang ketika itu telah memiliki IC Projek, Johnny mengambil beliau sebagai anak angkat dan membinkan dengan namanya iaitu Johnny @ Haji Abdul Ghani @ Jamjani.

Johnny telah menguruskan sijil lahir daftar lewat dan memohon kad pengenalan dengan memalsukan segala keterangan diri Aljen.

Sehubungan itu, saya mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah dan UMNO menjalankan siasatan rapi terhadap dua 'Makhluk Asing' ini sejajar dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah dan Badan Perhubungan UMNO Sabah menyokong penubuhan RCI.

Cukuplah ada seorang ADUN daripada PATI dan pastikan Aljen bukan sahaja tidak menjadi calon, malah sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat kerana beliau telah menjadi pelindung PATI dan punca PATI sukar dibendung di Lahad Datu.



 


Saya akan mendedahkan sijil lahir daftar lewat Aljen dalam masa terdekat dan dalam masa yang sama mencabar beliau melakukan ujian DNA bagi membuktikan bahawa beliau ada hubungan darah dengan bapanya atau bapa angkatnya atau sesiapa sahaja yang melindungi beliau selama ini.

Walaupun saya seorang wanita dan mempunyai ijazah dalam bidang Sains Politik daripada universiti tempatan, tetapi saya tidak berminat menceburi politik di Silam kerana dicemari PATI dan pemimpin yang rasuah.

Saya membuat pendedahan ini kerana menyokong penubuhan RCI yang wajib menyiasat semua 'makhluk asing' yang berselindung di dalam UMNO dan mencuri makan di dalam Kerajaan Negeri Sabah atau Persekutuan, sedangkan gaji mereka dibayar oleh rakyat Sabah yang masih menderita dalam kepapaan.

Semoga Datuk Nasrun yang saya hormati, tidak lagi memberi pelbagai alasan untuk memecat dua 'Makhluk Asing' ini atau saya terpaksa mengisytiharkan perang saraf terhadap Nasrun dan memastikan beliau tewas pada pilihanraya umum akan datang.

Salam Hormat,

MIZMAH SALLAHUDDIN

17 comments:

  1. Masing-masing punya pendirian mengenai RCI, namun saya yakin kerajaan akan buat keputusan terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Apapun, saya berharap agar isu pati di Sabah dapat ditanggani segera sebaikknya sebelum PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slagi ada PATI selagi itu masalah2 di Sabah takkan selesai.

      Delete
    2. Penyelesaian masalah PATI ni mengambil tempoh masa yang panjang. rasanya walaupun RCI akan dilaksanakan tahun ni, tahun depan masih belum akan selesai.

      Delete
    3. Isu ini tidak harus ditangguhkan lagi.

      Delete
  3. Mungkin perkara ni perlu disiasat supaya kebenaran dapat diketahui.

    ReplyDelete
  4. I thought Najib is in the stage to setup the team member already?

    ReplyDelete
  5. PATI harus dihantar balik ke negara asal, golongan ini tidak membawa manfaat kepada perkembangan negara.

    ReplyDelete
  6. Jabatan yang terlibat dalam pemberian mykad dll harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan harus bertindah cepat sebab kes PATI harus diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. RCi harus bertindak dan membuat siasatan yang wajar dengan kes projek ic, mykad palsu dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus dilaksanakan secepat yang mungkin.

      Delete
  9. Kerajaan Persekutuan pasti menunaikan janji kepada rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  10. RCI tidak seharusnya dihalang, sepatutnya disokong.

    ReplyDelete
  11. RCI tidak patut ditanggunh terlalu lama lagi. Sememangnya patut dilaksanakan sudah.

    ReplyDelete