ASING.... Dua makhluk asing, Sharif Saidi (kiri) dan Aljen (dua dari kiri) yang menjadikan Anak Jati Sabah membenci UMNO dan membuatkan Nasrun digelar sebagai pelindung PATI.
Saudara Pengarang,
PENDEDAHAN Sabahkini.net
berhubung status ADUN Sebatik, Muis Picho sebagai salah seorang 'Warga Penyu'
yang mendapat kedudukan dalam politik di Sabah memang agak mengejutkan saya,
terutama generasi muda yang masih cetek pengetahuan berhubung kewujudan PATI
yang meresap dalam parti keramat orang Melayu, UMNO.
Mata saya terbuka luas
setelah membaca buku 'IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah' di Perpustakaan Kota
Kinabalu; buku 'IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?' yang saya pinjam
daripada seorang Ahli Parlimen dan '007-Lelaki Malaysia Terakhir' kesemuanya
tulisan Mutalib M.D yang saya pesan secara on-line daripada Portal
Sabahkini.net.
Walaupun saya tidak pernah
mengenali Mutalib M.D, namun melalui bukunya saya tahu beliau menetap di Lahad
Datu sejak 1972 dan sudah pastinya mengenali PATI yang membanjiri Sabah di era
1970-an.
Sesuatu yang menjadi
tandatanya saya ialah bagaimana seorang Pembantu Menteri Sabah yang juga Ketua
UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur tanpa segan silu melantik
PATI yang mendapat IC Projek, Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua
Penerangan UMNO Silam dan Aljen Johny sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat Lahad
Datu?
Sebagai Peguam bertauliah, saya
tidak fikir Datuk Nasrun tidak kenal dua 'Makhluk Asing' ini yang bukan sahaja
dibenci penduduk tempatan Lahad Datu, malah menyebabkan 'Pemegang IC Projek'
telah merampas kuasa Anak Jati Lahad Datu dalam serba serbi, termasuk politik,
ekonomi dan status sosial.
Saya rasa semua penduduk
asal Lahad Datu telah mengenali Sharif Saidi iaitu 'Keldai Politik' Nasrun
sejak UMNO masuk ke Sabah. Namun saya ingin menarik perhatian berhubung Aljen
Johny yang agak asing kerana kurang diketahui ramai sehinggalah Narun melantik
beliau sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat, AJK UMNO serta menamakan beliau
sebagai Bakal Calon UMNO di DUN Lahad Datu pada pilihanraya umum akan datang.
Mengikut maklumat yang saya
terima daripada bapa saudara saya, Aljen dilahirkan di Filipina dan datang ke
Sabah secara haram mengikut bapanya, Haji Abdul Rahman.
Oleh kerana bapanya tidak
mempunyai dokumen pengenalan diri ketika itu, maka bapa saudaranya yang ketika
itu telah memiliki IC Projek, Johnny mengambil beliau sebagai anak angkat dan
membinkan dengan namanya iaitu Johnny @ Haji Abdul Ghani @ Jamjani.
Johnny telah menguruskan
sijil lahir daftar lewat dan memohon kad pengenalan dengan memalsukan segala
keterangan diri Aljen.
Sehubungan itu, saya
mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah dan UMNO menjalankan siasatan rapi terhadap
dua 'Makhluk Asing' ini sejajar dengan keputusan Kerajaan Negeri Sabah dan
Badan Perhubungan UMNO Sabah menyokong penubuhan RCI.
Cukuplah ada seorang ADUN
daripada PATI dan pastikan Aljen bukan sahaja tidak menjadi calon, malah
sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat kerana beliau
telah menjadi pelindung PATI dan punca PATI sukar dibendung di Lahad Datu.
Saya akan mendedahkan sijil
lahir daftar lewat Aljen dalam masa terdekat dan dalam masa yang sama mencabar
beliau melakukan ujian DNA bagi membuktikan bahawa beliau ada hubungan darah
dengan bapanya atau bapa angkatnya atau sesiapa sahaja yang melindungi beliau
selama ini.
Walaupun saya seorang wanita
dan mempunyai ijazah dalam bidang Sains Politik daripada universiti tempatan,
tetapi saya tidak berminat menceburi politik di Silam kerana dicemari PATI dan
pemimpin yang rasuah.
Saya membuat pendedahan ini
kerana menyokong penubuhan RCI yang wajib menyiasat semua 'makhluk asing' yang
berselindung di dalam UMNO dan mencuri makan di dalam Kerajaan Negeri Sabah
atau Persekutuan, sedangkan gaji mereka dibayar oleh rakyat Sabah yang masih
menderita dalam kepapaan.
Semoga Datuk Nasrun yang
saya hormati, tidak lagi memberi pelbagai alasan untuk memecat dua 'Makhluk
Asing' ini atau saya terpaksa mengisytiharkan perang saraf terhadap Nasrun dan
memastikan beliau tewas pada pilihanraya umum akan datang.
Salam Hormat,
MIZMAH SALLAHUDDIN
Masing-masing punya pendirian mengenai RCI, namun saya yakin kerajaan akan buat keputusan terbaik untuk semua.
ReplyDeleteyang pasti majoriti inginkan RCI ditubuhkan.
DeleteTOR sudah finalise?
DeleteApapun, saya berharap agar isu pati di Sabah dapat ditanggani segera sebaikknya sebelum PRU13.
ReplyDeleteslagi ada PATI selagi itu masalah2 di Sabah takkan selesai.
DeletePenyelesaian masalah PATI ni mengambil tempoh masa yang panjang. rasanya walaupun RCI akan dilaksanakan tahun ni, tahun depan masih belum akan selesai.
DeleteIsu ini tidak harus ditangguhkan lagi.
DeleteMungkin perkara ni perlu disiasat supaya kebenaran dapat diketahui.
ReplyDeleteI thought Najib is in the stage to setup the team member already?
ReplyDeletePATI harus dihantar balik ke negara asal, golongan ini tidak membawa manfaat kepada perkembangan negara.
ReplyDeleteJabatan yang terlibat dalam pemberian mykad dll harus disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeleteKerajaan harus bertindah cepat sebab kes PATI harus diselesaikan secepat mungkin.
ReplyDeleteRCi harus bertindak dan membuat siasatan yang wajar dengan kes projek ic, mykad palsu dll.
ReplyDeleteRCI harus dilaksanakan secepat yang mungkin.
DeleteKerajaan Persekutuan pasti menunaikan janji kepada rakyat di Sabah.
ReplyDeleteRCI tidak seharusnya dihalang, sepatutnya disokong.
ReplyDeleteRCI tidak patut ditanggunh terlalu lama lagi. Sememangnya patut dilaksanakan sudah.
ReplyDelete