Monday 2 July 2012

PELATIH ANGKAT BERAT DUNIA



Saudara Pengarang,

KAMI di Persatuan Angkat Berat Putrajaya dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, mengadakan program untuk melahirkan atlet bertaraf dunia menjelang Olimpik 2020. Pada masa ini latihan kami di Kompleks Sukan Desa Tasik Sg Besi, Kuala Lumpur.

Kebanyakan atlet berasal daripada ahli keluarga asal SABAH yang ibubapa mereka bekerja di sekitar Kuala Lumpur

Sehingga minggu lepas, Wilayah Persekutuan Putrajaya meluluskan belanjawan khas untuk Sukan Angkat Berat.

Kriteria Pelatih yang di kehendaki :

1. Had umur untuk menyertai program ini adalah 13 tahun – 15 tahun

2. Kriteria yang dikehendaki adalah boleh membaca dan menulis, sihat tubuh badan, aktif dalam sukan dan lasak serta berdisiplin. 

3. Pelajar tersebut akan dibiayai sepenuhnya sepanjang dia berada di dalam program ini. Perbelanjaan tersebut merangkumi:

a. Tempat tinggal
b. Makan dan minum
c. Tempat latihan
d. Sekolah 

4. Kuota untuk program ini adalah :
a. Lelaki = 12 orang
b. Perempuan = 16 orang

5. Pihak kami akan mengadakan Pemilihan Bakat ke atas peserta-peserta yang berminat untuk menyertai program ini.

6. Sekiranya ada pelajar yang tercicir atau tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi lebih cenderung untuk berjaya dalam bidang sukan secaranya sepenuh masa adalah dialu-alukan.

Jadi kami percaya kebanyakan hanya Atlet asal Sabah saja yang berpotensi untuk di ketengahkan dalam sukan angkat berat. Segala pertanyaan dan kemusykilan, sila email di janius19@yahoo.com atau nombor telefon 0138999993.

AHMAD JANIUS ABDULLAH
Presiden Angkat Berat Putrajaya
Penolong Setiausaha Persekutuan Angkat Berat Malaysia

10 comments:

  1. Hope that students who are interested to be trained in weight lifting category will consider attending this audition held by Persatuan Angkat Berat Putrajaya.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. It is a good opportunity for Sabahan to get involved in the weight lifting sport.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sesiapa yang brminat dan berbakat, baik gunakan peluang ini untk menjadi atlit angkat berat.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada peluang macam ni

    ReplyDelete
  5. wah!kebanyakan atlit angkat berat orang Sabah??

    ReplyDelete
  6. semoga ini akan dapat membantu mencari pelapis angkat berat di Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Meti besar2 otot2 durang ni

    ReplyDelete
  8. itu porter gunung kinabalu sangat sesuai tu ikut sukan angkat berat..

    ReplyDelete
  9. anyway, saya harap ramai la rakyat Sabah yang berminat untuk menyertai sukan ini.. bukan senang dapat pembiayaan dari segi makan minum, tempat tinggal dan sekolah..

    ReplyDelete