TIMBALAN pengerusi Umno
Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa hubungan kakaknya Datuk
Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan
politiknya.
“Seperti mana bapa (Tun)
sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya
sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, seperti dilaporkan Sinar
Harian hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr
Mahathir yang berharap supaya Marina tidak terlalu rapat dengan BERSIH 2.0 atau
gerakan anti-kerajaan kerana akan menjejaskan masa depan politiknya, seperti
disiarkan laman video Mobtv pada 28 Jun lalu.
Dalam kenyataan itu,
Mahathir menyatakan harapan supaya Marina sedar bahawa sokongan berkenaan
"tidak elok untuk kerajaan pemerintah."
"Beliau juga perlu
bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang akan bertanding pilihan raya
nanti.
"Mungkin sebab dia
tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa saja.
"Saya tidak bersetuju
dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan
anak kita 'jangan begitu, jangan begini'. Mereka boleh fikir sendiri,"
katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.
Mahathir yang juga penaung
kumpulan pro-Melayu PERKASA sebelum ini bergeser dengan Marina yang menyokong
hak asasi kumpulan lesbian, gay dan trasgender (LGBT) berhubung penganjuran
program Seksualiti Merdeka 2011.
Hope that the two sibling's political differences will not affect their brother-sister relationship.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
However Dr Mahathir said their kids can think for their own actions, its up to them what they want to do.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Marina ada haluan dia sendiri. biarlah dia dgn haluannya.
ReplyDeleteSuka atau tidak, Mahathir dan Mukhriz tidak boleh kawal Marina.
ReplyDeletenegara demokrasi...rakyat berhak menyuarakan pendapat..mengikut landasan yang benar...
ReplyDeleteFahaman politik yang berbeza ni selalu membawa masalah dan perpecahan dalam keluarga. macam juga Azmin Ali dan Ummi Hafilda.
ReplyDeleteMahathir pula seolah2 mau melindungi reputasi Mukhriz kerana Mahathir tidak mau terjejas harapannya yang tinggi terhadap Mukhriz.
ReplyDeleteApa pun cubalah selesaikan masalah keluarga seperti ini. Dan jangan terlalu mengaitkan perkara ini dengan politik.
ReplyDeleteBERSIH sepatutnya tidak patut disokong jika ia dikawal oleh politik PR.
ReplyDeleteBersih perlu memberi ganti rugi pada para peniaga.
DeleteTindakan Marina hanya memberi impak negarif kepada keluarga
ReplyDeleterakyat cukup matang untuk membuat pertimbangan tanpa melihat kepada masalah2 dalam keluarga seseorang pemimpin.. jangan la jadikan Marina sebagai alasan jika sokongan terjejas..
ReplyDeletepemimpin2 politik/kerajaan patut lebih bijak dan profesional dalam mengasingkan hal2 keluarga dengan tanggungjawab sebagai pemimpin..
ReplyDelete