Friday 13 July 2012

PROJEK UDANG DI TANAH NOH OMAR?




Oleh : LEVEN WOON

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.


 


Ng membuat pendedahan tersebut ketika membahaskan satu rang undang-undang di DUN Selangor, yang menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan. (MKINI)

7 comments:

  1. Noh Omar perlu perjelaskan hal ini.

    ReplyDelete
  2. Harus berlaku adil kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Ada saja pihak yang tidak puas hati. Kita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan diharap dilaksanakan dengan teliti

      Delete
    2. malangnya yang membuat tuduhan ini tidak pula membuat laporan kepada polis atau sprm..

      Delete
  4. ada unsur2 rasuah? salahguna kuasa? atau penyelewengan?? buat saja la laporan polis atau sprm..

    ReplyDelete