Oleh : LEVEN WOON
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim
hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar
terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan
membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.
Ng mendakwa satu kaveat
persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang -
seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen
Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut,
Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk
mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan
satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio
menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika membahaskan satu rang undang-undang di DUN Selangor, yang menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Bercakap kepada pemberita
selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.
Seorang pengarah syarikat
Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh
tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah
berkenaan. (MKINI)
Noh Omar perlu perjelaskan hal ini.
ReplyDeleteHarus berlaku adil kepada semua.
ReplyDeleteadil perlu untuk semua
DeleteAda saja pihak yang tidak puas hati. Kita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSiasatan diharap dilaksanakan dengan teliti
Deletemalangnya yang membuat tuduhan ini tidak pula membuat laporan kepada polis atau sprm..
Deleteada unsur2 rasuah? salahguna kuasa? atau penyelewengan?? buat saja la laporan polis atau sprm..
ReplyDelete