Thursday 5 July 2012

SELESAIKAN SEGERA KEKURANGAN GULA




RAKYAT Sabah amat terkilan mengapa tiap kali menjelang hari perayaan seperti bulan Ramadhan, Hari Raya, rakyat terpaksa mengalami kekurangan bekalan barangan keperluan seperti gula, minyak makan, tepung, beras dan sebagainya.

Kali ini nampaknya menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kita di Sabah mula mengalami kekurangan gula di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tg Aru dan kawasan luar bandar. Apabila ditanya pihak pembekal dan pengedar, mereka memberi alasan yang pihak kilang di Semenanjung tidak menghantar bekalan secukupnya ke Sabah.

Kita khuatir kejadian kekurangan bekalan gula ini akan menjejas dan menyusahkan rakyat terutama sekali rakyat yang akan menjalani ibadat puasa yang menjelang tidak lama lagi. Umum mengetahui bahawa Pengedar utama adalah sebuah Syarikat dimiliki FELDA sebuah agensi kerajaan.

Dato Shuaib Dato Mutalib, Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), bila ditanya mengenai perkara ini merasa kesal dengan kejadian ini dan meminta pihak Kerajaan BN Sabah supaya mengambil tindakan segera untuk menangani masalah kekurangan gula yang dihadapi sekarang.

Bukan sahaja kita di Sabah kekurangan gula menjelang hari-hari perayaan malah barangan keperluan seperti bawang putih walaupun ada dipasaran tetapi harganya turut melambung yang sudah sampai ketahap RM 7.90 sekilo.

Kita hanya berharap barangan keperluan lain seperti minyak, beras, tepung tidak akan turut melambung,” tambah Dato Shuaib.

8 comments:

  1. I think there may be some businessmen who has hidden the sugar supply so that they can sell if for higher prices during the Hari Raya Celebration.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Consumers who found out any irresponsible businessmen who has hidden the supply for profits must report it to the consumer protection department.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    http://www.facebook.com/pages/Green-Sabah/442415302459069

    ReplyDelete
  3. masalah kekurangan gula sering brlakum hal ini kena diatasi segera.

    ReplyDelete
  4. Perkara ini pasti akan diselesaikan sebaiknya. Tambahan lagi ini merupakan barang keperluan.

    ReplyDelete
  5. kurangkan gula dalam makanan dan minuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekurangan minyak masak memang menyusahkan

      Delete
  6. Kekurangan bekalan ni perlu ditangani secepat mungkin

    ReplyDelete
  7. apa cadangan SAPP supaya bekalan gula ini dapat memenuhi permintaan di semua negeri di Malaysia?? sekurang2nya bagi la cadangan, bukannya sekadar menunjukkan rasa kesal..

    ReplyDelete