RAKYAT Sabah amat terkilan
mengapa tiap kali menjelang hari perayaan seperti bulan Ramadhan, Hari Raya,
rakyat terpaksa mengalami kekurangan bekalan barangan keperluan seperti gula,
minyak makan, tepung, beras dan sebagainya.
Kali ini nampaknya menjelang
bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kita di Sabah mula mengalami
kekurangan gula di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Penampang, Tg Aru
dan kawasan luar bandar. Apabila ditanya pihak pembekal dan pengedar, mereka
memberi alasan yang pihak kilang di Semenanjung tidak menghantar bekalan
secukupnya ke Sabah.
Kita khuatir kejadian
kekurangan bekalan gula ini akan menjejas dan menyusahkan rakyat terutama
sekali rakyat yang akan menjalani ibadat puasa yang menjelang tidak lama lagi.
Umum mengetahui bahawa Pengedar utama adalah sebuah Syarikat dimiliki FELDA
sebuah agensi kerajaan.
Dato Shuaib Dato Mutalib,
Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP), bila ditanya mengenai
perkara ini merasa kesal dengan kejadian ini dan meminta pihak Kerajaan BN
Sabah supaya mengambil tindakan segera untuk menangani masalah kekurangan gula
yang dihadapi sekarang.
Bukan sahaja kita di Sabah
kekurangan gula menjelang hari-hari perayaan malah barangan keperluan seperti
bawang putih walaupun ada dipasaran tetapi harganya turut melambung yang sudah
sampai ketahap RM 7.90 sekilo.
Kita hanya berharap barangan
keperluan lain seperti minyak, beras, tepung tidak akan turut melambung,”
tambah Dato Shuaib.
I think there may be some businessmen who has hidden the sugar supply so that they can sell if for higher prices during the Hari Raya Celebration.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Consumers who found out any irresponsible businessmen who has hidden the supply for profits must report it to the consumer protection department.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Green-Sabah/442415302459069
masalah kekurangan gula sering brlakum hal ini kena diatasi segera.
ReplyDeletePerkara ini pasti akan diselesaikan sebaiknya. Tambahan lagi ini merupakan barang keperluan.
ReplyDeletekurangkan gula dalam makanan dan minuman.
ReplyDeletekekurangan minyak masak memang menyusahkan
DeleteKekurangan bekalan ni perlu ditangani secepat mungkin
ReplyDeleteapa cadangan SAPP supaya bekalan gula ini dapat memenuhi permintaan di semua negeri di Malaysia?? sekurang2nya bagi la cadangan, bukannya sekadar menunjukkan rasa kesal..
ReplyDelete