Tuesday 17 July 2012

SKANDAL TERKINI KDRM LABUAN




Saudara Pengarang.

KEPUTUSAN Jabatan Perkhidmatan Awam tidak menyambung kontrak Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Khalid Yussuf adalah langkah yang betul dan mengalu-alukan beliau digantikan oleh Dato Khazali Ahmad.

Kami merupakan Bekas Pegawai Kastam yang sudah bersara bersama peniaga Kedai Bebas Cukai Labuan serta masyarakat Labuan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa Pengarah dan Pegawai Kanan Kastam termasuk Bekas Ketua Pengarah Kastam, Dato Khalid Yussuf kerana mereka adalah dalang dan penyamun berlesen yang melarikan berjuta-juta wang cukai.

Kami akan senaraikan nama pegawai yang harus disiasat kerana mereka telah memperbodohkan pihak Atasan dan JPA bahawa kononnya mereka pandai bekerja, tidak menyalahguna kuasa dan tidak mengamalkan rasuah.

Kami ingin menrujuk siaran akhbar 'The Star' terbitan 26 Jun 2012 bertajuk 'Syndicate Smuggling Beer From Duty Free Port To Sabah And Sarawak All From Labuan Port' oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin.

Kenyataan tidak berhemah Zainul menunjukkan seolah-olah semua penduduk Labuan dan rakyat Malaysia semakin bodoh. Kami tidak tahu bagaimana kerajaan boleh melantik seorang Timbalan Pengarah Kastam Malaysia yang tidak tahu apa-apa atau beliau berpura-pura bodoh.

Nasib baik Dato Khalid Yussuf tidak dilantik sebagai Penasihat Kastam Malaysia kerena sebelum ini jawatan itulah impian beliau sebelum pencen. Sebelum ini Khalid membayangkan kerajaan akan melantik Timbalan Pengarah Kastam agar kroni beliau boleh terus menjalankan kegiatan penyeludupan di Sabah dan Sarawak.  

Kami tidak nafikan tiada rokok atau minuman keras di seludup keluar dari Labuan mengunakan bot enjin sangkut. Kami kurang puas hati mengapa Datuk Zainul dalam kenyataan di suratkhabar merujuk Labuan sebagai entri-point; seolah-olah semua kegiatan haram dan penyeludupan minuman keras dan rokok berpunca daripada Labuan.

Kami terpaksa membongkarkan segala kegiatan yang salah di sisi undang-undang yang pernah dilakukan oleh Bkas Ketua Pengarah, Timbalan pengarah dan Pegawai Kanan Kastam di Malaysia.

Kenyatan kami bukan fitnah, tetapi hakikat yang terpaksa diterima oleh Kerajaan Malaysia.  Jika ada yang tidak berpuas hati dengan tuduhan kami di Sabahkini.net; sila cabar kami dan sila beri keterangan balas di dalam Sabahkini.net bahawa kamu tidak pernah menyalahgunakuasa dan menerima sebarang suapan selama bertugas di KDRM. Kami pantang dicabar dan nasihat kami ialah jangan menyesal. Kami akan dedahkan kegiatan Ketua Pengarah sehingga Pegawai Kanan Kastam yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan terbesar di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Kami tidak akan mendedahkan kesemua bukti yang kami kumpul selama ini di portal ini sekaligus. Jika tiada sebarang tindakan oleh SPRM, barulah kami akan kirim maklumat yang kami risik, peroleh dan simpan selama ini kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya apabila PR jadi kerajaan selepas PRU 13; kami akan mendesak penyiasatan menyeluruh.

Kami sedar, jika kami membuat laporan polis dengan harapan polis akan menjalankan siasatan, mungkin hanya kerja sia-sia sahaja kerana kita tahu ada 'tangan ajaib' di luar sana yang cuba membantu menutup kesalahan Bekas Ketua Pengarah dan kroninya.

Jika Dato Khalid Yussuf, Dato Hj Matrang Suhaili atau Dato Zainul mahu berdebat ala Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng di TV 3 secara siaran langsung, kami sanggup mendedahkan diri kerana kami ada banyak persoalan yang ingin ditanya kepada mereka bertiga.

Sedangkan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif omar pernah berkata bahawa 40% pegawai polis boleh dibuang kerja tanpa bicara dan kami rasa KDRM lebih teruk dari polis.

Sehubungan itu, sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar kami mempunyai locus-standi mendesak SPRM menyiasat dan menangkap Mantan Ketua Pengarah Kastam dan kroninya termasuk Dato Hj Matrang, Dato Zainul dan Dato Hj Salleh (Mantan Pengarah Kastam Labuan) kerana kegiatan haram mereka selama ini.

Kami tertarik dengan kenyataan Ketua Pengarah Kastam yang baru, Datuk Khazali Ahmad di The Star terbitan 27 Jun 2012 bahawa kastam berjaya memungut hasil RM15 bilion dan yakin sasaran kutipan RM 33bilion tahun 2012 akan dicapai.

Kami mohon SPRM siasat tiga penama tersebut dan kutip baki RM18bilion daripada mereka kerana wang mereka sudah banyak dibawa keluar dari Malaysia. Contohnya, Dato Khalid sebagai Ketua Pengarah dan Dato Salleh pada masa itu adalah Pengarah Labuan. Apa kesudahan kes kayu balak yang disimpan di Asian Supply Base untuk 'transhipment' ke luar negara?

Sudahkah SPRM siap menjalankan siasatan berdasarkan segala bukti yang kami kemukakan?

Begitu juga dengan kegiatan penyeludupan diesel subsidi, sayap ayam tiada AP, rokok, minuman keras, Jubin dan eletrikal. Bagaimana dengan kes penyeludupan kereta import tanpa AP dan kereta import di bawah taksiran (under value) dari Jepun yang begitu berleluasa di seluruh Malaysia terutama di Bintulu, Sibu dan Miri, Sarawak?

Bukan ketika itu, Dato Khalid menjadi Ketua Pengarah KDRM, manakala Pengarah Penguatkuasaan ialah Dato Matrang. Semoga JPA menukarkan proksi mereka, Datuk Zainul ke jabatan lain kerana mereka langsung tidak layak memegang jawatan tertinggi kerana mereka adalah 'THE CROOK'.

Kami difahamkan banyak kali Pegawai Atasan Kastam dari Kuala Lumpur datang ke Labuan dan menyerbu pengimport minuman dan rokok, termasuk kedai bebas cukai untuk dijadikan 'Kambing Hitam' sehingga memberi gambaran buruk bahawa kedai bebas cukai adalah Penyeludup Mega?

Apa kesalahan taukeh Ccina Kedai Bebas Cukai, Pengimport Rokok dan Minuman Keras sehingga semua dokumen dan komputer mereka 'diculik' oleh Pegawai Khas Kastam dari Putrajaya?

Tindakan serbuan mereka mengalahkan Unit Tindakan Khas (UTK) atau Pegawai Polis Unit Jenayah Berat Bukit Aman. Apa tujuan mereka menggertak Taukeh Cina 'bodoh' di Labuan yang tidak fasih membaca dan bercakap bahasa Malaysia.

Anda bayangkan betapa hebatnya 40 pegawai kastam dari Putrajaya menyerbu Labuan bulan lalu seolah-olah Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Labuan sudah lama gulung tikar?

Bayangkan berapa kos operasi menyerbu Labuan termasuk tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta awam dan pelbagai elaun mereka? Kenapa membazirkan wang pembayar cukai dalam operasi 'Tom and Jerry'?

Jika KDRM Labuan tidak lagi berfungsi, mansuhkan sahaja dan serahkan tugas berkenaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tentera mengambil alih tugas KDRM di Labuan.

Sebenarnya, operasi serang 'Zon Bebas Cukai Labuan' bermotif 'Mafia' setelah menerima arahan daripada Dato Matrang dan Dato Zainul; KDRM Labuan menggunakan khidmat semua pegawai dari Putrajaya dengan motif tersirat agar Pelabuhan Labuan tidak dijaga bagi memudahkan kroni mereka menarik keluar kontena.

Jika nasib sindiket tidak baik atau dicekup oleh Polis Marin atau APPM, maka senanglah kedua Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan mencipta alasan kepada SPRM. kononnya semua pegawai bertugas di luar kawasan dan kekurangan pegawai.

Kami ingin tahu mengapa KDRM memaksa taukeh Kedai Bebas Cukai mencatat nama pembeli dan buku stok? Labuan adalah pulau bebas cukai dan dalam pulau itu, sesiapa pun boleh membeli asal ada wang. Bukan seperti Gudang Berlesen atau Airport Duty Free atau pun disempadan Thailand yang patut dicatat nombor pasport, baru dibenarkan membeli kerana bimbang dibeli dan jual semula di pasaran tempatan.

Kalau pembeli sudah membeli rokok atau minuman keras dari Kedai Bebas Cukai dan mahu seludup keluar dari Labuan, bukankah ada Kastam Bahagian Pencegahan, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Polis Marin.

Jika pulau sekecil ini tiga unit penguatkusaan berkenaan tidak dapat kawal, lebih baik mansuhkan sahaja tiga jabatan berkenaan di Labuan supaya tidak membazir wang rakyat.

Persoalannya, siapa yang meluluskan Kedai Bebas Cukai di Limbang, Sarawak? Siapa yang meluluskan semua Gudang Berlesen di seluruh negara? Kenapa wujud secara berleluasa Gudang Berlesen di Sandakan, Tawau, Kudat, Kota Kinabalu, Kuching, Bintulu, Miri dan Semenanjung Malaysia?

Jika barang bercukai tiba di pelabuhan Malaysia (1st Port) dan bukan di Langkawi atau Labuan, maka mereka harus membayar cukai dan bukan menarik keluar dari pelabuhan secara senyap-senyap dan menyimpan di Gudang Berlesen.

Bukankah ini semua mainan KDRM dengan kroninya? Mereka menunggu masa yang sesuai untuk menarik keluar kontena dari gudang dan kemudian 'declare' kontena untuk dikirim keluar ke Indonesia atau Filipina? Logikkah sistem KDRM ini?

Kami mewakili penduduk Labuan dengan ini mencabar KDRM menarik balik status Pulau Bebas Cukai Labuan dan Langkawi jika mereka berpendapat bahawa semua minuman keras dan rokok adalah dari Labuan.

Kebanyakan rokok murah seperti Astro, Premium dan Era bukan di seludup masuk dari negara jiran ke Kudat atau Sandakan; sebaliknya daripada Gudang Berlesen di Sabah.

Manakala rokok di Sarawak bukan diimport masuk dari Vietnam dan bongkar di tengah laut Sibu, Miri atau Bintulu sebagaimana didakwa, sebaliknya masuk melalui pintu sah atas nama palsu 'Transhipment'. Dalam hal ini kami sudah meminta bantuan daripada Kumpulan Pencari Kebenaran Labuan (KPKL) untuk membantu kami mendapat lagi lebih banyak maklumat dan bukti. Kami akan bongkarkan segala kegiatan mereka termasuk, kroni mereka dalam masa terdekat ini.

Kami semua memang Sayang kerajaan Barisan Nasional dan Dato' Seri Najib memang 100% layak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi yang menjatuhkan martabat beliau sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan 1Malaysia ialah Menteri Kabinet dan Pegawai Kanan Kerajaan. Kenapa rakyat maki hamun kepada kerajaan? Yang betul jadi salah dan yang salah jadi betul? Nantikan Episod 2 pendedahan kami yang lebih mencabar.

Salam Hormat.

PEGAWAI PENCEN KASTAM & PENIAGA KEDAI BEBAS CUKAI LABUAN.

No comments:

Post a Comment