Saudara Pengarang.
KEPUTUSAN Jabatan
Perkhidmatan Awam tidak menyambung kontrak Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato
Sri Khalid Yussuf adalah langkah yang betul dan mengalu-alukan beliau digantikan
oleh Dato Khazali Ahmad.
Kami merupakan Bekas Pegawai
Kastam yang sudah bersara bersama peniaga Kedai Bebas Cukai Labuan serta
masyarakat Labuan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menyiasat beberapa Pengarah dan Pegawai Kanan Kastam termasuk Bekas Ketua Pengarah
Kastam, Dato Khalid Yussuf kerana mereka adalah dalang dan penyamun berlesen yang
melarikan berjuta-juta wang cukai.
Kami akan senaraikan nama
pegawai yang harus disiasat kerana mereka telah memperbodohkan pihak Atasan dan
JPA bahawa kononnya mereka pandai bekerja, tidak menyalahguna kuasa dan tidak
mengamalkan rasuah.
Kami ingin menrujuk siaran
akhbar 'The Star' terbitan 26 Jun 2012 bertajuk 'Syndicate Smuggling Beer From
Duty Free Port To Sabah And Sarawak All From Labuan Port' oleh Timbalan Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin.
Kenyataan tidak berhemah Zainul
menunjukkan seolah-olah semua penduduk Labuan dan rakyat Malaysia semakin
bodoh. Kami tidak tahu bagaimana kerajaan boleh melantik seorang Timbalan
Pengarah Kastam Malaysia yang tidak tahu apa-apa atau beliau berpura-pura
bodoh.
Nasib baik Dato Khalid Yussuf
tidak dilantik sebagai Penasihat Kastam Malaysia kerena sebelum ini jawatan
itulah impian beliau sebelum pencen. Sebelum ini Khalid membayangkan kerajaan
akan melantik Timbalan Pengarah Kastam agar kroni beliau boleh terus menjalankan
kegiatan penyeludupan di Sabah dan Sarawak.
Kami tidak nafikan tiada
rokok atau minuman keras di seludup keluar dari Labuan mengunakan bot enjin
sangkut. Kami kurang puas hati mengapa Datuk Zainul dalam kenyataan di
suratkhabar merujuk Labuan sebagai entri-point; seolah-olah semua kegiatan
haram dan penyeludupan minuman keras dan rokok berpunca daripada Labuan.
Kami terpaksa membongkarkan
segala kegiatan yang salah di sisi undang-undang yang pernah dilakukan oleh Bkas
Ketua Pengarah, Timbalan pengarah dan Pegawai Kanan Kastam di Malaysia.
Kenyatan kami bukan fitnah,
tetapi hakikat yang terpaksa diterima oleh Kerajaan Malaysia. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan
tuduhan kami di Sabahkini.net; sila cabar kami dan sila beri keterangan balas di
dalam Sabahkini.net bahawa kamu tidak pernah menyalahgunakuasa dan menerima
sebarang suapan selama bertugas di KDRM. Kami pantang dicabar dan nasihat kami
ialah jangan menyesal. Kami akan dedahkan kegiatan Ketua Pengarah sehingga Pegawai
Kanan Kastam yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan terbesar di Sarawak
dan Semenanjung Malaysia.
Kami tidak akan mendedahkan kesemua
bukti yang kami kumpul selama ini di portal ini sekaligus. Jika tiada sebarang
tindakan oleh SPRM, barulah kami akan kirim maklumat yang kami risik, peroleh
dan simpan selama ini kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya apabila PR jadi
kerajaan selepas PRU 13; kami akan mendesak penyiasatan menyeluruh.
Kami sedar, jika kami membuat
laporan polis dengan harapan polis akan menjalankan siasatan, mungkin hanya
kerja sia-sia sahaja kerana kita tahu ada 'tangan ajaib' di luar sana yang cuba
membantu menutup kesalahan Bekas Ketua Pengarah dan kroninya.
Jika Dato Khalid Yussuf,
Dato Hj Matrang Suhaili atau Dato Zainul mahu berdebat ala Chua Soi Lek dan Lim
Guan Eng di TV 3 secara siaran langsung, kami sanggup mendedahkan diri kerana
kami ada banyak persoalan yang ingin ditanya kepada mereka bertiga.
Sedangkan Bekas Ketua Polis
Negara, Tun Hanif omar pernah berkata bahawa 40% pegawai polis boleh dibuang
kerja tanpa bicara dan kami rasa KDRM lebih teruk dari polis.
Sehubungan itu, sebagai
pembayar cukai dan pemilih berdaftar kami mempunyai locus-standi mendesak SPRM
menyiasat dan menangkap Mantan Ketua Pengarah Kastam dan kroninya termasuk Dato
Hj Matrang, Dato Zainul dan Dato Hj Salleh (Mantan Pengarah Kastam Labuan)
kerana kegiatan haram mereka selama ini.
Kami tertarik dengan
kenyataan Ketua Pengarah Kastam yang baru, Datuk Khazali Ahmad di The Star terbitan
27 Jun 2012 bahawa kastam berjaya memungut hasil RM15 bilion dan yakin sasaran
kutipan RM 33bilion tahun 2012 akan dicapai.
Kami mohon SPRM siasat tiga penama
tersebut dan kutip baki RM18bilion daripada mereka kerana wang mereka sudah
banyak dibawa keluar dari Malaysia. Contohnya, Dato Khalid sebagai Ketua
Pengarah dan Dato Salleh pada masa itu adalah Pengarah Labuan. Apa kesudahan
kes kayu balak yang disimpan di Asian Supply Base untuk 'transhipment' ke luar
negara?
Sudahkah SPRM siap
menjalankan siasatan berdasarkan segala bukti yang kami kemukakan?
Begitu juga dengan kegiatan
penyeludupan diesel subsidi, sayap ayam tiada AP, rokok, minuman keras, Jubin
dan eletrikal. Bagaimana dengan kes penyeludupan kereta import tanpa AP dan kereta
import di bawah taksiran (under value) dari Jepun yang begitu berleluasa di
seluruh Malaysia terutama di Bintulu, Sibu dan Miri, Sarawak?
Bukan ketika itu, Dato Khalid
menjadi Ketua Pengarah KDRM, manakala Pengarah Penguatkuasaan ialah Dato Matrang.
Semoga JPA menukarkan proksi mereka, Datuk Zainul ke jabatan lain kerana mereka
langsung tidak layak memegang jawatan tertinggi kerana mereka adalah 'THE CROOK'.
Kami difahamkan banyak kali
Pegawai Atasan Kastam dari Kuala Lumpur datang ke Labuan dan menyerbu
pengimport minuman dan rokok, termasuk kedai bebas cukai untuk dijadikan
'Kambing Hitam' sehingga memberi gambaran buruk bahawa kedai bebas cukai adalah
Penyeludup Mega?
Apa kesalahan taukeh Ccina Kedai
Bebas Cukai, Pengimport Rokok dan Minuman Keras sehingga semua dokumen dan
komputer mereka 'diculik' oleh Pegawai Khas Kastam dari Putrajaya?
Tindakan serbuan mereka mengalahkan
Unit Tindakan Khas (UTK) atau Pegawai Polis Unit Jenayah Berat Bukit Aman. Apa
tujuan mereka menggertak Taukeh Cina 'bodoh' di Labuan yang tidak fasih membaca
dan bercakap bahasa Malaysia.
Anda bayangkan betapa
hebatnya 40 pegawai kastam dari Putrajaya menyerbu Labuan bulan lalu
seolah-olah Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Labuan sudah lama gulung tikar?
Bayangkan berapa kos operasi
menyerbu Labuan termasuk tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta awam dan
pelbagai elaun mereka? Kenapa membazirkan wang pembayar cukai dalam operasi
'Tom and Jerry'?
Jika KDRM Labuan tidak lagi
berfungsi, mansuhkan sahaja dan serahkan tugas berkenaan kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) dan Tentera mengambil alih tugas KDRM di Labuan.
Sebenarnya, operasi serang
'Zon Bebas Cukai Labuan' bermotif 'Mafia' setelah menerima arahan daripada Dato
Matrang dan Dato Zainul; KDRM Labuan menggunakan khidmat semua pegawai dari Putrajaya
dengan motif tersirat agar Pelabuhan Labuan tidak dijaga bagi memudahkan kroni
mereka menarik keluar kontena.
Jika nasib sindiket tidak
baik atau dicekup oleh Polis Marin atau APPM, maka senanglah kedua Timbalan
Ketua Pengarah Penguatkuasaan mencipta alasan kepada SPRM. kononnya semua
pegawai bertugas di luar kawasan dan kekurangan pegawai.
Kami ingin tahu mengapa KDRM
memaksa taukeh Kedai Bebas Cukai mencatat nama pembeli dan buku stok? Labuan
adalah pulau bebas cukai dan dalam pulau itu, sesiapa pun boleh membeli asal
ada wang. Bukan seperti Gudang Berlesen atau Airport Duty Free atau pun
disempadan Thailand yang patut dicatat nombor pasport, baru dibenarkan membeli
kerana bimbang dibeli dan jual semula di pasaran tempatan.
Kalau pembeli sudah membeli
rokok atau minuman keras dari Kedai Bebas Cukai dan mahu seludup keluar dari Labuan,
bukankah ada Kastam Bahagian Pencegahan, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
dan Polis Marin.
Jika pulau sekecil ini tiga unit
penguatkusaan berkenaan tidak dapat kawal, lebih baik mansuhkan sahaja tiga
jabatan berkenaan di Labuan supaya tidak membazir wang rakyat.
Persoalannya, siapa yang
meluluskan Kedai Bebas Cukai di Limbang, Sarawak? Siapa yang meluluskan semua
Gudang Berlesen di seluruh negara? Kenapa wujud secara berleluasa Gudang Berlesen
di Sandakan, Tawau, Kudat, Kota Kinabalu, Kuching, Bintulu, Miri dan Semenanjung
Malaysia?
Jika barang bercukai tiba di
pelabuhan Malaysia (1st Port) dan bukan di Langkawi atau Labuan, maka mereka
harus membayar cukai dan bukan menarik keluar dari pelabuhan secara
senyap-senyap dan menyimpan di Gudang Berlesen.
Bukankah ini semua mainan
KDRM dengan kroninya? Mereka menunggu masa yang sesuai untuk menarik keluar kontena
dari gudang dan kemudian 'declare' kontena untuk dikirim keluar ke Indonesia
atau Filipina? Logikkah sistem KDRM ini?
Kami mewakili penduduk
Labuan dengan ini mencabar KDRM menarik balik status Pulau Bebas Cukai Labuan
dan Langkawi jika mereka berpendapat bahawa semua minuman keras dan rokok
adalah dari Labuan.
Kebanyakan rokok murah
seperti Astro, Premium dan Era bukan di seludup masuk dari negara jiran ke Kudat
atau Sandakan; sebaliknya daripada Gudang Berlesen di Sabah.
Manakala rokok di Sarawak
bukan diimport masuk dari Vietnam dan bongkar di tengah laut Sibu, Miri atau
Bintulu sebagaimana didakwa, sebaliknya masuk melalui pintu sah atas nama palsu
'Transhipment'. Dalam hal ini kami sudah meminta bantuan daripada Kumpulan
Pencari Kebenaran Labuan (KPKL) untuk membantu kami mendapat lagi lebih banyak
maklumat dan bukti. Kami akan bongkarkan segala kegiatan mereka termasuk, kroni
mereka dalam masa terdekat ini.
Kami semua memang Sayang
kerajaan Barisan Nasional dan Dato' Seri Najib memang 100% layak sebagai
Perdana Menteri Malaysia. Tetapi yang menjatuhkan martabat beliau sebagai
Perdana Menteri dan Kerajaan 1Malaysia ialah Menteri Kabinet dan Pegawai Kanan
Kerajaan. Kenapa rakyat maki hamun kepada kerajaan? Yang betul jadi salah dan yang
salah jadi betul? Nantikan Episod 2 pendedahan kami yang lebih mencabar.
Salam Hormat.
PEGAWAI PENCEN KASTAM &
PENIAGA KEDAI BEBAS CUKAI LABUAN.
No comments:
Post a Comment