Monday 16 July 2012

TIADA BEKALAN GULA DI BEAUFORT?





BEAUFORT: Masyarakat Beaufort marah kerana ketiadaan bekalan gula dan minyak masak untuk di beli sejak beberapa minggu lalu. Semua pasaraya mahupun kedai-kedai menjual runcit tidak ada menjual gula mahupun minyak masak.

Setiap kali hampir Ramadan memang akan berlaku masalah seperti ini dan ianya macam suatu budaya yang disengajakan, kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Pengguna Umno Beaufort, Abd Sanon Haji Sapri berkata demikian semasa menghubungi New Sabah Times, di sini kelmarin.

“Sepanjang pengetahuan kami, tidak ada masalah keputusan bekalan gula dan minyak masak di Kota Kinabalu mahupun di Sipitang tetapi kenapa masalah ini berlaku di Beaufort?,” katanya.

Beliau juga berharap Kementerian Perdagangan dan Hal ehwal Pengguna wajar memantau dan menyiasat apa masalahnya dan mengambil tindakan kepada pembekal yang sengaja tidak menghantar bekalan ini dan mengambil tindakan jika ternyata menyorok barang keperluan utama ini.

Abd Sanon yang juga Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Sabah melihat masalah ini cukup menjejaskan kehidupan harian masyarakat Beaufort malah telah menjejaskan perniagaan para peniaga khususnya kepada restoran dan penjaja makanan.

“Macam satu trend permainan, mengapa di saat-saat umat Islam mahu menyambut ketibaan Ramadan masalah ini berulang sebagaimana tahun-tahun lalu,” katanya.

Beliau juga difahamkan selain ketiadaan bekalan gula dan minyak masak, banyak barang-barang keperluan lain seperti bawang merah, bawang besar dan bawang putih yang kini melambung harga daripada RM5 kepada RM10 sekilogram.

Katanya, Biro Hal Ehwal Pengguna Umno bimbang harga barang ini akan melambung naik yang mana masyarakat akan mengaitkannya dengan politik dan rakyat hilang percaya kepada kerajaan kerana gagal memantau masalah ini. (ST)

No comments:

Post a Comment