Friday 13 July 2012

UMNO TUARAN HALANG CAWANGAN MESYUARAT




SURAT .......kelihatan Liam Tawil selaku Ketua Cawangan UMNO Gaya Ratau Tuaran menunjukan surat rasmi dari UMNO Bahagian Tuaran.

TUARAN : Ketua Cawangan UMNO Gaya Ratau Tuaran, Liam Tawil menyatakan perasaan terkilan kerana cawangannya telah tidak dibenarkan menyertai Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran yang telah diadakan di Dewan Seri Sulaman baru-baru ini.

"Sebagai seorang Ketua Cawangan, saya telah datang ke Pejabat UMNO Bahagian Tuaran untuk membuat pendaftaran sebagai perwakilan sehari sebelum mesyuarat perwakilan diadakan. Namun saya amat dukacita kerana harapan untuk menjadi perwakilan tidak menjadi kenyataan apabila Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman memberitahu yang cawangan saya tidak layak menghantar perwakilan."

Kata Liam, adalah lebih memilukan kerana cawangan beliau yang pada saban tahun tidak pernah gagal menyertai Mesyuarat Perwakilan bahagian, namun penolakan cawangan ini menghantar perwakilan kali ini adalah satu sejarah hitam yang tidak boleh dilupakan.

Persoalannya, kata Liam, mengapakah ketika membuat pendaftaran itu tidak dijelaskan apa-apa alasan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman mengapa Cawangan UMNO Gaya Ratau tidak dibenarkan menghantar Perwakilannya?

Demikian dinyatakan oleh Liam yang akan mengemukakan perkara itu kepada Ibu Pejabat UMNO untuk mendapatkan tindakan dan penjelasan kerana beliau sebagai ahli UMNO begitu kecewa terhadap kejadian yang berlaku di saat dan ketika parti sedang membuat persiapan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi.

Beliau menyatakan, pihaknya telah mendapat surat rasmi yang memaklumkan kepada cawangannya agar menghantar perwakilan sepertimana kebiasaan dan dengan itu beliau sendiri sebagai Ketua Cawangan telah datang untuk membuat pendaftaran seperti yang dikehendaki.

"Adalah amat menghairankan mengapakah cawangan saya tidak dibenarkan menghantar perwakilan sedangkan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda cawangan tersebut layak pula menghantar perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan masing-masing yang lebih awal dari itu? Kalau cawangan induk tidak layak, apakah perwakilan wanita dan pemuda layak?," tanya Liam yang merasakan pentadbiran UMNO bahagian itu semakin bercelaru dan membinggungkan.

Sehubungan dengan kejadian yang amat memalukan itu, Liam meminta supaya pimpinan UMNO Bahagian Tuaran membuat penyiasatan lebih terperinci mengapa kejadian sedemikian berlaku terhadap cawangannya.

15 comments:

  1. penjelasan harus diberikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengelakan salah faham, penjelasan diperlukan

      Delete
  2. mungkin juga perlu buat siasatan seperti mana yang disarankan oleh Liam..apa2 pun, hanya perkara kecil dan tidak perlulah diperbesarkan..

    ReplyDelete
  3. Pihak berkenaan harus membuat penjelasan dan mengambillangkah penyelesaian yang wajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga masalah ini dapat ditanggani dengan cara yang baik dan hati yang tenang.

      Delete
  4. Persoalannya, kata Liam, mengapakah ketika membuat pendaftaran itu tidak dijelaskan apa-apa alasan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman mengapa Cawangan UMNO Gaya Ratau tidak dibenarkan menghantar Perwakilannya?

    yang penting, masalah telah timbul dan selesaikan dengan hati yang tenang.

    ReplyDelete
  5. Semoga ahlijawatan UMNO Tuaran membuat siasatan yang wajar dan memberi penjelasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ahli BN harus ada perpaduan untuk memenangi PRU13.

      Delete
  6. hrap hal ini tidak akan memecah belah UMNO. perkara ini kena diperjelaskan dan diperbincangkan dgn baik.

    ReplyDelete
  7. Siasatan harus dibuat untuk mengelakkan andaian yang negatif.

    ReplyDelete
  8. Kelemahan harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  9. Apa2 salah faham perlu diselesaikan dengan cara baik.

    ReplyDelete
  10. Apa yang berlaku sebenarnya?? Sehingga ada halangan untuk melakukan mesyuarat.

    ReplyDelete
  11. Sebaiknya penjelasan perlu diberikan mengenai perkara ini. Sebagai satu parti masalah sebegini perlulah dibincangkan antara satu sama yang lain.

    ReplyDelete
  12. kenapa perlu bawa lagi isu ini ke media Sabahkini jika sudah buat laporan di Ibu Pejabat UMNO?? tunggu saja la penjelasan dari pihak yang berkenaan..

    ReplyDelete