SURAT
.......kelihatan Liam Tawil selaku Ketua Cawangan UMNO Gaya Ratau Tuaran
menunjukan surat rasmi dari UMNO Bahagian Tuaran.
TUARAN : Ketua Cawangan UMNO
Gaya Ratau Tuaran, Liam Tawil menyatakan perasaan terkilan kerana cawangannya
telah tidak dibenarkan menyertai Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran yang
telah diadakan di Dewan Seri Sulaman baru-baru ini.
"Sebagai seorang Ketua
Cawangan, saya telah datang ke Pejabat UMNO Bahagian Tuaran untuk membuat
pendaftaran sebagai perwakilan sehari sebelum mesyuarat perwakilan diadakan. Namun
saya amat dukacita kerana harapan untuk menjadi perwakilan tidak menjadi
kenyataan apabila Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman memberitahu
yang cawangan saya tidak layak menghantar perwakilan."
Kata Liam, adalah lebih
memilukan kerana cawangan beliau yang pada saban tahun tidak pernah gagal
menyertai Mesyuarat Perwakilan bahagian, namun penolakan cawangan ini
menghantar perwakilan kali ini adalah satu sejarah hitam yang tidak boleh
dilupakan.
Persoalannya, kata Liam, mengapakah
ketika membuat pendaftaran itu tidak dijelaskan apa-apa alasan oleh Setiausaha
UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman mengapa Cawangan UMNO Gaya Ratau tidak
dibenarkan menghantar Perwakilannya?
Demikian dinyatakan oleh
Liam yang akan mengemukakan perkara itu kepada Ibu Pejabat UMNO untuk
mendapatkan tindakan dan penjelasan kerana beliau sebagai ahli UMNO begitu
kecewa terhadap kejadian yang berlaku di saat dan ketika parti sedang membuat
persiapan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi.
Beliau menyatakan, pihaknya telah
mendapat surat rasmi yang memaklumkan kepada cawangannya agar menghantar
perwakilan sepertimana kebiasaan dan dengan itu beliau sendiri sebagai Ketua
Cawangan telah datang untuk membuat pendaftaran seperti yang dikehendaki.
"Adalah amat
menghairankan mengapakah cawangan saya tidak dibenarkan menghantar perwakilan sedangkan
Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda cawangan tersebut layak pula menghantar
perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan masing-masing yang lebih awal dari itu? Kalau
cawangan induk tidak layak, apakah perwakilan wanita dan pemuda layak?,"
tanya Liam yang merasakan pentadbiran UMNO bahagian itu semakin bercelaru dan
membinggungkan.
Sehubungan dengan kejadian
yang amat memalukan itu, Liam meminta supaya pimpinan UMNO Bahagian Tuaran
membuat penyiasatan lebih terperinci mengapa kejadian sedemikian berlaku
terhadap cawangannya.
penjelasan harus diberikan..
ReplyDeleteUntuk mengelakan salah faham, penjelasan diperlukan
Deletemungkin juga perlu buat siasatan seperti mana yang disarankan oleh Liam..apa2 pun, hanya perkara kecil dan tidak perlulah diperbesarkan..
ReplyDeletePihak berkenaan harus membuat penjelasan dan mengambillangkah penyelesaian yang wajar.
ReplyDeleteSemoga masalah ini dapat ditanggani dengan cara yang baik dan hati yang tenang.
DeletePersoalannya, kata Liam, mengapakah ketika membuat pendaftaran itu tidak dijelaskan apa-apa alasan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tuaran, Johari Saiman mengapa Cawangan UMNO Gaya Ratau tidak dibenarkan menghantar Perwakilannya?
ReplyDeleteyang penting, masalah telah timbul dan selesaikan dengan hati yang tenang.
Semoga ahlijawatan UMNO Tuaran membuat siasatan yang wajar dan memberi penjelasannya.
ReplyDeleteSemua ahli BN harus ada perpaduan untuk memenangi PRU13.
Deletehrap hal ini tidak akan memecah belah UMNO. perkara ini kena diperjelaskan dan diperbincangkan dgn baik.
ReplyDeleteSiasatan harus dibuat untuk mengelakkan andaian yang negatif.
ReplyDeleteKelemahan harus diperbaiki.
ReplyDeleteApa2 salah faham perlu diselesaikan dengan cara baik.
ReplyDeleteApa yang berlaku sebenarnya?? Sehingga ada halangan untuk melakukan mesyuarat.
ReplyDeleteSebaiknya penjelasan perlu diberikan mengenai perkara ini. Sebagai satu parti masalah sebegini perlulah dibincangkan antara satu sama yang lain.
ReplyDeletekenapa perlu bawa lagi isu ini ke media Sabahkini jika sudah buat laporan di Ibu Pejabat UMNO?? tunggu saja la penjelasan dari pihak yang berkenaan..
ReplyDelete