Oleh: MAIL MATHEW
TIMBALAN Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan, Affendy Abdullah @ Angindih, 56, (gambar) menggesa wakil rakyat di situ terutamanya Timbalan Menteri Persekutuan, Tan Sri Joseph Kurup harus bertanggung jawab terhadap penderitaan kira-kira 600 penduduk di kedua-dua perkampungan dalam Mukim Pamuntarian sepertimana dilaporkan media baru-baru ini.
Katanya, kesengsaraan penduduk di situ tidak dapat dimaafkan kerana selepas perhubungan terputus disebabkan jambatan runtuh, rintihan penduduk tidak diambil perhatian serius oleh pihak tertentu terutamanya Pegawai Daerah di situ.
“Agak bernasib baik kerana JKKK di kedua-dua kampung terbabit mempunyai inisiatif lain iaitu membersihkan jalanraya dan membaikpulih jambatan secara bergotong-royong kerana telah bosan dengan gelagat pihak tertentu yang terus membisu masalah mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Angindih berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini yang menyatakan kira kira 600 penduduk Nabawan yang tinggal di Mukim Pamuntarian tidak dapat membawa hasil pertanian mereka ke pusat bandar disebabkan jalanraya rosak teruk dan jambatan runtuh menyebabkan perhubungan darat terus terputus.
Tegas Angindih lagi, adalah tidak lojik mengarahkan penduduk kampung terbabit menghantar rakaman gambar di lokasi yang mengalami kerosakan teruk ke pejabat Pegawai Pembangunan itu sedangkan tugas dan tanggung jawab itu tersandar dibahunya.
“Kami mahu melihat Kurup memanggil Pegawai Pembangunan dan Pegawai Daerah untuk memberi penjelasan masalah tersebut dan kami juga ingin tahu apa bentuk tindakan Kurup kepada kedua-dua Pegawai ini,” tegas Affendy dengan nada kesal.
Selain itu, Angindih turut melabelkan mereka yang terbabit menidakkan hak 600 penduduk di Kg Kabu Baru dan Kg Anambai Baru mendapat pembelaan kerajaan sebagai penderhaka kepada slogan ‘Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’.
No comments:
Post a Comment