Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR
SEBANYAK 21 pasukan dalam Kejohanan Bola ‘Orang Kampung Geng Kita’, terbuka liga sembilan sebelah sedang bertungkus lumus bagi merebut Piala Pusingan YDP PAS Pensiangan.
Perlawanan akhir kejohanan tersebut akan diadakan 10 Disember 2011 di Lugayan, Sook, Keningau.
Menurut Yang DiPertuanya, Hishammuddin Sulaiman, tujuan program ini adalah bukan sahaja untuk memupuk budaya yang sihat dalam sukan bola sepak malah, menyemarakkan rasa kekeluargaan pemimpin bersama rakyat.
“Semua orang tahu apa itu bola. Sudah menjadi sebati bola menjadi kelaziman permainan anak muda,” katanya.
Menurutnya, PAS serta remaja dan anak muda kampung sekitar ingin terus semarakkan semangat anak-anak muda menyertai kejohanan ini.
Kata Hishammuddin, kejohanan yang julung kali diadakan di sekitar Sook mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
“Kita melihat, masyarakat semakin mendekati kita. Dan, kita menerima mereka seperti keluarga sendiri tanpa mengira siapa pun dirinya,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment