Friday 16 December 2011

E-ADUN MPS TERLALU LEMBAB?



SERIUS…..Gambar jelas menunjukkan keretakan dinding pagar amat serius dan boleh mengugat keselamatan penghuni di dalam rumah berkenaan.

Oleh : CHANG SHAK HUNG

KEJADIAN keretakan dinding pagar rumah penduduk di Lot 561, Blok 73, Fasa 2, Taman Mawar, masih menjadi igauan ngeri kepada Puan Mary setelah lebih daripada sebulan aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Sandakan, aduan pertama pada 11.11.11 melalui e-aduan MPS.

Walaupun aduan telah dirujuk kepada Jurutera Perbandaran Kanan dan langkah kawalan sepatutnya telah dilakukan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, namun sehingga gambar ini diambil pada 14 Disember 2011, langsung tiada apa-apa perkembangan dan langkah susulan yang dibuat.

Pada 30 November 2011, Unit Aduan Awam MPS telah memaklumkan kepada Chang Shak Hung melalui laman Facebook bahawa aduan tersebut telahpun diajukan kepada pihak pemaju perumahan untuk membina benteng atau tembok yang bersesuaian agar keretakan dinding dapat dicegah.

Persoalan untuk mendapatkan maklum-balas daripada pihak MPS sebagai penjelasan mengapa perkara ini masih belum diatasi, telahpun dibuat pada 13 Disember 2011 di facebook Aduan Awam MPS.

Namun apa yang mendukacitakan, langsung tiada respon untuk perkara tersebut. Adakah MPS membuat tindakan susulan untuk para penduduk yang bergelar ‘Pembayar Cukai’ dalam memastikan mereka tidak diketepikan dari segi hak sebagai pembayar cukai?

No comments:

Post a Comment