Wednesday, 14 December 2011

HATI-HATI DENGAN HASHIM LIM ABDULLAH


Oleh: SULAIMAN ABDULLAH (Penulis Jemputan)

SEBAGAI ahli yang setia kepada hasrat perjuangan Pakatan Rakyat, penulis ingin menyeru kepada kepimpinan tertinggi parti terutama PKR agar berhati-hati dengan seorang individu bernama Hashim Lim Abdullah.

Ini kerana, dari maklumat yang penulis terima, Hashim Lim ini sekarang berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah. Mesti ramai yang tertanya mengapa perlu berhati-hati dan siapa Hashim Lim ini.

Serba sedikit latar belakangnya adalah dia pernah dibuang daerah ke Pulau Jerejak pada tahun 1979. Pernah ada laporan polis dibuat oleh kakitangan KL Sentral apabila dia menayangkan pistol kepada salah seorang polis bantuan di kawasan itu.

Dia dikatakan bergaduh dengan polis bantuan itu dan akibat berang, dia mengeluarkan pistol miliknya untuk menakutkan polis bantuan tersebut. Dia juga pernah ditangkap kerana menjadi bookie haram bola sepak di Happy Garden, KL.

Hebatnya, dalam kedua-dua kes besar di atas, Hashim Lim ini tidak didakwa pun. Tidak ada sebarang kertas siasatan yang dibuka. Cuma yang terbaru dengarnya gelaran Datuk yang diterimanya dari Sabah telah ditarik balik. Baru sekarang ada orang sedar yang dia memiliki rekod jenayah lampau.

Penulis mengenali lelaki ini. Dia dahulu adalah salah seorang sahabat baik kepada Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur. Pada masa yang sama dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Kat sini sudah nampak Hashim Lim ini adalah seorang yang pandai mengambil kesempatan. Dia makan dua-dua belah. Cuma semenjak dua ini, dia sudah tidak lagi berpeluang untuk berjumpa Najib dengar ceritanya. Mungkin Najib mahu menjauhkan diri daripada orang macam ini lebih-lebih lagi memandangkan pilihanraya semakin hendak dekat.

Setakat ini, sudah tiga kali Hashim Lim bertemu Anwar Ibrahim. Di sebalik semua itu, penulis melihat ada kemungkinan Hashim Lim ini hendak rapat dengan Anwar kerana dia ingin korek rahsia dan kelemahan Anwar.

Menjelang pilihanraya ini jika dapat rahsia, silap haribulan dia jadi kaya raya dan pastinya peluang untuk dia rapat kembali dengan Najib.

Penulis bimbang orang seperti ini ada agenda peribadi untuk mengenakan Anwar. Lebih membimbangkan Nurul Izzah yang masih agak mentah dan muda. Takut dia dipermainkan oleh manusia jenis ini.

No comments:

Post a Comment