Thursday, 15 December 2011

HERMAN BOMBANG BADUT UMNO?



Oleh: MEDIA PAS BATU SAPI

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Sabah, yang juga YDP PAS Batu Sapi, Hj. Hamzah Hj. Abdullah, hari ini mengeluarkan cabaran ke atas Herman Bombang dan pecacai-pecacai UMNO/BN supaya segera membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek, yang telah terpalit dengan aksi zina yang menjijikan, atas tindakan beliau menghina Islam sekaligus menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong selaku Penaung Agama Islam negara ini.

"Kalau sungguh Herman dan kuncu-kuncunya yang membuat laporan polis ke atas saya hanya kerana teguran saya terhadap TYT Sabah yang tidak Islamik; semata-mata konon atas dasar sebagai warga yang taat (Loyal Citizens), maka mereka juga mempunyai obligasi yang sama sebagai warga yang taat agar segera membuat laporan polis terhadap Dr. Chua yang secara terang-terangan menghina hudud, sekaligus menghina Islam!," tegas Hj. Hamzah dengan nada kesal.

"Menghina Islam adalah jenayah yang dikategorikan sebagai menghina institusi Raja dan tergolong dalam kategori penderhaka ke atas Yang DiPertuan Agong," ujar Hj. Hamzah.

"Nah, sekarang, buktikan kepada rakyat negara ini bahawa Herman Bombang, Hamdin, Azmi KK Juatan, Dahil Masdik, Radin Kakung dan beberapa individu lain adalah benar-benar warga yang taat dan bukannya 'badut-badut' politik suruhan UMNO yang bertindak semata-mata atas dasar 'untuk mendapat keuntungan projek bagi syarikat-syarikat mereka,” cabar Hj. Hamzah seterusnya.

Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA, telah menerima kecaman hebat dari masyarakat dan NGO-NGO Islam atas kebiadapannya menghina hudud, undang-undang jenayah ciptaan Allah yang termaktub dalam al-quran, kitab suci bagi umat Islam.

Dr. Redhuan Tee, seorang saudara baru yang merupakan pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia telah menulis dengan jelas tentang kebiadapan Dr. Chua Soi Lek ke atas agama Islam.

Banyak laporan polis telah dibuat ke atas Dr. Chua oleh NGO-NGO Islam serta Dewan Pemuda PAS di Kelantan. Ucapan Dr. Chua Soi Lek yang menghina Islam juga boleh diakses melalui halaman Youtube.

"Mana dia kejantanan UMNO? Mana dia kelantangan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalak siang dan malam kononnya mereka memperjuang dan memartabatkan Islam? Kenapa jadi bacul dan pondan di atas kebiadapan Presiden MCA ini? Bagaimana pula agaknya sikap UMNO sekiranya pemimpin DAP yang bertindak demikian?

“Bukankah akan heboh satu dunia dengan kutukan-kutukan pemimpin UMNO dan penjilat-penjilat mereka ke atas DAP? Apakah UMNO takut hilang sokongan MCA maka mereka membiarkan saja Dr. Chua Soi Lek terus menerus menghina Islam?," soal Hj. Hamzah seterusnya.

1 comment: