Thursday 8 December 2011

JKR BELUM SELENGGARA JALAN TONGODON


BINCANG….Awang sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang pengguna yang secara kebetulan lalu di jalan tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Bahagian PBS Kuamut, Awang Garaman mendesak agar Jabatan Kerja Raya supaya menurap kerosakan jalanraya penghubung di antara daerah Tongod dengan Kampung Tongodon yang hampir dua tahun tidak pernah dibaiki atau diselenggara.

Awang yang juga Pegawai Perhubungan ADUN Kuamut memberitahu Sabahkini.Net kelmarin, beliau banyak menerima aduan daripada pengguna bahawa kerosakan jalan tersebut yang tidak pernah diselenggarakan JKR sehingga ke hari ini dan bakal mengundang kecelakaan kepada para penunggang motorsikal dan kenderaan kecil.

“Sebelum terjadi sesuatu yang bakal menimpa kepada para penunggang motorsikal, adalah lebih baik JKR mengambil inisiatif menyelenggarakan jalan tersebut sebelum dijadikan isu dan propaganda kepada parti-parti pembangkang yang sentiasa meununggu peluang untuk mendedahkan kemelamahan pentadbiran kerajaaan, terutama sekali JKR yang sering menerima caci maki pihak tertentu sehingga menyebabkan nama kerajaan BN turut tercemar,” ujarnya.

Apapun kata Awang, pihak pejabatnya akan mengutus surat rasmi kepada pengarah JKR Negeri agar dapat mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf jalan tersebut.

No comments:

Post a Comment