Saturday, 10 December 2011

KDRM SABAH RAMPAS 1,068 EKOR TENGGILING BEKU



KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 1,068 ekor tenggiling beku selepas menahan sebuah jongkong di perairan Batu Sapi berhampiran Kampung Bahagia, Sandakan, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah KDRM Sabah (Penguatkuasaan) Hamzah Sundang berkata jong- kong tersebut ditahan kira-kira 6.30 petang yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke pulau Taganak di perairan Filipina.

Katanya hanya seorang lelaki di dalam jongkong itu berjaya ditangkap, manakala yang lain melarikan diri selepas jongkong itu melanggar tebing di kawasan perairan itu.

Pemeriksaan mendapati lelaki berusia 18 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri, katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Menurutnya daging beku tenggiling itu disimpan di dalam 178 kotak yang keseluruhannya seberat 4,988 kilogram.

“Ia bernilai RM747,600 pada kadar RM150 sekilogram mengikut pasaran tempatan, manakala bagi pasaran antarabangsa, kita menganggarkan daging itu bernilai hampir RM4 juta,” katanya.

Hamzah berkata kesemua daging tenggiling itu sudah hampir siap diproses dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti lokasi asal serta lokasi pemprosesan tenggiling tersebut serta individu yang bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment