Saturday, 10 December 2011

MING HOTEL BEROPERASI TANPA O.C?



Saudara Pengarang,

MING HOTEL (South China Sea Place, Kota Kinabalu) beroperasi tanpa O.C.? Ya, saya yakin 99% tepat berdasarkan maklumat ‘orang dalam’ dari agensi X (agensi dirahsiakan) bahawa hotel yang sudah siap dibina telah beroperasi sebelum O.C dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Saya melihat sendiri orang ramai telah mula menyewa bilik di hotel berkenaan tanpa mengetahui nyawa mereka sebenarnya tiada harga di mata pihak pengusaha hotel/pemaju. Ini kerana sekiranya O.C belum diluluskan, bermakna pihak Insurans tidak akan meluluskan sebarang perlindungan. Jika berlaku kebarakan dan kematian, penyewa boleh dianggap ‘mati katak’ seperti juga Hotel Silam Dynasty di Lahad Datu!

Untuk makluman, Occupational Certificate (O.C) adalah bersamaan dengan Certification of Fitness (C.F) yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagai Urusetia dan hanya dikeluarkan berdasarkan kepada sokongan O.C. daripada pihak berkaitan seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan, jabatan-jabatan dalaman DBKK (Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, dan sebagainya) dan beberapa agensi lain. Sekiranya salah satu jabatan/agensi ini tidak mengeluarkan sokongan, maka O.C. tidak dapat dikeluarkan.

Hotel tersebut merupakan sebuah projek Sabah Urban Development Corporation yang lebih dikenali dengan singkatan SUDC. (Saya dapat maklumat projek ini dari http://sudc.com.my/?p=163,) iaitu syarikat yang berkaitan kerajaan Negeri Sabah.

Tapi adakah patut perkara sepenting ini ‘DAPAT/BOLEH’ dikecualikan semata-mata ia adalah projek berkaitan kerajaan? Bagaimana SUDC/Ming Hotel boleh mendapat kelebihan untuk beroperasi tanpa kelulusan O.C.?

Sekiranya mereka ini yang ‘berkeras kepala’ untuk beroperasi walaupun tanpa kebenaran DBKK atau sijil O.C, apakah pula tindakan DBKK ke atas premis ini ? Sekiranya DBKK ada/telah mengambil tindakan, kenapa operasi masih berjalan seperti biasa?

Siapakah pemilik sebenar Ming Hotel sehingga dia begitu kebal? Kerajaan patut mengheret dan menghukum pengusaha yang tidak tahu menghormati undang-undang negeri kita!

Saya harap aduan saya disiarkan dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan, kerana ini melibatkan soal keselamatan pengguna atau pihak kerajaan suka berdiam sahaja? Tiada tindakan segera? Mari sama-sama kita lihat berapa nilai harga nyawa kita di mata kerajaan.

Salam Hormat dan penuh kebimbangan,

AKU ANAK SABAH BAH

No comments:

Post a Comment