Sunday, 4 December 2011

POLIS TEMBAK MATI WARGA NIGERIA



POLIS menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.

Ku berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.

"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 Nov lepas pukul 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Rabu depan," katanya. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment