Monday 12 December 2011

SIASAT PEMBEKAL HOSPITAL LAHAD DATU

Salam Sejahtera,

SAYA hanya ingin meluahkan rasa hairan selama ini, kenapa sukar untuk pembekal bumiputera membekalkan bekalan seperti alatulis, kertas, komputer, toner, printer kepada pihak Hospital Lahad Datu.

Ini terbukti apabila pihak pengurusan mengeluarkan tender atau mencari pembekal, hanya pembekal Cina yang akan membekalkan keperluan seperti di atas. walaupun pada awalnya tender dikeluarkan dengan syarat mempunyai Lesen Pembekal Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) bertaraf bumiputera; tetapi akhirnya pembekal yang akan membekalkan barang-barang keperluan seperti di atas, adalah pembekal Cina.

Adakah sebutharga dari pembekal yang lain hanya untuk penuhi syarat iaitu ada pembekal lain yang menghantar sebutharga tetapi tidak mempunyai kelayakan? Saya berharap pihak yang berwajib dapat menyiasat kenapa perkara ini berlanjutan selama beberapa tahun ini.

Terima Kasih.

ROSDI ABDUL SAIT

No comments:

Post a Comment