Saudara Pengarang,
ANTARA sedar dengan tidak, tiang kuasa politik sudah lama di tanam di Sabah, sehingga kini tidak ada tindakan terhadap ’Sultan Sulu’ oleh kerajaan Malaysia. Mungkinkah ada agenda tersembunyi di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Sulu? Kalau diamati kuasa parti politik tempatan, sudah tiada melalui pengagehan kerusi yang tidak seimbang.
Jikalau parti tempatan bersuara pun, tidak akan dilayan sebab autonomi itu di pegang oleh parti semenanjung; tidak mustahil masa akan datang parti-parti tempatan ini akan dihanyutkan oleh tangan-tangan ghaib.
Pada masa itu, mungkin ada satu parti baru yang muncul sebagai ganti kepada parti tempatan ini dan percayalah parti itu dikuasai oleh pemimpin-pemimpin asing yang diberi kewarganegaraan songsang.
Malahan pada masa itu, kerajaan Sulu tidak perlu lagi berperang untuk mendapatkan kembali Sabah yang kononnya tanah mereka; tetapi hanya melalui politik maka mereka akan berkuasa.
Sultan sudah ada. Politik pun sudah dikuasai dan pada masa ini sabah akan bersultankan Pemerintah Sulu. Lihat sahaja jumlah terkini PATI di Sabah, jelas melebihi jumlah penduduk tempatan.
Pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa walaupun ada beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan ini. Ingat! Jika teori saya ini benar, maka kita seperti bermain catur dalam keadaan leka atau separuh khayal sehingga memudahkan pihak lawan melakukan ’check mate’ kerana segala pergerakan telah terkunci.
Dalam pada itu, bagi mencari penyelesaian masalah ini, kita perlu kembalikan kuasa autonomi Sabah terlebih dahulu; rakyat tempatan Sabah perlu bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang (UMNO-BN). Maknanya bersatu di bawah parti tempatan yang menentang kerajaan pada masa ini.
Jikalau ini pun sukar kita lakukan, maka suatu hari nanti kita akan berputih mata. Renung-renungkan lah wahai rakyat tempatan Sabah; kerana dalam politik tiada yang mustahil; maka oleh itu kita mesti bijak mengatur langkah dan bukannya mudah dikaburi oleh kekayaan yang diberi.
Para pemimpin politik Sabah yang kini berkuasa perlu bijak dalam hal ini dan bukannya tunduk kerana takut hilang kuasa dan kekayaan; janganlah fikir kepentingan diri sendiri, tetapi fikirkanlah apa yang akan berlaku terhadap rakyat Sabah pada masa akan datang.
Salam Hormat,
ROGER STIMIN
Harap Akjan ini tidak dibenarkan berpolitik di Sabah. Dikuartiri akan menghuru-harakan Sabah. Jika dia ni ikut dalam arena politik Sabah, rasa2nya ramai rakyat Sabah yang marah.
ReplyDeletePublisiti murahan saja dia ni. Harap2 tidak Sabah jatuh ke tangan Akjan. Harap2 pemimpin2 Sabah bijaksana dalam hal ni.
ReplyDeleteakjan harus diusir keluar dari sabah...apa kerajaan malaysia tunggu lagi..?
ReplyDeletedisebabkan itulah, RCI harus wajib ditubuhkan sebelum PRU13 untuk menyiasat projek IC..panelnya juga haruslah terdiri daripada rakyat sabah yang berkaliber dan bukannya dari luar seperti dari semenanjung atau sarawak kerana hanya rakyat sabah tulen sahaja yang faham dan sedar akan kritikalnya situasi PATI di sabah sekarang.
ReplyDeletesemua rakyat sabah harus bersatu hati tanpa mengira suku etnik, agama dan politik untuk mendesak RCI ditubuhkan..
ReplyDeletePRU 13 makin dekat...pandai-pandailah kita memilih..
ReplyDeletekerajaan negeri/pusat harus buktikan kepada rakyat bahawa ianya benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah yang semakin meruncing ini
ReplyDeletekalau boleh kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13
ReplyDeletedan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13
ReplyDeletesemoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak
ReplyDeletekira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti
Kerajaan seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI.
ReplyDeleteKini semuanya terpulang pada rakyat untuk membuat perubahan. Gunakan kuasa yang ada sebaik mungkin.
ReplyDeleteW/pun takda bukti sah yang menunjukkan si Akjan ni terlibat dengan projek IC, namun jauh disudut hati saya terdetik juga kebenaran dakwaan yang dilemparkan terhadap si Akjan ni.
ReplyDeleteBukan berniat menunding jari namun kata orang takkan pokok bergoyang kalau takda yang menyebabkannya bergoyang kan???
ReplyDeleteSaya tidak tahu apa sudah jadi dengan politik sekarang namun saya harap kerajaan dapat menyelesaikan isu pati secepat mungkin sebelum terlambat.
ReplyDeleteJika tak, habislah Sabah kena tawan oleh pati nanti. huhuhu
ReplyDeleteSultan Sulu patut balik ke negara asalnya, jangan lagi campur tangan dalam politik Sabah.
ReplyDeleteKita tidak menerima mana-mana sultan sulu di Sabah, rakyat Sabah tidak muda terpengaruh.
ReplyDeletecuba bayangkan suatu hari nanti Sabah bersultankan Sultan Sulu Akjan, PATI boleh duduk di rumah2 besar, pangkat tinggi dan kita penduduk ori Sabah hidup di bawah kuasa mereka...
ReplyDeletesaya pun hairan bagaimana Akjan boleh terlepas begitu saja dan masih boleh dipercayai walaupun banyak jenayah berat yang telah dilakukannya.
ReplyDeleteAkjan mengaku sebagai Sultan sulu, rakyat sulu sendiri pun belum tentu nak terima dia sebagai Sultan. dia bukanlah sultan sulu, kesultanan Sulu dah lama lenyap. Akjan sepatutnya di buang dari negara ini.
ReplyDeletekita tak boleh biarkan orang sepert Akjan berleluasa di Sabah. tindakan Akjan mengaku sebagai sultan sulu membuktikan bahawa dia tak ada kesetiaan pada negara.
ReplyDeleteramai pihak yang mengambil kesempatan dengan menggambarkan kenyataan Akjan itu sebagai pendirian kerajaan secara keseluruhan. untuk apa PSC ditubuhkan jika kerajaan hanya perlu mendengar saranan dari seorang yang pernah ditahan dibawah ISA??
ReplyDeleteparti pemerintah tidak akan sewenang2nya merisikokan kedudukan mereka hanya kerana mahu memberikan keistimewaan kepada Akjan dalam membuat keputusan untuk negeri ini..
ReplyDeleteKenapa Akjan boleh terlepas begitu saja? Dia siapa? PErlukah kita tunduk dengan orang seperti ini?? Siasat si Akjan ini.
ReplyDeleteit will be sabah's doomsday if sabah were to fall into the hands of akjan.
ReplyDeleteI can't help to wonder why is this pilipin walking freely after the incident of him declaring himself as the sultan of sulu.
ReplyDeleteAkjan should be kick out from sabah. so is the rest of the PTIs that has no business in sabah.
ReplyDeleteJangan biar dia menakluki Sabah.
ReplyDeleteAkjan is one of the worst guy I ever known.
ReplyDeleteSultan yang tidak Sah. Mengaku diri sebagai sultan sulu adalah salah dan patut dikenakan kesalahan undang-undang. Akjan seharusnya menerima hukuman atas apa yang berlaku sebelum ini.
ReplyDeleteThis guy should be get rid of asap.
ReplyDeleteDangerous and malicious.
ReplyDeleteThis man really pose a threat to Sabah.
ReplyDeletePolitik Sabah tidak memerlukan Sultan Sulu ini lagi.
ReplyDeleteAdakah Sulu sedang mencabar politik atau undang-undang negara?
ReplyDeleteAdakah juga golongan yang membuat cerita dan mencabar kerajaan.
ReplyDeleteBuatlah siasatan supaya Akjan juga bebas dari kritikan negatif.
ReplyDeletetiada pun yang iktiraf Akjan tu sebagai sultan sulu.
ReplyDeletesemua harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pati yang berlaku di Sabah.
ReplyDeleteharap masalah pati akan dapat diselesaikan.
ReplyDelete