PENUTUPAN…..Majlis penutupan program Delegasi Siswa UMS-KAL-UUM bersama Datuk Prof. Madya Dr. Ahmad Faiz Hamid. (TNC HEPA, UUM).
Oleh : KHADIJAH ABDULLAH BUKHARI
PADA 9-13 Disember 2011, seramai 20 orang mahasiswa yang diiringi oleh seorang pegawai dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Secara ringkasnya program ini berunsurkan delegasi serta pertukaran pendapat antara mahasiswa UUM dan UMS-KAL.
Program tersebut diwujudkan bagi membincangkan dan bertukar pendapat dengan mahasiswa lain mengenai sistem pengurusan dan perlaksanaan mereka. Samada dari segi aktiviti luar mahupun akademik. Hal ini kerana, UUM juga merupakan salah satu Intitusi Pengajian Tinggi Awam yang boleh dijadikan contoh dari segi kemajuan dan kelebihan keusahawanan yang mereka sedia ada.
Program tersebut diharap dapat membantu mahasiswa UMS-KAL menjana idea baru bagi aktiviti berbentuk keusahawanan dan secara tidak lansung dapat membuat perubahan yang positif yang dapat dibawa balik dan dipraktikkan ke dalam kampus UMS-KAL sendiri.
Program selama 3 hari 2 malam tersebut telah dipadatkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bertujuan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta UMS-KAL seperti ceramah keusahawanan oleh Co-operative and Entrepreneurship Development Institute (Cedi), Lawatan ke Varsity Mall, Program Diskusi Ilmu dan sesi dialog bersama Dekan Pembangunan Pelajar UUM College of Business dan UUM College of Arts & Sciences.
Peserta UMS-KAL juga telah meluangkan masa dan berkunjung ke wad kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah bagi mendekatkan diri dengan komuniti di Kedah disamping dapat menceriakan kanak-kanak di wad tersebut. Pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama kanak-kanak di wad tersebut seperti pertandingan mewarna dan belajar membuat origami.
Aktiviti berbentuk riadah juga telah dilakukan bagi menyeimbangkan lagi program tersebut, seperti aktiviti menunggang kuda dan memandu go kart untuk mengeratkan lagi hubungan antara UMS-KAL-UUM; di samping dapat menambahkan kemesraan antara kalangan peserta. Pengalaman seperti ini merupakan pengalaman pertama bagi sesetengah peserta.
Program ini telah dilansungkan dengan jayanya dengan kerjasama pihak UUM. Semoga matlamat delegasi dapat di capai dan segala kebaikan dan idea dari UUM dapat dibawa balik dan dapat dipraktikkan di UMS-KAL, tambahan lagi dapat memberi kebaikan kepada mahasiswa UMS-KAL.
No comments:
Post a Comment