Saudara Pengarang,
SUSULAN laporan Chung Su Li
yang bertajuk 'Kempen Anti Pati Dan Boikot Kedai India', saya Peer Mohammad Bin
Kadeer dengan MyKad bernombor 600323-12-5465 ingin menjelaskan apa yang sebenarnya
berlaku.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa
ada beberapa fakta yang tidak diketahui oleh Chung sehingga siasatannya tidak
benar dan membuat tuduhan melulu.
Sebelum sentuh isu ini, saya
ingin memaklumkan bahawa Lathief Kadermaideen @ Allaudin dan Nasir @ Latiff
merupakan adik beradik kandung saya. Tidak perlu Kumpulan Pencari Kebenaran
Sabah (KPKS) bermati-matian membuktikan perkara tersebut.
Saya sendiri ingin
memaklumkan bahawa mereka merupakan adik beradik kandung saya. Namun, umum
perlu maklum biodata kami sebelum membuat sebarang andaian.
Bapa kami bernama Kadeer
merupakan Warganegara India Muslim yang berasal daripada Semenanjung. Beliau
kemudian berkahwin dengan seorang wanita daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India.
Pada masa itu, bapa kami
telah berpindah ke Sabah dan melahirkan anak pertama di sini iaitu saya.
Kemudian ibu saya telah balik ke India dan melahirkan Allaudin dan Latiff di
sana. Oleh kerana ibu saya pemegang pasport asing India, maka lambat saya
mendapat Mykad saya.
Dua orang lagi adik beradik
saya pula tidak dapat diuruskan kad pengenalan mereka kerana lahir di India dan
tidak mendaftar di kedutaan Malaysia di India. Atas sebab ini, mereka masuk ke
Malaysia mengunakan pasport asing India.
Pada asalnya saya banyak
membantu mereka di sini. Tetapi, atas pelbagai jenayah berat yang dilakukan
bertentangan dengan undang-undang negara ini, maka saya tidak sudah sehaluan
dengan mereka.
Pada awal tahun 2011, saya
dikejutkan dengan berita bahawa adik saya bernama Latiff sudah mendapat Mykad
projek bernama Nasir Bin Yusof (620605-12-6421). Semua maklumat IC projeknya
adalah dipalsukan termasuk tarikh lahir dan nama bapa.
Pada masa itu, Latiff masih
memegang passport India bernombor E3171231. Perkara ini mengejutkan saya kerana
tergamak sungguh dia membuat sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan
negara ini.
Saya pernah terdengar IC projek
yang dibuatkan oleh kerajaan, namun ini pertama kali saya mendengar IC dibeli
daripada senarai orang mati. Pada masa itu, akibat tidak tahan sikap Latiff
ini, saya telah melancarkan perang ke atasnya.
Untuk pengetahuan pembaca, Latiff
dan Allaudin ini baru masuk ke Sabah tetapi sudah memiliki banyak wang
mengatasi abang mereka ini. Saya tidak pernah memiliki apa-apa jua harta
setakat ini malah menjadi sukarelawan sahaja untuk menjadi rezeki halal selain
membantu menjaga keamanan negara.
Pada dasarnya, saya telah
memanggil kawan saya yang lantang menyuarakan IC songsang di kalangan india, iaitu
Kassim Bin Kamal. Saya meminta beliau membuat laporan polis terhadap Latiff
yang mendapat IC Haram berserta semua jenis jenayah yang dilakukannya. Kasim
boleh membuktikannya pada bila-bila masa sahaja.
Pada masa itu, saya juga
menghubungi Allaudin untuk memberi peringatan kepadanya agar jangan sesekali
membuat IC mengunakan jalan salah. Takut dengan peringatan, beliau sehingga
kini tidak berani membuat IC tetapi masih melakukan pelbagai jenayah sehingga
saya malu menggelar mereka adik-adik saya.
Selain meminta Kassim Bin
Kamal, saya juga meminta orang orang berpengaruh seperti kawan kawan dalam MIC
pada masa itu untuk memastikan IC Latiff ditarik balik. Saya takut, sikap dia
yang terlalu 'kesyaitanan' itu dalam mencari wang bertambah kejam jika dia
sudah memegang IC.
Nyata tanggapan saya sah
menjadi. Setelah memiliki mykad, beliau mula menjual maruah nama negara ini.
Beliau kemudian menjadi agen haram menguruskan pelbagai jenis dokumen dan
sebagainya. Beliau juga mempunyai kemahiran memalsukan pelbagai dokumen seperti
pasport selain menjual IC melalui rangkaian yang didedahkan oleh Chung.
Untuk pengetahuan Chung Su
Li, setelah pendedahan awak tersiar di sabahkini.net; Nasir @ Latiff telah
mencari pelbagai jalan untuk mengesan awak. Dia telah mengeluarkan hampir
RM20,000 untuk menutup semula isu ini.
Latiff menghubungi saya
untuk membantunya kerana saya memiliki pengaruh selain merupakan abang
kandungnya. Saya pun pergi berjumpanya. Beliau mengatakan beliau sanggup keluar
berapa ribu sahaja, yang penting siapa Chung Su Li di ketahuinya.
Selain itu, Nasir @ Latiff
mengupah beberapa orang untuk memastikan artikel dalam Sabahkini.net
dipadamkan. Saya juga diberikan sedikit wang yang juga kebetulan pada masa itu
saya perlukan sangat.
Saya pun berpura pura
membantunya dengan pergi berbincang dengan rakan-rakan saya di Lahad Datu
seperti kawan baik saya Nagaraju daripada MIC. Namun, semua usaha Nasir @ Latiff
tidak akan berjaya dan berjaya sama sekali.
Pengaruh, wang dan kemewahan
yang dimiliki oleh mereka menyebabkan saya terus membenci mereka. Saya yang
lurus bendul tidak mahu undang-undang negara dan perlembagaan dibelakangkan
terus terpinggir di tempat lahir sendiri.
Nasir @ Latiff ini
dimaklumkan telah mengumpulkan semua bekas-bekas musuhnya termasuk orang India
daripada Semenajung termasuk Kasim Bin Kamal yang merupakan musuh tradisinya
untuk melawan Chung Su Li.
Wang bertimbun yang dimiliki
oleh Nasir @ Latiff inilah punca semua musuh menjadi baik terhadapnya. Nyawa
KPKS dan Chung Su Li dalam bahaya. Latiff sanggup buat apa sahaja demi
memastikan kepentingannya tidak tergugat sama sekali.
Latiff juga mempunyai
senarai orang yang mungkin membantu Chung SU Li termasuk orang India. Nyawa ke
semua mereka dalam keadaan terancam kerana dia sanggup buat apa sahaja.
Lagipun, yang terlibat
orang-orang kenamaan dan penjawat awam. Mereka semua turut membantu Latiff
dalam mengesan KPKS dan ketuanya Chung. Tentu pegawai JPN mempunyai rekod IC Chung
dan dapatlah biodatanya diketahui. Saya juga mengesahkan bahawa Nasir @ Latiff
mempunyai hubungan dengan Puan Suzina seperti didakwa oleh Chung Su Li.
Adik bongsu saya bernama
Allaudin dengan pasport India bernombor A1832854 yang masuk ke Malaysia sekitar
hujung 1999 dengan visa bekerja di Restoran Shaliha, Penampang di alamat Lot 6,
Tingkat Bawah, Bandar Baru Penampang, 89507, Kota Kinabalu, Sabah milik Ibrahim
Bin Sidik (530310-12-5377/H0522498) seperti didakwa oleh Chung.
Saya masih memegang semua
salinan pasport adik-adik saya yang saya boleh kemukakan kepada Chung Su Li
pada bila-bila masa atau menghantarnya melalui e-mail kepadanya.
Untuk pengetahuan Chung, majikan
yang menjamin dia pada masa itu (Ibrahim) merupakan rakan kongsi Kasim Bin
Kamal. Chung boleh menghubungi Kasim kerana beliau mempunyai banyak maklumat
termasuk yang diserahkan saya kepadanya.
Memang banyak jenayah yang
dilakukan oleh adik bongsu saya ini termasuk menjual dadah di Maldives. Saya
masih menyimpan salinan bukti-bukti tersebut. Sekarang, Alludin mempunyai kedai
di Bukit Melinsung, Papar, Kinarut iaitu Ros Curry House. Bagaimana pemegang
pasport asing boleh menjalankan kedai di Sabah?
Chung Su Li, banyak yang
benar awak dedahkan. Sekarang saya ingin menerangkan sedikit secara jujur
kepada awak agar awak faham. Saya memang ahli RELA. Saya hanya ada punca rezeki
itu untuk terus hidup dengan bekerja sebagai RELA.
Saya tidak punya apa-apa
harta seperti rumah dan kereta. Saya hidup berjasa kepada negara. Dengan elaun
yang sedikit itu, saya teruskan hidup saya. Saya terdengar melalui artikel
sebelum ini, awak ada sediakan laporan panjang tentang saya. Saya merayu kepada
KPKS supaya tidak menganggu kerjaya saya.
Saya merayu sangat-sangat
kepada Chung, saya mendoakan awak semua berjaya sentiasa. Saya juga boleh
membantu dan menjadi ahli KPKS. Malah, saya boleh menjadi salah satu sponsor
untuk membantu kumpulan kamu. Saya tidak ada dan tidak pernah membuat sebarang
jenayah di tanah tercinta ini. Janganlah dalam hal saya, hanya kerana dosa saya
menjadi abang kepada dua penjenayah, kamu turut memfitnah saya.
Saya mengaku saya dibelanja
ramai kawan di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Namun itu bukan saya minta. Itu
hanyalah pemberian ikhlas mereka kepada saya. Jenayah di Kota Kinabalu tidak
pernah saya lindungi. Namun, semua pihak berkuasa, termasuk polis amat takut
kepada warga asing Filipina dan Indonesia yang menjadi penghuni sekitar bandar raya.
Kastam, LHDN, Polis, DBKK, Imigresen,
JPN, Anti Dadah, KDN, Rukun Tetanga, RELA, Pertahanan awam dan sebagainya tidak
pernah mempunyai usaha untuk membenteras jenayah di bandar raya Kota Kinabalu. Kalau
ada usaha pun, tidak pernah, sudah berbelas tahun ada penyelesaian muktamad.
Saya rasa tidak menjadi
salah saya sebagai RELA, mengugut mereka dengan meminta membuat bayaran
tertentu kerana wang mereka itu wang negara ini. Warga asing ini mana pernah
membayar cukai dan sebagainya. Wang ini milik kita, kita tidak boleh membiarkan
mereka kaya sebegitu senang.
Kami ahli RELA yang mendapat
elaun berapa sahaja memang layak mengambil wang daripada mereka. Saya harap
Chung faham situasi tersebut dan janganlah bertindak bodoh dengan membawa isu
ini ke peringat atasan.
Sekali lagi, bukan berasa
terancam dengan artikel Chung sebelum ini, tetapi Chung ada tegaskan apa yang
beliau tulis itu hanyalah petikan daripada laporan lengkap; manakala yang
lengkap bakal menyusul selepas diterima pihak berkuasa.
Ayat ini yang membuatkan
saya insaf. Saya bertekad mulai hari ini, saya tidak akan menerima apa jua
bentuk bayaran daripada orang ramai. Saya akan bekerja demi berjasa kepada
rakyat dan negara.
Saya merayu Chung Su Li, sahabatku,
saya telah insaf. Malah saya mengaku adik kandung saya membuat jenayah. Saya
akan emailkan semua dokumen yang boleh memecahkan rahsia adik-adik saya ini, tetapi
saya meminta semua dokumen yang kamu sediakan untuk dihantar kepada pihak
berkuasa ditarik balik. Saya memohon jasa baik Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah
dan Chung Su Li agar semua laporan mengenai saya dihapuskan.
Saya sekali lagi mengaku
bahawa memang silap saya meminta wang daripada orang ramai. Saya minta maaf
secara terbuka kepada umum. Namun, beranikah Nasir@Latiff dan Allaudin tampil
minta maaf secara terbuka dengan menyerahkan semua IC kepada kerajaan Malaysia
dan terus mengunakan pasport India dan Visa bekerja di Malaysia jika ingin
terus tinggal di tanah bapamu ini?
Saya tidak akan memaafkan
kamu, jika saya mendapat masalah daripada jenayah yang kamu buat sehingga saya
dibuang keahlian RELA.
Saya juga berjanji akan e-mailkan
kepada Chung jika saya mendapat sebarang maklumat mengenai Nasir @ Latiff
termasukk orang yang cuba membantunya. Mari kita memberi tekanan kepada Nasir @
Latiff ini untuk menyerahkan semula IC nya kepada kerajaan dan menyerah diri di
Balai Polis.
Saya mencadangkan Chung
membuka akaun facebook untuk mengumpulkan tandatangan secara online bagi
mengesa Nasir @ Latiff ditangkap segera kerana ribuan pengomen di Sabahkini.net
sedang marah dalam hal ini.
Sesiapa yang ingin
menghubungi saya boleh telefon atau sms ke nombor 016-8360786 dan manakala
sesiapa yang ingin menghubungi atau mengutuk Nasir @ Latiff boleh telefon
016-8329789.
Sekian, Salam Hormat,
PEER MOHAMMAD BIN KADEER
Hope that Peer Mohammad Bin Kadeer's explanation on the allegation will help clear the air.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Maybe Peer and Chung Su Li will be able to work together to break this case.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
pandailah kita menilai penjelasan dari mereka.
ReplyDeletePendedahan demi pendedahan dibuat oleh pihak tertentu mengenai Kaum India di Sabah ini. Mungkin kita sukar percaya lagi kebenaran dan bukti belum lagi terbukti.
ReplyDeleteMacam semakin panjang pula cerita India Sabah ini didedahkan. RCI mana sudah? Memang RCI diperlukan untuk menyiasat perkara sebegini.
ReplyDeleteRCI perlu disegerakan di Sabah
DeletePeer dan adik beradiknya tidak sehaluan. mungkin juga pendedahan yang dibuat oleh Peer adalah untuk melindungi diri sendiri. jadi, jangan dulu percaya mana2 pihak. siasat dulu.
ReplyDeleteMungkin juga. Untuk melepaskan diri sendiri, tuduh orang lain dulu.
DeleteAda nada2 minta kasihan ja ni..
ReplyDeletememang minta kasihan pun.. siap merayu2 lagi.. pelik kan?
Deleteyang peliknya, kenapa dia takut Chung buat laporan polis jika benar dia tidak bersalah??
ReplyDeletedalam tulisan ini ada ditulis bahawa pihak2 yang dituduh itu sedang mencari Chung.. apa yang mereka mahu buat?? bagi saya, ini adalah situasi kritikal yang memerlukan pihak polis masuk campur dalam hal ini..
ReplyDelete