By : RUZAINI ZULKIFLI
TUARAN: Seorang guru agama
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka di sini terbunuh setelah Proton
Myvi yang dipandunya bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 5.9 Jalan
Sulaman, petang kelmarin.
Dikatakan mangsa dikenali
sebagai Ahmad Fauzan Madrih, 33, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Menurut saksi kejadian,
mangsa dipercayai tersalah masuk ke laluan bertentangan sebelum Toyota Hilux
yang dinaiki oleh tiga lelaki tempatan merempuh kenderaan mangsa.
Bagaimanapun, ketiga-tiga
lelaki yang menaiki Hilux terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Ketua Polis Daerah Tuaran,
Deputi Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi kelmarin mengesahkan
kejadian terbabit yang berlaku sekitar jam 2.55 petang.
Beliau berkata, mangsa
difahamkan menuju ke Tuaran melalui jalan terbabit dan tidak semena-mena
tersalah lorong sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.
“Hasil siasatan awal
mendapati mangsa telah tersalah lorong secara tiba-tiba lalu bertembung dengan
Toyota Hilux berkenaan.
“Impak daripada pelanggaran
itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa hancur remuk,” katanya sambil
menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan
(APJ) 1987.
Sementara itu, Zaharudin
menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhenti rehat sebentar sekiranya berasa
letih bagi menangani kemalangan terus meningkat terutamanya di bulan Ramadan
ini.
“Para pemandu dinasihatkan
untuk lebih berhati-hati bagi mengelak kemalangan sebegini terjadi. Sekiranya
letih kita minta pemandu-pemandu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
semula,” katanya. (UB)
No comments:
Post a Comment