Wednesday 4 July 2012

KEMPEN ANTI PATI DAN BOIKOT KEDAI INDIA




Saudara Pengarang,

SAYA, Chung Su Li (530316-12-5240) yang baru-baru ini mendedahkan tentang kerakyatan songsang yang dilakukan oleh satu rangkaian yang didalangi oleh warga India yang dikenali sebagai Nasir @ Latiff melalui pendedahan bertajuk 'Skandal IC ProjekTerbaru Di Sabah?' dan 'Mulakan RCI Di JIM Dan JPN Sabah' mendapat perhatian umum.

Kali ini saya tampil dengan satu persoalan yang besar iaitu mengapakah Polis, JPN dan Imigresen masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Nasir @ Latiff?

Untuk pengetahuan pembaca, saya telah memulakan penyiasatan saya yang mendapat pujian ramai rakyat tempatan beberapa bulan lepas. Saya telah membelanjakan hampir RM350 untuk membawa isu ini ke pengetahuan umum.

Saya bersama beberapa rakan lain telah mengutus pelbagai surat secara bertubi-tubi ke hampir semua badan bertanggungjawab seperti JPN, Polis, Imigresen, KDN, Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Biro Pengaduan Awam, SPRM dan banyak lagi.

Saya difahamkan Nasir @ Latiff masih bebas tanpa sebarang siasatan yang dimulakan kepadanya. Polis pada awalnya telah menahan Nasir @ Latiff tetapi  kemudiannya dilepaskan bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Dimaklumkan kes tersebut ditutup begitu sahaja sehingga terdengar suara Nasir @Latiff yang mengatakan bahawa tiada siapa yang boleh mengapa-apakan beliau.

Saya masih tidak faham mengapa Polis bertindak menahan dan melepaskannya begitu sahaja? Saya mohon penjelasan pihak Polis mengenai hal ini ataupun Polis tidak mempunyai cukup bukti untuk menahan Nasir @ Latiff ini?

Saya juga mendapat tahu bahawa ada Polis yang menghubungi beberapa saksi-saksi yang saya berikan tetapi siasatan yang sambil lewa dan lembab menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Nasir @ Latiff mempunyai ramai pihak atasan sebagai kekuatannya. Saya risau usaha saya dengan rakan-rakan saya yang lain akan sia-sia sebegitu sahaja.

Imigresen juga hanya membuat satu makluman berbentuk notis di Imigresen Kota Kinabalu dengan mengatakan bahawa agen tidak dibenarkan berurusan dan meminta pemohon hadir sendiri. Tindakan ini hanya buat sementara untuk menyejukkan semula keadaan.

Kita semua sedia maklum bahawa aktiviti agen haram dan pemalsuan semua jenis dokumen termasuk pasport dan sijil nikah merupakan sumber pendapatan terbesar Nasir @ Latiff.

Jadi suspek ini sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan sumber tersebut tidak diganggu. Suspek boleh membeli semua pegawai kerajaan kita termasuk yang jujur kerana sesiapa pun akan tergoda di depan wang yang ditaburkan. Tambahan pula gaji kakitangan Imigresen sering kali tidak mencukupi.

Buat masa ini Nasir @ Latiff tidak berani menjejakkan kaki di Pejabat Imigresen kerana kami sudah pun merancang untuk menangkap Nasir @ Latiff dan menyerahkan sendiri kepada Pengarah Imigresen Sabah, Mohammed Mentek.

Jika Nasir @Latiff masih bebas, maka kami semua akan mengambil tindakan sendiri kerana tiada guna lagi kami membazirkan wang dan masa untuk meminta pihak berkuasa mengambil tindakan drastik.

Nasir @ Latiff kini masih meneruskan aktivitinya seperti biasa tetapi aktiviti agen haramnya di Imigresen masih diteruskan tetapi buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi sejuk; suspek meminta bantuan seorang rakan kongsinya.

Buat masa ini kami tidak mendedahkan siapakah rakan kongsinya, namun jika orang tersebut terus membantu Nasir @ Latiff dan sekutunya untuk menguruskan dokumen; maka kami tidak teragak-agak mendedahkan identiti orang tersebut ke pengetahuan umum.

Jangan ada yang berani mencuba untuk membantu Nasir @Latiff kerana kami tidak akan teragak-agak memberkas dan mengambil tindakan mengikut cara kami sendiri.

Dikesempatan ini, saya menyeru orang ramai agar memboikot dan meminta supaya JJ One Phone ditutup segera selain semua kepentingan Latiff seperti rumah, pejabat dan kereta mewahnya ditarik balik.

Saya dalam usaha untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan untuk memaksa kerajaan menahan Nasir @Latiff, abang dan adiknya serta semua mereka yang terlibat.

Walaupun bukti yang saya berikan sebegitu jelas, namun saya tidak faham mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan sewajarnya. Atas perbincangan saya dengan Pakatan Rakyat, mereka mengesyorkan untuk mengumpulkan tandatangan orang awam yang menyokong sebanyak mungkin.

Jika pembaca Sabahkini.net yang ingin menyatakan sokongan atau apa juga urusan, bolehlah menghubungi saya melalui e-mail iaitu kmksabah@rocketmail.com.

Saya berharap sangat agar Datuk Patrick Sindu yang menjadi orang yang sangat lantang dalam kerakyatan songsang supaya membawa isu ini ke peringat tertinggi.

Saya akan membuat beberapa pendedahan lagi tetapi masih menunggu reaksi daripada Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung isu penting ini.

Kita harus bekerjasama bagi memastikan orang menjadi perosak negeri Sabah seperti ini dapat dihapuskan. Kita harus berani dalam hal seperti ini supaya mereka tidak terus naik memijak kepala kita. Segala kepentingan dan keistimewaan kita tergugat kerana orang seperti ini.

Saya amat marah terhadap orang seperti Nasir @Latiff yang bersikap sungguh kejam untuk memenuhi nafsu rakusnya. Kalau diikutkan hati, saya mahu pergi sahaja tutup dan buat hal di kedai dia JJ One Phone di Bandaran Berjaya dan mendesak dia balik ke India segera bersama kerabatnya.

Namun, kita terikat dengan undang undang negara kita, kuasa kita hanya boleh mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Nantikan pendedahan panjang lebar seorang rakan saya mengenai adik dan abang Nasir @ Latiff iaitu Peer Mohammad Bin Kadeer yang memegang IC Projek bernombor 600323-12-5465 merupakan seorang yang tidak layak menjadi ahli RELA di samping menyalahgunakan kuasa dan mempunyai banyak rekod jenayah.

Suspek ini difahamkan menjadi ahli RELA di Kota Kinabalu. Beliau mendapat bayaran harian, bulanan dan sebagainya untuk melindungi semua jenis jenayah yang berlaku di sekitar Kampung Air, Sinsuran, Pasar Filipina, Bandaran Berjaya.

Saya hairan bagaimana 'India Mari' boleh menjadi ahli RELA sedangkan itu sepatutnya diberikan kepada bumiputera. Jenayah seperti PATI, penjual DVD cetak rompak, aktiviti pelacuran, pondan, jualan rokok, jualan dadah, pusat perjudian dan sebagainya dilindungi oleh sukarelawan kita ini.

Manakala, Adik bongsu Peer bernama Lathief Kadermaideen (nama panggilan Allaudin) yang masih mengunakan pasport India bernombor A1832854 yang masuk ke Malaysia sekitar hujung 1999 dengan visa bekerja di Restoran Shaliha, Penampang di alamat Lot 6, Tingkat Bawah, Bandar Baru Penampang, 89507, Kota Kinabalu, Sabah kepada majikan bermykad 530310-12-5377.

Namun, tidak pernah pun walau seminit saya nampak Lathief pernah bekerja di Restoran tersebut. Allaudin yang pernah terlibat dalam kegiatan menjual dadah di Maldives telah melarikan diri ke sini apabila menyedari suspek diperhatikan oleh pihak berkuasa di sana.

Suspek turut membekalkan kepada Peer dadah seperti syabu untuk dijualnya setiap malam di Kampung Air dan Sinsuran. Mereka berkongsi untung daripadanya. Tinjauan kami mendapati Restoran Shaliha sudah ditutup. Kami meminta bekas majikan dia ini tampil membantu kami.

Difahamkan bahawa Allaudin ini mendapatkan modal untuk membuka kedainya sendiri dengan menipu orang ramai terutama PATI dan pekerja asing dengan menawarkan khidmat membuat IC.

Suspek hanya meminta RM300 daripada setiap seorang sebagai bayaran deposit dalam urusan tersebut. Apa yang jelas di sini ialah suspek tersebut  telah menipu hampir 250 orang pada masa itu untuk mendapatkan lebih RM75,000.

Mereka yang ditipu tidak berani tampil membuat laporan kerana mereka sedar apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang, malah mereka tiada dokumen perjalanan yang sah.

Sehingga kini, lebih  7 tahun suspek ini masih mengunakan teknik yang sama untuk menjana ribuan ringgit. Selain itu, suspek turut menawarkan khidmat membuat satu jenis dokumen untuk warga Filipina yang dikenali 'Burung-Burung' dengan bayaran tertentu yang tentunya hanya seperti menanam tebu di tepi bibir.

Yang ini hanya petikan daripada surat laporan lengkap kami. Untuk pengetahuan umum, kumpulan kami terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan KDM. Kami menamakan kumpulan kami sebagai KPKS (Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah).

Jangan salah sangka, KPKS akan tampil dengan mendedahkan banyak kebenaran lagi selepas ini. Kami akan siarkan maklumat lengkap selepas semua surat kami diterima oleh pihak berkuasa.

Sekian, Salam Hormat,

CHUNG SU LI

9 comments:

  1. apabila RCI ditubuhkan nnti. pasti semua ini akan disiasat, tiada yang akan trlepas.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya memang semakin hangat anti India sabah ini. Pelbagai pendedahan mula diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anti PATI India. tidak apa kalau India yang memang sudah menetap di negara ni sebelum merdeka.

      Delete
  3. India di Sabah semakin terancam nampaknya. Apa pun kita tunggu siasatan seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. warganegara perlu la jelas.

      Delete
    2. macam mana sudah dakwaan 300 000 kaum India yang tiada kad pengenalan tu?

      Delete
  4. Replies
    1. agaknya itulah harapan terakhir untuk menyelesaikan masalah ini jika pihak2 yang berkenaan masih lagi enggan bertindak..

      Delete
  5. saya rasa dalam kes ini perlu ada campur tangan politik.. kenapa agaknya pemimpin2 politik pembangkang enggan mengetengahkan isu ini??

    ReplyDelete