KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menyegerakan keputusan
bersejarah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini berhubung
pindaan enakmen tanah membabitkan pesisir pantai Kota Kinabalu bagi menyukarkan
pihak lain di masa depan dengan mudah tebus guna kawasan yang dipertikaikan.
Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Musa Aman berkata perlindungan kawasan pesisir pantai bandar raya itu
daripada ditebus guna selanjutnya adalah untuk kepentingan generasi akan
datang.
"Kita telah melihat apa
yang telah dilakukan pada masa lalu...tanah pesisir pantai yang berharga telah
diberi secara sembarangan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
diri," katanya dalam satu kenyataan.
Musa berkata beliau menerima
banyak komen daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan alam sekitar,
penduduk tempatan dan pelancong yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung
keperluan melindungi dan memulihara kawasan pesisir pantai Kota Kinabalu yang
cantik.
"Ini bukan sahaja untuk
industri pelancongan kita tetapi demi generasi akan datang, anak-anak kita, dan
rakyat kita," katanya. (Bernama)
Kudos to the state govt!
ReplyDeletetanah2 termasuk di persisir pantai harus dilindungi. ia amat berharga.
ReplyDeletesemoga pindaan enakmen tanah dapat dilakukan dengan segera demi untuk menjaga kawasan pesisir pantai KK.
ReplyDeletekawasan pesisir pantai diambil sesuka hati oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri, inikan pula pulau2 yang terdapat di Sabah ni.
ReplyDeleteGood decision from the government to protect the shores from being sold to private companies.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hope that the state government will beautify the city so that more tourist are interested to visit Sabah.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Ini bagi menjaga untuk masa hadapan generasi yang akan datang.
ReplyDeleteAkta tu membuktikan kerajaan sentiasa menjaga hak Sabah sebaik mungkin.
DeleteBagus. Kerajaan perlu sentiasa menjaga tanah2 Sabah, supaya tidak mudah dimiliki oleh pihak luar.
ReplyDeletesiapa agaknya maksud Musa Aman "Kita telah melihat apa yang telah dilakukan pada masa lalu"?? dalam fikiran saya ialah Yong Teck Lee..
ReplyDeletesekarang ni pun pesisir pantai di kota kinabalu semakin cantik ba.. itu pun masih belum siap sepenuhnya.. kalau sudah siap, lagi cantik bandaraya KK ni..
ReplyDelete