Monday 16 July 2012

KETUA CAWANGAN UMNO HANYA TANDAS AWAM?





Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat membidas pemimpin UMNO yang memperdaya Ketua-Ketua Cawangan UMNO agar memberi sokongan jitu dengan menyifatkan mereka sebagai 'Permata' kepada parti, sebaliknya setaraf dengan 'Tandas Awam!'

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur di Sabahkini.net bertajuk 'Ketua-Ketua Cawangan PermataUMNO' berkata demikian setelah menerima aduan daripada penduduk Kampug Unta di Lahad Datu yang diabaikan UMNO selama ini.


"Pemimpin UMNO Silam begitu kejam dan tidak berperi kemanusiaan kerana menjadikan Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Silam seperti 'Tandas Awam' yang hanya diperlukan ketika terdesak iaitu menjelang pilihanraya umum atau pemilihan parti," kata Citra yang sedih melihat layanan buruk yang diterima Ketua Cawangan dan Ahli UMNO Silam yang terhimpit dengan isu kediaman mereka yang bakal dirobohkan atas perintah mahkamah.

Kata Citra, PKR tidak bermaksud mencampuri urusan mahkamah, namun sikap pemimpin UMNO di Silam yang tidak pernah mengambil peduli kebajikan ahli menyebabkan penyokong UMNO dan BN teraniaya sekalipun Kampung Unta merupakan Kampung Tradisi kerana telah wujud sejak 40 tahun lalu.



BANGGA.....Walaupun rumah mereka bakal menyembah bumi, namun masih mampu tersenyum dan bangga menjulang bendera BN.


"Semasa Ops Nyah II Bersepadu yang dilancarkan ketika pemerintahan Ketua Menteri 'Merry Go Round' Chong Kah Kiat, rumah Ahli UMNO dijadikan sasaran perobohan oleh pihak berkuasa iaitu polis dan tentera sedangkan sasaran ops berkenaan ialah untuk menghapuskan koloni PATI," ujar Citra yang kesal dengan sikap bacul pemimpin UMNO Silam yang tidak segan silu 'berak' di atas kepalaKetua Cawangan yang selama ini menaruh kepercayaan kepada mereka.

Kini, kata Citra, setelah 40 tahun bermastautin di atas tapak tanah berkenaan yang sebelum ini disahkan sebagai 'Tanah Kerajaan' dan sebahagiannya rizab Lapangan Terbang Lahad Datu, tiba-tiba Penolong Pemungut Hasil Tanah melelong tanah berkenaan melalui lelongan awam.

"Dalam hal ini, kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana tanah tersebut diberikan geran hak milik sedangkan menjadi 'Tanah Adat' dan Kampung Tradisi yang telah dibekalkan semua kemudahan asas," ujar Citra yang menggesa agar semua mangsa membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Berdiam diri dan menunggu janji pemimpin UMNO, kata Citra umpama menyerahkan isteri dan anak sendiri untuk dinodai pemimpin UMNO yang tidak jujur dan mengkhianati perjuangan parti.

Mungkin tamsilannya keterlaluan, tetapi kata Citra, itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Tujuh Ketua Cawangan, ratusan ahli UMNO dan pengundi di Parlimen Silam apabila para pemimpin UMNO dan Wakil Rakyat lepas tangan terhadap kebajikan mereka.
 
PENGESAHAN.....Jika kawasan tersebut diluluskan sebagai Cadangan Lapangan Terbang, bagaimana boleh diluluskan kepada orang lain?


"Semua aduan mereka kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah umpama mencuci najis dengan air liur iaitu perbuatan mustahil dan tidak mungkin dibantu. Pemimpin UMNO akan lepas tangan dan mencipta pelbagai alasan, termasuk menghina mahkamah kerana perintah pengusiran telah dikeluarkan mahkamah," kata Citra lagi.

Sehubungan itu, Citra mendesak agar Ketua Cawangan dan Ahli UMNO serta pengundi di Kampung Unta meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat agar dapat dibantu melalui tindakan guaman demi meneruskan kehidupan mereka di atas kampung tradisi berkenaan.

"Jika Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, maka kejadian seumpama ini tidak mungkin berlaku," kata Citra yang menyifatkan Kerajaan BN dan pemimpinnya tidak layak diberikan peluang untuk meneruskan pemerintahan zalim di negara ini.

Dalam pada itu, tinjauan Sabahkini.net mendapati 60 buah rumah telah dikenalpasti bakal dirobohkan pemilik tanah berkenaan dalam masa yang terdekat berdasarkan notis yang telah dikeluarkan sejak tahun lalu.

Mungkin agak luar biasa kerana terdapat tujuh cawangan UMNO di sebuah kampung yang terletak di sebelah Lapangan Terbang Lahad Datu iaitu Cawangan Kg Unta Lama, Kg Unta I, Kg Unta II, Kg Unta III, Kg Unta IV, Kg Unta Ujung dan Bandaran IV.



MAKLUMAN.....Notis makluman ini telah dikeluarkan kepada Jawatankuasa Bertindak.


Dalam pada itu, Ketua Cawangan Kg Unta Lama, Tatta Bin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi AJK Bertindak mengesahkan mereka telah menghantar surat rayuan untuk memohon ehsan campurtangan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, tetapi masih gagal mendapatkan sebarang pembelaan.

"Pemilik berdaftar tanah telah menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan iaitu mahu meranapkan rumah kami dengan jentera berat dan memutuskan jalan yang baru diturap kerajaan, tetapi setakat ini kami masih bersabar dan mempertahankan rumah kediaman kami sementara menunggu bantuan daripada pihak yang bersimpati," kata Tatta yang terharu dengan kesudian Sabahkini.net menyiarkan rayuan mereka.

Menurut Tatta, pemaju ada menawarkan pampasan RM500 bagi setiap rumah yang didirikan di atas tanah yang menjadi pertikaian berkenaan, tetapi hanya segelintir yang menerima, tetapi majoriti menolak.


 MENGELIRUKAN.....Surat PPHT ini amat mengelirukan kerana bercanggah dengan Surat Jurukur Daerah. Siapa yang luluskan dan bagaimana lelongan dilakukan?


"Kami ada hak tanah adat dan beneficiari ke atas tanah ini dan tidak akan mudah mengalah begitu sahaja sekalipun Wakil Rakyat tidak mempedulikan kami," kata Tatta lagi. 

Sabahkini.net akan berusaha mendapatkan ulasan daripada Ahli Parlimen Silam dan Adun Lahad Datu dalam masa terdekat, terutama ketika penduduk Kampung Unta mengalami trauma berganda iaitu mahu mengerjakan ibadah puasa dan menyambut aidil fitri dalam dilema.

11 comments:

  1. Jangan lupa jasa mereka yang membantu kita naik kerana kita mungkin akan perlukan mereka bila kita berada di bawah lagi.

    ReplyDelete
  2. Citra nak menghasut ahli2 UMNO ke ni?

    ReplyDelete
  3. Kalau Pakatan yang memerintah Sabah sekalipun belum tentu mereka dapat memenuhi segala keperluan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cast your votes wisely, Sabahans.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  4. It's all up to the people to decide which party they will support in the next general elections.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Kepentingan penduduk perlulah diberikan perhatian dan jangan diabaikan.

    ReplyDelete
  6. Pakatan sebenarnya cuma memberikan janji kosong untuk menjerat rakyat. Kalau tidak percaya sebagai contoh di Selangor. Bukankah Pakatan yang berjuang mati-matian mengaitkan pemimpin BN selangor dengan rasuah. tapi sekarang tengok kerajaan pakaan sendiri yang melakukan rasuah seperti Faekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji kosong saja tu, jangan mudah percaya.

      Delete
  7. Mungkin citra akan bertanding PRU13.

    ReplyDelete
  8. kenapa Citra tidak bantu penduduk kampung dengan membawa kes mereka ke mahkamah? inilah sikap pemimpin2 pembangkang yang hanya tahu mengambil kesempatan disebalik kesempitan rakyat..

    ReplyDelete
  9. setakat ini, penilaian saya terhadap pemimpin2 PKR, mereka suka sangat menggunakan perkataan jijik untuk mendapatkan sokongan rakyat.. mereka tidak sedar bahawa mereka juga telah menghina rakyat sebenarnya.. saya paling tidak suka bila pemimpin2 PKR cakap rumah rakyat sebagai reban ayam dan kandang kuda..

    ReplyDelete