Oleh : JACK GIAU
KOTA BELUD : Kerajaan Persekutuan
terutama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud seharusnya tidak melengah-lengahkan
penyaluran peruntukan pemulihan bangunan yang rosak teruk di Kg Piasau.
Selaku penduduk dan ibu bapa
para murid SK Kg Piasau sudah tentunya marah dengan kelewatan pemulihan kelas
SK Kg Piasau.
Untuk menangani masalah
rakyat di kawasan Kadamaian amnya, SK Piasau yang masih belum menerima
peruntukan sewajarnya semenjak mengalami bencana alam; sedangkan di Semenanjung
Malaysia peruntukan kilat diluluskan serta merta.
Selang beberapa hari
kejadian taufan merosakkan SK Piasau, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato
Muhiddin Yassin telah mengumumkan pembinaan Dewan Serbaguna di salah satu
sekolah di Semenanjung dengan peruntukan RM 1.2 juta, tetapi kenapa SK Piasau tidak
menerima sebarang peruntukan kilat?
Kerajaan sepatutnya berlaku
adil ke atas apa juga pembangunan termasuklah kerja-kerja kecemasan yang
melanda negara ini tanpa mengira siapa wakil rakyat atau parti yang berkhidmat
di kawasan tersebut.
Sewajarnya adalah menjadi tanggungjawab
kerajaan menjamin pembangunan sama rata di seluruh negara, termasuklah Sabah
dan Sarawak. Namun amat malang apabila murid dan guru di SK Kg Piasau mengalami
kesukaran mengadakan pembelajaran kerana bangunan sekolah belum lagi dibaiki.
Difahamkan tabung PIBG juga
kering kontang kerana telah digunakan untuk membiayai projek membaikan pulih
bangunan dan membina kantin sementara untuk murid-murid dengan usaha sama para guru
dan PIBG.
Pekerja yang digaji untuk
membaiki bangunan sementara itu belum juga dibayar upahnya oleh PIBG kerana
tidak kehabisan tabungan kewangan.
Menurut penjelasan wakil
rakyat, ketika dihubungi makluman peruntukan pembaikan adalah tanggungjawab PPD
Daerah Kota Belud yang sepatutnya bertindak segera untuk menangani masalah di
SK Kg Piasau.
Difahamkan wakil rakyat
berkenaan hanya meluluskan peruntukan RM30,000 sahaja sedangkan PPD telah
memohon RM300,000 untuk tujuan berkenaan.
Selaku ibubapa serta
penduduk Kg Piasau, saya amat bersetuju dengan PIBG SK Piasau mengesa pihak PPD
Daerah agar berusaha membantu menyelesaikan masalah bangunan sekolah SK Piasau
agar dibina semula, dan jika Kementerian Pelajaran Malaysia prihatian, wajar
dinaiktaraf ke bangunan konkrit.
Memandangkan SK Kg Piasau
adalah sekolah tertua di daerah ini selain daripada SK Pekan Kota Belud, maka sepatutnya
Kementerian Pelajaran Malaysia menaiktarafkan sekolah SK Piasau setanding
dengan SK Pekan Kota Belud yang telah pun berubah wajah.
Mengikut pemantauan saya,
kawasan Kadamaian tidak ada pembinaan sekolah baru selain dari pada Sekolah SMK
Tombulion, dibandingkan dengan kawasan Tempasuk dan Usukan.
Di Usukan, sekolah yang
telah dinaiktaraf ialah SK Sembirai, SK Timbang Dayang, SK Kulambai, SMK Pekan
II, Sekolah Agama Tun Said (baru) dan di kawasan Tempasuk pula ialah SK Rosok,
SMK Taun Gusi2, SK Tamau.
Namun di kawasan Kadamaian, SK
Piasau, SK Podos, SK Ranggalau SK Tombulion, SK Sayap, SK Nahaba, SK Tangkurus
dan SK Tuguson semakin usang dan sewajarnya dinaiktaraf sejak sepuluh tahun
lalu.
Setelah Sabah merdeka hampir
49 tahun, namun transformasi pendidikan melalui NKRA yang dijanjikan Kerajaan
1Malaysia masih menjadi igauan kosong rakyatnya dan kanak-kanak sekolah masih
belajar di sekolah yang lebih daif daripada kandang kambing dan reban ayam.
Perancangan dan cadangan
kerajaan untuk menukar PTPTN kepada biasiswa dengan syarat pelajar mendapat
status '1st grade' dalam keputusan pendidikan, sudah tentu pelajar Sabah tidak
akan mendapat keistimewan tersebut sekiranya keadaan pendidikan di Sabah tidak
diambil perhatian serius.
Penduduk Kota Belud,
terutama Kadamaian baru-baru mengharapkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke
daerah ini meninggalkan satu kenangan yang bermakna, seperti meluluskan penubuhan
satu institusi pengajian tinggi yang di war-warkan sebelum ini iaitu penubuhan
Universiti Teknologi Mara kerana tapaknya di Kg Nahaba telah lama tersedia.
Namun harapan hanya tinggal
harapan kerana Timbalan Perdana Menteri pulang dengan tangan kosong. Malah
dalam perjumpaan di Dewan SMK Narinang, rakyat Kota Belud kecewa kerana Adun
Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan masih dengan jenaka basinya meminta
jalanraya dinaiktaraf, sinonim dengan namanya Timbun, maka bertimbun-timbun
masalahnya.
Ketika berucap di majlis
yang sama, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pembinaan
infrastruktur kawasan Kadamaian termasuk jalanraya, tetapi tidak di luluskan
dengan serta merta seperti yang berlaku di Semenanjung dan rakyat terpaksa
menunggu sehingga tahun 2013.
pemulihan sekolah itu harus dilakukan segera bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
ReplyDeleteBukankah perlu menunggu kelulusan dari kerajaan pusat dulu baru peruntukan disalurkan??
ReplyDeleteKemudahan yang bermasalah dalam pendidikan perlulah disegerakan penyelesaiannya.
ReplyDeleteSebaiknya peruntukkan seharusnya dipercepatkan. Tambahan lagi ini berkaitan dengan pendidikan. Jadi kerajaan harus menyelesaikannya. Ini akan menjejaskan pembelajaran anak-anak dikawasan tersebut. kerana terpaksa belajar dengan kekurangan.
ReplyDeleteKejadian yang menimpa SK Piasau menunjukan keperihatinan kerajaan apabila dengan segera membantu kepada sekolah tu.
ReplyDeleteGunakan peruntukan tu sebaik mungkin.
ReplyDelete