Oleh : THANUSYA
SHANMUGANATHAN
KUALA LUMPUR : Polis
anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih dan meriam air ke atas peserta
perhimpunan Bersih pada 28 April, yang telah menyebabkan pertembungan ganas
yang berjam-jam dengan peserta, dan situasi ini dijadikan lebih teruk dengan
penggunaan kawat dawai di sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan
kecederaan kepada para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam) diberitahu kelmarin.
Satu saksi memberitahu
inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah diguna oleh pihak berkuasa di Dataran
Merdeka itu biasanya diguna dalam zon peperangan.
“Berdasarkan pengalaman
saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling merbahaya. Ini adalah dari
pengalaman saya sebagai seorang bekas pegawai tentera,” Khairul Anuar
Pawanchik, seorang askar yang telah bersara, memberitahu inkuiri itu.
Beliau juga memberitahu
panel Suhakam itu bahawa beliau telah melihat seorang lelaki dengan telinganya
dilukakan dan bergantung dari kepalanya.
Beliau berkata beliau pasti
luka itu diakibatkan kawat dawai yang telah diguna untuk menutup (seal off)
Dataran Merdeka.
“Telinga kiri lelaki itu
berdarah dengan serius selepas dawai itu memotong telinganya. Telinganya
bergantung,” kata Khairul, yang juga memberitahu bahawa beliau merupakan
sukarelawan Bulan Sabit Merah yang berada di Masjid Jamek hari itu untuk
sebarang kecemasan perubatan.
“Pihak polis tidak patut
menggunakan keganasan untuk menguruskan kumpulan orang ramai yang kasar.
Kekerasan seumpama itu adalah tidak wajar,” katanya lagi.
Tetapi Khairul juga berkata
beliau mendengar sekumpulan anggota polis yang berseragam yang mengejek
sekumpulan orang yang dianggarkan 200 orang, dan memakai baju kemeja kuning
Bersih 3.0: “Mengapa kamu lari dari sini? Kalau kamu berani, datanglah dan
menghadapi kami. Berdirilah dan berlawan.”
Khairul yang berumur 60
tahun itu juga berkata sejurus sebelum kejadian itu, beliau melihat dan
mendengar kumpulan demonstrator yang beranggaran 200 orang itu mengejar seorang
anggota polis berseragam yang sedang berdarah dari kecederaan di Jalan Raja
Laut. Kumpulan itu menjerit: “Kita bunuh
polis yang jahat.”
Satu saksi lagi, Kunabalan
Rahagopal, memberitahu inkuiri bahawa pihak polis tidak memberi sebarang amaran
sebelum melepaskan gas pemedih ke dalam crowd of thousands of protesters.
“Saya pasti bahawa tidak ada
amaran diberi sebelum anggota polis moved in,” kata konsultan perkhidmatan
sosial yang bekerja secara sambilan itu.
Kunabalan yang mengakui
dirinya adalah penyokong Bersih dan telah dikenakan gas pemedih, berkata bahawa
keadaan hari itu pada mulanya adalah aman, sehingga satu skuad polis anti-rusuh
telah tiba dalam satu trak FRU di Jalan Loke Yew, selepas jam 2.40pm.
Beliau memberitahu inkuiri
itu bahawa beliau melihat lima hingga enam pemuda yang berpakaian hitam
menembusi halangan berdawai duri itu tanpa kejadian.
“Seorang individu berbangsa
Cina telah melompat melepasi halangan dan bercakap dengan anggota polis dan
memberi mereka sejambak bunga dan telah ditemu bual oleh media,” Kunabalan
berkata, semasa menerangkan kejadian pada jam 2.40pm pada 28 April, sebelum
kekecohan berlaku.
“Trak FRU itu telah bergerak
masuk dan mula melepaskan meriam air. Dalam masa beberapa minit, mereka mula
melepaskan gas pemedih,” kata beliau.
Saksi ketiga yang memberi
keterangan hari ini adalah pesara Baharudin Hisham yang berumur 53 tahun dan
berasal dari Puchong.
Beliau berkata beliau adalah
seorang orang awam yang sedang membeli-belah di kawasan Sogo sebelum sekumpulan
polis mula memukulnya dan satu kumpulan besar yang memakai baju kemeja kuning
Bersih 3.0.
“Saya diheret di atas
jalanan dan dipukul di seluruh badan dan kepala saya,” beliau berkata. Pihak
polis kemudian menahan saya tanpa sebab.”
Baharuddin berkata kejadian
itu berlaku kira-kira pada jam 4 hari itu, sejurus selepas solat Asar.
Suhakam telah hari ini memulakan
satu inkuiri awam into the keganasan yang telah tercetus dalam ibu kota negara
pada 28 April, berikutan demonstrasi Bersih yang ketiga untuk pilihan raya yang
adil sejak 2007.
Panel inkuiri yang diketuai
Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli
suruhanjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Samen akan
menemu bual 22 saksi untuk jangka masa 22 hari.
Ketiga-tiga saksi hari ini
telah memberi keterangan di hadapan pemerhati dari Malaysian Bar, pihak polis
dan beberapa orang pemantau bebas. Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 11
Julai pada jam 9 pagi.
Perhimpunan pada 28 April
itu telah melihatkan beribu-ribu orang berkumpul di enam lokasi yang berbeza
sebelum menuju ke Dataran Merdeka itu adalah aman, sehingga kira-kira 2.30pm
apabila ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan telah meminta orang ramai
bersurai.
Tetapi pengumumannya tidak
kedengaran oleh kebanyakan orang ramai yang masih berlegar di sekeliling
dataran yang bersejarah itu. Mahkamah telah melarang orang awam memasuki
dataran itu.
Sejurus sebelum jam 3
petang, ada peserta perhimpunan yang merempuh benteng di sekeliling Dataran
Merdeka, dan ini mendorong pihak polis menyuraikan orang ramai dengan
menggunakan gas pemedih dan meriam air.
Pihak polis kemudian terus
mengejar peserta perhimpunan itu dalam situasi huru-hara itu yang melihatkan
keganasan dilakukan oleh dua pihak untuk empat jam yang seterusnya.
Beberapa dozen peserta
mendakwa bahawa mereka diserang kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh lebih dari
10 anggota polis, dan bukti gambar/video kelihatan seperti menyokong dakwaan
mereka.
Tetapi pihak polis juga
berkata ada keganasan dari peserta yang telah menyerang satu kereta polis.
Kereta polis itu kemudian
telah merempuh satu bangunan sebelum beberapa peserta menterbalikkan kereta itu
untuk berdiri.
Kerajaan persekutuan juga
telah menubuhkan panel dirinya untuk menyiasat keganasan pada 28 April itu,
tetapi pemilihan bekas ketua polis Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu
telah dikutuk kerana beliau pernah membandingkan gerakan Bersih dengan
komunisme dan menuduh pihak penganjur cuba mengulingkan kerajaan.
Panel Hanif itu telah pada
hari ini melawat semula tempat kejadian perhimpunan pada 28 April itu, semasa
inkuiri Suhakam itu dijalankan.
No comments:
Post a Comment