Oleh : JAYANTHI GEETHA
SUKUMARAN
HASRAT Kerajaan Persekutuan
untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat kerakyatan
songsang hanyalah mimpi kosong jika Kerajaan Negeri Sabah masih melayan Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad projek sebagai 'Warganegara Kelas
Pertama' dan terus menindas Anak Negeri Sabah.
Ketua Penerangan Angkatan
Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (AMK), Citra Masadi ketika menghubungi
Sabahkini.net sebentar tadi berkata, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) yang turut
diketuai oleh individu yang mendapat kerakyatan songsang telah menyebabkan
nasib Anak Negeri Sabah terus tertindas dan sekaligus meleburkan Visi 1Malaysia
yang digagaskan Perdana Menteri, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan".
Contoh terbaik kata Citra
ialah kes pertikian tanah, No 18 (Tahun 2011) antara Anak Negeri Sabah, Ninah
Bte Gaya dengan PATI yang bernama Haji Wahab Bin Nonong di Lahad Datu yang satu
masa dahulu digemparkan oleh videoklip, 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!'
Dalam kes pertikaian tanah
berkenaan, PATI dibenarkan memohon 'Tanah Adat' dan telah dikeluarkan geran
yang kononnya telah dibatalkan setelah pemohon pertama memfailkan bantahan
kerana Geran NT dikeluarkan status CL bagi membolehkan PATI berkenaan memiliki
sebahagian tanah tersebut, sebagaimana yang diputuskan Penolong Pemungut Hasil
Tanah Lahad Datu.
"Kita minta Kerajaan
Negeri Sabah bertegas agar sesiapa sahaja yang memiliki MyKad projek tidak
dibenarkan memohon tanah atau memiliki tanah sejajar dengan desakan penubuhan
RCI oleh rakyat Sabah," ujar Citra yang mendesak Ketua Menteri Sabah,
campur tangan berhubung isu tanah ini kerana sudah berlarutan sejak hampir
setahun lalu.
Kata Citra, jika isu surau
ini dibangkitkan menjelang bulan Ramadhan tahun lalu dan kini Ramadhan
menjelang tiba lagi, di manakah maruah Kerajaan Negeri jika isu surau dan tanah
sekecil ini dipaksa berkongsi dengan PATI daripada Filipina yang telah
dikenalpasti memiliki IC projek.
"Jangan persendakan doa
orang yang teraniaya, terutama penduduk Silam Bukit yang tidak mempunyai Surau
untuk beribadah. Di manakah Adun Lahad Datu ketika ini? Apakah mengikut jejak
Ahli Parlimen Silam yang bergegas menunaikan Umrah setiap kali tiba Ramadhan
bagi melarikan tanggung jawab mereka?," tanya Citra yang mendesak agar
pemimpin Islam di Silam bertaubat nasuha kerana perbuatan mereka menghina agama.
Tegas Citra, mereka patut
malu kepada pemimpin LDP, Chong Su Vun yang tampil menghulurkan bantuan
sedangkan Wakil Rakyat di Silam termasuk 'seorang Ustaz lulusan Al-Azhar membisu
seribu bahasa.
"Kita dapat tahu kes
ini telah diajukan kepada Ketua Menteri Sabah dan imam berkenaan telah
dipanggil menemui Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, tetapi amat memalukan
kes tapak tanah surau ini belum selesai sehingga umat Islam berada dalam
dilema," kata Citra jengkel dengan sikap sambil lewa JTU dan Jabatan Ketua
Menteri berhubung isu penting ini.
memang tidak patut PATI memiliki tanah di sabah..
ReplyDeleteJika benar seperti di dakwa, perkara ini tidak patut berlaku. PATI mana boleh memiliki tanah di sabah.
DeletePATI tidak berhal memiliki apa-apa di Malaysia.
Deletediharap perkara ini akan diselesaikan segera...
ReplyDeletepenubuhan RCI adalah permintaan rakyat Sabah sendiri
ReplyDeletemoga ia dpt ditubuhkan segera.
DeleteHarus ditubuhkan dalam masa yang singkat. PATI semakin mencabar ketenteraman.
Deletesemoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeletesemoga TOR yang dijanjikan oleh pihak Najib sudah siap
ReplyDeletenajib akan membuat pengumuman terhadap pertubuhan tak lama lagi.
Deletemarilah kita semua bersatu-padu dan kekal sebagai Sabahan dengan niat yang baik.
ReplyDeletewalau apapun, perlaksanaan RCI ini haruslah ditubuhkan atas keikhlasan kerajaan untuk menangani masalah RCI dan kerakyatan songsang di Sabah
ReplyDeleteRCI akan siasat semua isu ini dan langkah penyelesaian dpt diambil.
ReplyDeleteKerajaan akan sentiasa memnunaikan janji mereka. Pasti RCI akan di tubuhkan.
ReplyDeleteRCI harus dipercepatkan lagi pemprosesannya sementara PATI masih dalam kawalan.
ReplyDeletePATI harus dihantar balik ke negara asal.
ReplyDeleteHope the TOR is in final stage.
ReplyDeleteKenapa pula pertubuhan memerlukan masa yang begitu panjang?
ReplyDeleteIni juga permintaan semua rakyat, harus bertindak cepat.
ReplyDeleteIsu mykad palsu harus disiasat untuk mencari punca masalah.
ReplyDeleteRCI masih banyak perlu diusahakan, TOR pun belum dibuat, apatah lagi seterusnya?
ReplyDeleteRCI ada atau tiada, ada saja yang mahu kritik.
ReplyDeletekesimpulannya, bagi pemimpin2 pembangkang, buat salah, tidak buat lagi la salah.. patut la pembangkang di negara ini terus membangkang setiap kali berakhirnya Pilihanraya..
DeleteBerita mengenai Suruhanjaya ini masih menjadi tanda tanya. Jadi kita tunggu saja apa yang berlaku seterusnya mengenai perkara ini. Harap keputusan yang cepat akan diberikan.
ReplyDeleteMoga2 kesabaran kita tidak sia2
DeleteRCI pasti akan dilaksanakan, tu adalah harapan rakyat.
ReplyDeletesi Citra saja mahu memburuk2an RCI memandangkan parti dia semakin dilupakan oleh rakyat setelah kerajaan mengumumkan penubuhan RCI..
Deletekalau RCI itu mimpi kosong, kenapa pemimpin2 pembangkang negeri ini tidak henti2 minta RCI hingga sanggup menganjurkan demonstrasi??
ReplyDeleteberkenaan dengan kes Ninah Bte Gaya, beliau sepatutnya meminta bantuan suhakam atau peguam Kong Hong Ming untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.. bukannya mengadu dengan Citra yang kerjanya hanya mengambil kesempatan disebalik kesempitan..
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak will reveal details of the Royal Commission of Inquiry (RCI) into Sabah’s illegal immigrant problem on the 11 August, finally putting an end to nearly six months of uncertainty on the issue.
ReplyDeleteThe prime minister confirmed today that the terms of reference for the royal panel’s probe will be disclosed following his meeting with Sabah Barisan Nasional (BN) leaders.
ReplyDeleteThe prime minister’s visit to the east Malaysian state may coincide with Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s, who is scheduled to be in Sabah the following day.
ReplyDeleteNajib had announced the highly-anticipated RCI on Sabah’s illegals issue on June 1 but stopped short of revealing details of the panel’s composition and terms of reference.
ReplyDeleteThe issue has been bandied about in the media since February 10 when Sabah BN leader Tan Sri Bernard Dompok’s first announced Cabinet’s decision to form the RCI.
ReplyDeleteThe unchecked influx of illegal immigrants in Sabah has been a longstanding problem in the BN-ruled state, and frequently blamed for the rise in social, economic and security problems suffered by the locals here.
ReplyDeleteAccording to replies provided in Parliament last year, Sabah’s populace numbered 651,304 in 1970 and grew to 929,299 a decade later. But in the two decades following 1980, the state’s population rose significantly by a staggering 1.5 million people, reaching 2,468,246 by 2000.
ReplyDeleteMedia reports said that as of 2010, this number has grown further to 3.12 million, with foreigners making up a sizeable 27 per cent or 889,799 of the population.
ReplyDeleteOpposition leaders have long raged against the BN government for this population explosion, alleging that illegals have been allowed into the east Malaysian state, and given MyKads and voting rights to help the ruling coalition cling to power.
ReplyDeleteThe issue has also been among the key reasons behind the latest departures of two senior BN lawmakers ― Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing and Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin.
ReplyDelete