PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan
Domestik bernilai RM1 bilion.
Dana itu bertujuan
meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global,
dalam industri sasaran iaitu bernilai tinggi tambahan, berintensifkan
pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.
Beliau berkata dana itu akan
diurus oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan akan diluluskan
pada asas rundingan, berdasarkan permintaan syarikat dan merit setiap kes,
dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknologi pelabur domestik.
Najib berkata dana itu
bermatlamat meningkatkan dan memanfaatkan peluang-peluang penyumberan luar yang
diwujudkan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia,
meningkatkan penguasaan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan
syarikat brekenaan memperoleh standard/pensijilan antarabangsa dalam industri
strategik.
Perdana Menteri juga berkata
kerajaan memperkenal semula insentif cukai untuk mengambil alih syarikat asing
berteknologi tinggi bagi membolehkan syarikat milik Malaysia memperoleh
teknologi canggih menerusi pendekatan lonjakan bagi meningkatkan rangkaian
nilai atau mempelbagai ke dalam bidang baharu.
"Inisiatif ini akan
memudahkan aktiviti inovasi dalam kalangan syarikat milik Malaysia," kata
Najib pada perasmian ibupejabat korporat baru Mida dan pelancaran logo baharu.
Najib berkata syarikat
pembuatan milik Malaysia yang sudah beroperasi selama setahun atau kurang dan
menjalankan promosi produk atau aktiviti menerusi Akta Promosi Pelaburan 1986,,
layak memohon insentif cukai itu.
Kerajaan juga meningkatkan
insentif cukai untuk syarikat kecil milik Malaysia supaya memohon insentif
cukai menerusi akta berkenaan dengan meningkatkan dana pemegangan daripada
RM500,000 kepada kurang daripada RM2.5 juta.
"Kadar khas cukai itu
untuk menggalakkan penyedia kecil perkhidmatan Malaysia supaya bergabung
menjadi entiti yang lebih besar, dan usaha juga sedang dilakukan bagi
meningkatkan daya saing entiti kecil selari dengan usaha kerajaan untuk
meliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan.
"Inisiatif ini berkuat
kuasa serta-merta, bersempena wajah baru korporat Mida dan arah tuju
strategiknya," kata Najib.
Najib yang juga menteri
kewangan berkata langkah itu yang berkuatuasa hari ini bertujuan menjadikan
pelaburan langsung domestik menyumbang sebanyak 73 peratus pelaburan dalam
ekonomi menjelang 2020, dengan 27 peratus lagi disumber menerusi pelaburan
langsung asing. (Bernama)
semoga pelaburan domestik ini akan mendapat pulangan yang lumayan.
ReplyDeleteDatuk Najib harus menguruskan sebaiknya mengenai kewangan negara kita ini.
ReplyDeleteDatuk Najib memang mempunyai perancangan yang baik.
DeleteEconomi negara semakin ke arah positif, segala usaha kerajaan nampaknya memberi impak positif.
ReplyDeleteSabah menerima pelaburan swasta tertinggi pada suku pertama tahun ini bernilai RM10 bilion sekaligus menjadikan negeri ini tertinggi menerima pelaburan swasta, diikuti Selangor, Johor, Sarawak dan Terengganu.
ReplyDeleteSemoga pelaburan ni dapat membantu merancakkan lagi pembangunan di negara ini.
ReplyDeletedalam masa yang sama teruskan usaha menarik pelabur2 asing untuk melabur di negara ini..
ReplyDelete