Oleh : NASPAZI
DATARAN intan bukanlah nilai
paradigma penulis sehingga menjadi tempat rebutan setiap orang untuk menyelami
aura spectrum tersirat pada apa yang tersurat. Justeru, wujud tanggapan kontra
oleh segelintir rakan jauh dan dekat penulis; dari kalangan Sabahan sendiri
yang seakan merendahkan koleksi paradigma penulis tentang ‘dedalu menghancurkan
semalu’ dengan pelbagai pandangan yang berbeza.
Sehubungan itu, ada yang
berkata “Siapa kau; atau Kau siapa?” atas alasan, penulis bukan orang yang
ternama.
Oleh itu, berdasarkan kepada
pelbagai dimensi tanggapan mereka, maka penulis bermonolog bahawa, hujan yang
turun tidak pernah berharap agar ditadah oleh setiap orang. Apapun, hujan yang
turun dengan lebatnya akan bersatu menjadi sungai.
Sungai tiada yang mengalir lurus
namun akan sampai juga ke laut akhirnya. Dalam erti kata lain, tiada sungai
yang mengalir ke gunung kerana sentiasa menuju ke tempat yang lebih rendah.
Air yang sentiasa menuju ke
tempat yang lebih rendah, tidak bermakna ia tidak bernilai. Yang demikian,
penulis merumuskan bahawa, perasaan mereka yang seakan gemar merendahkan
paradigma pihak lain bukanlah bukti keunggulan peribadi, tanpa sebuah artikel
diri sebagai bukti usaha mempertahankan hak negara Sabah dalam konteks ‘Negara
Komponen Malaysia’.
Dalam konteks berpasukan
(bola sepak contohnya). Setiap orang muda sedikit sebanyak akan wujud perasaan
untuk mewakili pasukan bola sepak Sabah. Tapi jika pemilihan pemain hanya
berdasarkan kepada perasaan semata-mata, tanpa mengambil kira ‘talent and
skill’ pemain, nescaya pasukan bola sepak Sabah hanya akan menjadi belasahan
oleh pihak lawan yang memilih pemain mereka berdasarkan kepada ‘talent and
skill’. Yang demikian, sekali lagi menunjukkan bahawa, perasaan semata-mata
bukanlah bukti keunggulan berpasukan angkara pilih kasih tanpa kejujuran.
JAJAHAN.....Sultan Brunei melalui bekas tanah jajahannya yang kini menjadi 'Tanah Jajahan Malaya'. Siapakah yang lebih berhak?
Kebijaksanaan
Negarawan Brunei Singapura
Biskut yang diadun mengikut
acuan tahi tidak sama nilainya dengan tahi yang diadun mengikut acuan biskut.
Biskut yang diadun mengikut acuan tahi, walaupun nampak hodoh dan meloyakan,
tapi bersih dan halal dimakan.
Manakala, tahi yang diadun
mengikut acuan biskut, walaupun nampak cantik dan menarik, tapi kotor dan haram
dimakan. Sesungguhnya, adunan biskut serupa tahi, dan adunan tahi serupa biskut
adalah wajah penipuan terbesar di siang hari. Namun, dalam konteks gagasan
Malaysia, Brunei Singapura tidak makan tahi penipuan regim Malaya.
Cadangan awal gagasan
Malaysia melibatkan lima negara (Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura).
Namun begitu, Brunei awal-awal lagi telah menolak Gagasan Malaysia atas alasan
tidak mahu menjadi tanah jajahan takluk Malaya.
Justeru, Brunei tidak menandatangani
gagasan penubuhan Malaysia pada 9 Julai 1963, walaupun terpaksa berdepan dengan
pelbagai kerenah ugutan dan gertakan regim Malaya sebelumnya.
Singapura pula, walaupun
terlibat secara langsung dalam proses menjayakan penubuhan gagasan Malaysia,
namun tatkala mendapati dirinya seakan menjadi tanah jajahan takluk Malaya;
atau dilecehkan kewujudan autonominya dalam ‘Negara Komponen Malaysia’, maka ia
telah mempertahankan nilai kemerdekaannya dengan penuh keazaman nasionalis
negarawan sehingga terlaksana harapan sebenar sebagai sebuah negara yang
berdaulat sepenuhnya di persada dunia.
Lantarannya, kini Brunei dan
Singapura menduduki ranking antara negara terbaik, terkaya dan termaju di
dunia. Dengan kata lain, Brunei Singapura berjaya menjadi negara terbaik,
terkaya dan termaju di dunia kerana bertuankan dirinya sendiri untuk tidak
bertuankan Malaya.
Manakala Sabah dan Sarawak
berjaya juga. Tapi berjaya menjadi negeri termiskin termundur kerana tidak
bertuankan dirinya sendiri untuk bertuankan Malaya.
Oleh itu, jika pengamal
politik Sabah Sarawak ada sedikit maruah dan harga diri, tatkala melihat
gelombang kebangkitan Brunei dan Singapura bernegara, berkerajaan dan
bermasyarakat, maka tidak boleh tidak, pengamal politik Sabah Sarawak mesti ada
keazaman politik (Political Will) untuk keluar dari longkang Ketuanan Malaya di
Borneo.
Tegasnya, Sabah Sarawak
miskin mudur, sebab bertuankan Malaya; Brunei Singapura terkaya termaju, sebab
tidak bertuankan Malaya.
Tiada Bukti Sabah Sebuah
Negara Atau Sabah Bankrap Negarawan?
Menyentuh soal tanggapan
yang kononnya ‘tiada bukti Sabah sebuah negara’, ianya perlu dipertimbangkan
dengan serius dan waspada dalam konteks pelbagai dimensi; khususnya dimensi
sejarah, dimensi politik dan dimensi kenegarawan.
Dalam dimensi sejarah
menjelaskan bahawa, zaman 40-an Malaya Sabah Sarawak masih merupakan koloni
British. Maksudnya, Malaya Sabah Sarawak sama-sama masih menjadi tanah jajahan
takluk British.
Namun, pada 31 Ogos 1957
Malaya merdeka; sedangkan Sarawak masih merupakan koloni British dari tarikh 31
Ogos 1957 hingga ke tarikh 21 Julai
1963; demikian juga dengan Sabah yang masih menjadi koloni British dari tarikh
31 Ogos 1957 hingga ke tarikh 30 Ogos 1963.
Dalam erti kata lain,
Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963; manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Seterusnya, negara-negara yang merdeka dan berdaulat ini telah bergabung
menjadi Malaysia pada 16 September 1963.
Oleh itu, tarikh 16
September 1963 sepatutnya dirayakan sebagai hari penubuhan Malaysia bagi
ketiga-tiga negara (Malaya, Sabah, Sarawak) yang membentuk Malaysia; atau
negara komponen Malaysia.
Malangnya, Sabah dan Sarawak
dengan bangga dan megahnya merayakan tarikh 31 Ogos 1957, iaitu tarikh
kemerdekaan Malaya sebagai tarikh kemerdekaan apanama Malaysia pula kononnya.
Pada hal, semenjak Malaysia
dibentuk pada 16 September 1963 hingga kini tidak pernah merdeka, sebab belum
penah dijajah! Pada masa yang sama, Sabah Sarawak terus dan terus-terusan
melupakan tarikh kemerdekaannya sendiri, sehingga hampir seluruh generasi baru
Sabahan dan Sarawakian masa kini tidak tahu, bahawa 22 Julai 1963 dan 31 Ogos
1963 merupakan tarikh sebenar kemerdekaan negaranya sendiri.
Sesungguhnya, rentak politik
Sabah pasca USNO semakin menghancurkan Sabahan sendiri angkara kerakusan
beberapa kerat pengamal politik yang mendaulatkan kepentingan peribadi di atas
penderitaan rakyat.
STOOGES......Satu Perdana Menteri dan dua Mantan Perdana Menteri ini bukannya 'Three Stooges' untuk ditertawakan rakyat kerana mereka pernah, sedang dan akan terus berkuasa selagi mendapat mandat rakyat. Siapakah penyelamat dan pemusnah?
Pada hal, Sabah telah
merdeka dan berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pengisytiharan
kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963. Dengan kata lain, Sabah bukan lagi wilayah
yang dijajah, tetapi mengapa hingga kini dalam pelbagai sudut masih seakan
terjajah?
Betapa hakikat rakyat Sabah
masih dijajah sebagai warganegara dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan
berdaulat gara-gara sandiwara politik kesyaitanan. Rakyat Sabah masih dijajah
dalam sistem Negara Komponen Malaysia.
Satu sistem yang di dalamnya
terdapat permainan sandiwara politik bermuka dua dalam memenjarakan hak rakyat
Sabah berkerajaan, bermasyarakat dan bernegara sebagaimana yang telah
digariskan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara.
Yang demikian, hampir
seluruh Jabatan Kerajaan Negara Sabah yang telah diwujudkan dan disusun dengan
baik oleh British sebelum meninggalkan Sabah dalam tempoh 10 tahun (1963 –
1973) masa transisi kuasa daripada pegawai Britih kepada anak-anak tempatan
Sabah telah dirampas untuk diserap ke dalam Jabatan Kerajaan Negara Malaya atas
nama Malaysia kononnya.
Akhirnya, rakyat Sabah
menjadi kuli dalam jabatannya sendiri sebagai warga kelas keempat (bangsa
lain-lain) dalam perkhidmatan awam Malaysia (perkhidmatan awam Malaya
sebenarnya).
Justeru, generasi baru
rakyat Sabah sepatutnya membuka mata yang berhubung dengan musibah lebih besar
yang semakin menghimpitnya ke jurang kehancuran. Tegasnya, rakyat Sabah jangan
menutup mata dengan membiarkan pengkhianatan dan kezaliman regim Malaya serta
baruanya yang semakin bermaharajalela di Sabah.
Sudah terlalu lama rakyat
Sabah berdiam diri dan dipertolol dalam sangkar penipuan dan pendustaan regim
Malaya.
Oleh sebab itu, sudah tiba
waktunya seluruh rakyat Sabah bangkit dan bergerak bersatu menghancurkan
pengkhianatan dan kezaliman, penipuan dan pendustaan regim Malaya di Sabah
sebagai penyakit dari kalangan parasit-parasit perompak dan penjilat yang
menjadi sembilu kepada hak kedaulatan kemerdekaan rakyat negara Sabah.
Akibatnya mereka merana
termiskin di buminya sendiri yang dilimpahi dengan kekayaan puluhan billion
setahun, namun berputih mata melihat 95% diangkut ke Malaya atas nama Malaysia
kononnya. Selainnya, sia-sia saja Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 gamaknya!
Yang demikian, Sabah tidak
syak lagi amat memerlukan kehadiran sejenis pemimpin yang berwibawa piawai
negarawan. Negarawan dalam bahasa yang paling mudah adalah pemimpin yang jujur
dan bijaksana dalam usaha mengemudi masyarakat dan negara ke arah kebangkitan
dan kemajuan negara Sabah agar setanding dengan negara-negara lain di persada
dunia yang kaya, moden dan kuat.
Namun begitu, penulis
menjangkakan bahawa, kemunculan pemimpin nasionalis negarawan di Sabah amatlah
tipis. Sebab, rakyat Sabah bukan jenis masyarakat yang berbudaya mencari dan
menghargai pemimpin nasionalis negarawan yang berwibawa.
Bahkan, rakyat Sabah lebih
suka dan setia, memuja dan memuji, barua dan talibarut regim Malaya di Sabah
sebagai proksi dan perkakas, dalam usaha mereka merempuh kedaulatan dan
memunggah kekayaan Sabah kerana demi kepentingan kronisme dan nepotisme mereka,
melalui pelbagai bentuk dan ragam propaganda jahat dan busuk dari kilang
pendustaan dan penipuan, ugutan dan gertakan, rasuah dan suapan saban hari ke
dalam hati dan minda warga Sabahan.
Namun begitu, lambat laun
Sabah tetap memerlukan pemimpin sejenis nasionalis negarawan yang berwibawa
kerana di tangan merekalah hakikatnya masa depan Sabahan dipertaruhkan agar
tidak terus dan terus-terusan dirogol oleh regim pengamal politik lurang.
Betapa regim Malaya yang menjadi pengamal politik lurang sama sekali tidak
layak memperbodoh plus memperhamba warga Sabahan.
Lantaran akhlak dan moral,
sikap dan watak mereka sendiri dalam apa ukuran sekalipun tetap tidak
mencerminkan sebagai penganut atau umat Islam yang baik. Sebab itu, regim
Malaya sarat dan sendat dengan pelbagai krisis moral hina dan pengkhianatan
durjana yang bukan sahaja melanggar kemurnian ajaran Islam sendiri, bahkan
bertentangan dengan kelakuan tamadun.
KHIANAT.....Ahli Parlimen Silam ini khianat kerana menikahi PATI yang mendapat IC Projek sedangkan beliau adalah pembuat undang-undang? Jika masih dipilih sebagai Calon BN, apa ertinya janji Perdana Menteri mengadakan RCI?
Sesungguhnya, pengkhianatan
regim Malaya tidak hanya terhad kepada kegiatan menjual kedaulatan negara Sabah
menerusi pemberian IC Projek kepada jutaan PATI, malahan PATI menjadi C4,
instrumen, alat dan perkakas mereka untuk merompak, memunggah dan menghisap
hasil negara Sabah, lantaran PATI menjadi tunggak dan bank undi mereka bagi
menghancurkan kebangkitan nasionalis Sabahan melalui demokrasi longkang.
Pada dasarnya, Sabah bukan
milik mana-mana etnik tertentu, mana-mana agama tertentu, mana-mana adat
tertentu dan mana-mana tradisi tertentu, kerana negara Sabah adalah milik
bersama semua warganegara Sabah pasca merdeka 1963!
Siapa yang kata begitu?
Tiada siapa yang kata begitu, melainkan Perjanjian 20 Perkara.
Justeru, rakyat Sabah wajar
mempertahankan Perjanjian 20 Perkara yang menjadi haknya dalam Negara Komponen
Malaysia 1963, rakyat Sabah wajar membenci penjajahan regim Malaya, rakyat
Sabah wajar melawan habis-habisan pengkhianatan regim Malaya terhadap
Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 20 Perkara.
Sehubungan itu, sebarang
pengkhianatan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara, nescaya
kehidupan rakyat Sabah pasti berakhir dengan kepahitan sebagaimana sekarang
lantaran dihisap hasilnya sehingga menjadi negeri termiskin di Malaysia.
Pada hal, hasil Sabah
puluhan billion setahun, namun dikawal sepenuhnya oleh regim Malaya, sehingga
rakyat Sabah terpaksa berkerajaan, bermasyarakat dan bernegara dalam satu sudut
dunia kecil senilai 5% saja gamaknya!
Dengan ungkapan lain,
seluruh Sabah tidak mampu melawan penipuan dan penindasan regim Malaya dalam
pelbagai sudut, termasuk dalam soal ekonomi dan politik yang dipimpin oleh para
pembohong yang licik. oleh itu, betapa pengamal politik kelas kambing di Sabah
telah membenarkan hak seluruh rakyat Sabah dalam Negara Komponen Malaysia
dirogol oleh pengamal politik lurang regim Malaya.
Yang demikian, segala
kemiskinan dan kemunduran Sabah dalam Negara Komponen Malaysia bukan kerana
miskin hasil, tetapi adalah suatu gambaran kepada kelemahan mutlak luar biasa
para pengamal politik Sabah dalam usaha mempertahankan hak kedaulatannya
sehingga gagal menandingi keberanian seekor semut yang begitu kecil namun masih
mampu menggigit.
Justeru, berilah tempat
berpijak kepada pemimpin nasionalis piawai negarawan untuk mengeluarkan Sabah
dari pandora penindasan regim Malaya dengan harapan 'Sabahan Berkuasa, Rakyat
Sejahtera!'
insyallah sabah akan bebas suatu hari nnti :)
ReplyDeletepemimpin2 seharusnya berjuang dan pertahankan hak2 Sabah.
ReplyDeletesiapalah pemimpin Sabah yang boleh dilihat sebagai pemimpin nasionalis ni??
ReplyDeleteMemang itu yang kita mahu sebenarnya. Memastikan Sabah ini ada pemimpin yang mampu memberikan hak mereka.
ReplyDeleteSabah was no longer the poorest state in the country, government efforts would continue to eradicate poverty
ReplyDeleteSabah’s GDP in 2010 was 31.6 billion ringgit, making it the sixth richest in Malaysia just behind Penang and ahead of Perak on peninsular Malaysia
ReplyDelete