Saudara Pengarang,
SAYA, Sharul Bin Khairy
ingin membuat aduan mengenai kegiatan judi Sabung Ayam dan 'Ketam-Ketam' yang
semakin berleluasa di Daerah Keningau.
Baru-baru ini, saya bercuti
ke Keningau dan kebetulan ada saudara saya mengajak saya pergi ke suatu tempat.
Saya hanya mengikut sahaja. Dari jauh saya melihat hanya sebuah kilang kayu
lama yang telah usang.
Tanpa diduga 'Pesta Sabung
Ayam' sedang berlangsung dan acara 'Ketam-Ketam' juga diadakan. Saya mendapat sedikit
maklumat dari pengunjung di situ bahawa ketua atau 'taiko' kegiatan judi itu
adalah Ah Siong.
Ada maklumat mengatakan
bahawa Ah Siong tidak pernah bekerja dan hairannya dia mampu memiliki sebuah
rumah di taman perumahan dan membeli dua buah kereta baru, salah satunya VIGO
3.0 dengan nombor plat SU7138 B.
Ah Siong berbadan gemuk dan
pendek. Hampir seluruh penduduk daerah Keningau mengenali nama Ah Siong kerana
setiap kali acara sabung ayam diadakan, beliau sekeluarga akan hadir.
Acara ini akan diadakan dua
kali seminggu iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad atau pada hari cuti umum.
Para peminat sabung ayam, walau datang dari jauh seperti Sandakan, Labuan,
Beaufort, Ranau dan Kota Kinabalu akan turut serta berjudi di gelanggang yang
tidak berlesen ini.
Kelihatan ada juga
kakitangan kerajaan akan turut hadir membawa ayam yang akan disabung. Setiap
kali acara sabung ayam yang diadakannya, dia mampu mengaut untung sehingga
RM40,000 sehari, sedangkan cukai untuk sebuah gelanggang sabung ayam dan 'Ketam-Ketam'
adalah RM50,000.
Cuba bayangkan berapa
pendapatan yang dia mampu perolehi dalam sebulan sedangkan tiada pekerjaan yang
mampu dilakukannya selain membuka gelanggang acara sabung ayam di Sogun dan Kg.
Menawo, Keningau?
Yang menjadi tanda tanya
saya, mengapa pihak berkuasa hanya menutup mata mengenai hal ini atau adakah
pihak berkuasa telah menerima sogokan daripada Ah Siong?.
Sekiranya IPD Keningau dan
IPD Kepayan tidak mengambil tindakan mengenai hal ini, saya akan merujuk
perkara ini ke IPD Bukit Aman dan mendedahkan siapakah pegawai yang melindungi
Ah Siong selama ini.
Sekian, terima kasih.
SHARUL KHAIRY.
"Setiap kali acara sabung ayam yang diadakannya, dia mampu mengaut untung sehingga RM40,000 sehari, sedangkan cukai untuk sebuah gelanggang sabung ayam dan 'Ketam-Ketam' adalah RM50,000."
ReplyDeleteBukankah ini rugi?
RM50,000 untuk sebulan kot..
Deletemahal juga cukai gelanggang ni.
Deletebah apa lagi serbulah kegiatan ini.
ReplyDeleteMungkin juga perkara ini berlaku.
ReplyDeleteBetul juga. Bagaimana seseorang tidak berkerja boleh memiliki harta sedemikian. Patut disiasat orang seperti ini.
ReplyDeleteya. memang patut disiasat. Makan duit haram juga mungkin tu.
DeleteHaramkan kedai 4D.
ReplyDeletebukan di keningau saja ni.. seluruh Sabah ada.. cuba buat serbuan di ladang2 getah atau kelapa sawit.. pasti banyak gelanggang pelik ditemui..
ReplyDeleteb
ReplyDeletenonton video ayam sabung s128 paling baru
ReplyDelete