PERIKSA......Antara
warga asing yang diperiksa dalam operasi berkenaan.
Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU: Tiga warga
asing sanggup bertindak terjun sungai gara-gara mengelak daripada ditahan
penguatkuasa imigresen setelah lokasi tempat mereka bekerja di tapak pembinaan
berdekatan KK Times Square, di sini, diserbu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen
Sabah, Mohammad Mentek, berkata tiga lelaki terbabit bagaimanapun diberkas
anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang turut menyertai
operasi khas ‘Ops 5P’ di tapak pembinaan itu.
Menurutnya, selain tindakan
terjun sungai itu, tujuh lagi warga asing cuba bersembunyi di atas siling,
namun berjaya dikesan dan akhirnya diberkas.
“Serbuan jam 9.30 pagi
dibuat selepas kita menerima aduan dari orang awam. Kita pada mulanya melakukan
intipan dan risikan sejak dua bulan lepas dan mendapati terdapat kalangan
pekerja tidak memiliki dokumen sah,” katanya.
Mohammad berkata 168
individu diperiksa dalam operasi berkenaan yang turut disertai Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela).
“Daripada jumlah itu, 85
warga asing termasuk tiga wanita dibawa ke pejabat imigresen Kota Kinabalu
untuk siasatan lanjut ekoran gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta
penyalahgunaan pas pekerja.
“Sementara itu, kita turut
menahan tujuh majikan kerana menggaji pekerja asing secara tidak sah,” katanya.
Kesemua majikan itu kini
disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata pihaknya akan
meneruskan Ops 5P di seluruh negeri dari semasa ke semasa di semua tapak
pembinaan yang disyaki mempunyai pekerja asing tanpa permit sah.
“Saya juga memberi amaran
kepada majikan agar tidak menggaji warga asing secara haram kerana tindakan
tegas termasuk tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.
Dalam pada itu, seorang
warga asing ditemui mati lemas setelah dipercayai melarikan diri daripada
dicekup oleh penguatkuasa dalam satu serbuan dua hari lepas.
Mangsa yang merupakan lelaki
berusia sekitar 35 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang kelmarin di sungai
Sembulan, tidak jauh lokasi tapak pembinaan di KK Times Square di sini.
Ketua Polis Bandaraya Kota
Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan
kejadian berkenaan.
“Kematian mangsa difahamkan
berpunca daripada lemas. Polis menyifatkan kejadian ini sebagai kes mati
mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.
Dikatakan mangsa gagal
menyelamatkan diri dan dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke sungai
berkenaan gara-gara mengelak daripada penguatkuasa imigresen dalam satu serbuan
di tapak pembinaan berdekatan KK Times Square. (UB)
PATI sanggup lakukan apa saja walaupun membahayakan diri semata-mata untuk melepaskan diri dari ditahan pihak berkuasa.
ReplyDeleteMajikan pun perlu dikenakan tindakan kerana mengambil pekerja warga asing yang tiada dokumen sah untuk bekerja.
ReplyDeleteSudah pasti yang terjun ini nampak sangat bersalah dan bermasalah.
ReplyDeleteCadangan juga jika baik pengusaha projek ini juga diambil tindakkan jika didapati mengupah warga asing tanpa dokumen sah. Ini sebagai satu pengajaran kepada mereka ini.
ReplyDeleteBetul, pengusaha2 projek tidak sepatutnya mengambil PATI untuk bekerja dengannya. tindakan tegas patut dikenakan.
DeleteKerapkan lagi operasi macam tu
ReplyDelete