Thursday 18 December 2014

IMIGERESEN DAN POLIS GAGAL PANTAU PENGEMIS CHINA?


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: MUSTAFAH MOHD HASSAN

Pengemis dari China.....kelihatan secara seragam memakai seluar biru ketika mengemis

SANDAKAN - Sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat  beberapa orang wanita asing dari China berkeliaran mengemis di sekitar bandar Sandakan.


Mereka yang memakai seluar blue jean secara seragam ini mengemis dengan menyebut perkataan “Oooo ne topho chin ooo” dan bilangan mereka dipercayai makin bertambah menjadi gelandangan di daerah ini.

Yang peliknya mengapa Jabatan Imigeresen dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menangkap para pengemis wanita asing dari China dan membiarkan mereka untuk meneruskan melakukan perkara itu?

“Fenomena itu kalau dibiarkan begitu saja tanpa adanya tangkapan dibuat oleh Jabatan Imigeresen atau polis nescaya ia boleh merebak dan menular lebih ramai lagi rakyat asing khususnya dari China itu melakukan perkara sedemikan” kata Jurucakap itu.


Pihak kerajaan kian giat dalam usaha memperketatkan kawalan sempadan Malaysia khususnya di perairan Sabah sejak keputusan laporan RCI dibentangkan baru-baru ini. Adalah tidak adil sekiranya pendatang asing datang ke negara ini melakukan pengemisan dan menjadi gelandangan secara bebas akan tetapi rakyat kita sendiri dihukum menanti hukuman berat jika menceroboh ke negara luar secara haram.

1 comment:

  1. KERAJAAN KALAU ORANG ASING JADI PEMINTA SEDEKAH ATAU PENGENMIS TIDAK DITANGKAP MALAHAN DBIARKAN BEGITU SAJA TAPI KALAU NORANG TEMPATAN DIHUKUM BERAT DIPENJARA BERTAHUN-TAHUN

    ReplyDelete