Wednesday 24 December 2014

Wang 1MDB bukan dari pembayar cukai





1Malaysia Development Bhd (1MDB) milik Kementerian Kewangan mempertahankan kewangannya dengan menjelaskan hanya sejumlah kecil RM1 juta daripada portfolio berbilion ringgitnya datang daripada kerajaan.


Firma yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dikritik ekoran tahap hutangnya, yang sebahagiannya dijamin kerajaan.




Pengarah 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin  berkata hanya dana diterima daripada Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya dalam bentuk ekuiti bernilai RM1 juta.

Selebihnya, jelasnya, daripada amalan kutipan dana antarabangsa.

“Oleh kerana 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan. (Malaysiakini)

1 comment:

  1. Kalau bukan duit rakyat, duit sapa ? Sapa yg jamin ?

    ReplyDelete