Sunday 1 July 2012

LAGI SERANGAN SIBER PADA MALAYSIAKINI




LAMAN web Malaysiakini sekali lagi diserang bermula daripada jam 2.45 petang semalam secara berterusan sehingga sehingga berjaya dipulihkan pada jam 11.30 malam kelmarin.

Peristiwa ini bukan kes terpencil memandangkan berlaku serangan serentak terhadap beberapa lagi laman web di negara ini.

Ketika laporan ini ditulis, kebanyakan laman web, termasuk milik pembangkang DAP, PAS dan PKR masih belum dapat dicapai.

Dalam pesanan Twitter, pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, serangan DDoS terhadap ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu menunjukkan tentera siber Umno sedang melakukan 'raptai' lebih serius menjelang pilihan raya umum ke-13.

Setakat ini, serangan yang berlaku semalam adalah yang paling canggih dan rumit setakat ini.

"Ia menggunakan corak serangan yang rumit serta tidak mudah dikesan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Serangan itu - dikenali sebagai Distributed Denial of Service (DdoS) - berjaya menjejaskan pelayan (server) Malaysiakini.

Ia melibatkan longgokan trafik palsu yang besar ke laman Malaysiakini yang menyebabkan kesesakan sehingga tidak dapat dilayari pembaca lain.

Serangan sebegitu biasanya dijalankan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mensasarkan sesebuah laman web.

Bagaimanapun, kumpulan teknologi Malaysiakini berjaya menaikkan semula laman berita bebas itu selepas bertarung selama lapan jam.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysiakini sering menjadi mangsa serangan siber, terutamanya ketika peristiwa besar seperti perhimpunan BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan pilihan raya Sarawak sebelum ini.

10 comments:

  1. This is not the first time Malaysiakini was attacked by hackers, I wonder why Malaysiakini was always the target?

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Maybe Malaysiakini's security is still weak, they need to consiult IT experts to heighten their website's protection.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. belum tau lagi siapa yang buat serangan tersbut.

    ReplyDelete
  4. Bermula sudah perang cyber besar2an bila PRU sudah semakin dekat.

    ReplyDelete
  5. Bikin takut juga orang yang salah gunakan kepintaran IT mereka untuk tujuan jahat.

    ReplyDelete
  6. Siapakah yang tidak puas hati dengan MK ini yang cuba menyerang sider MK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada yang menguntungkan pihak2 tertentu.

      Delete
  7. nampaknya MK harus lebih neutral dalam mengeluarkan isu

    ReplyDelete
  8. mana bukti Lim Kit Siang yang semua ini dilakukan oleh umno??

    ReplyDelete
  9. media2 pembangkang bukannya best sangat pun.. malah penuh dengan provokasi.. siapa2pun boleh naik angin bila baca komen2 para penyokong pembangkang..

    ReplyDelete