LAMAN web Malaysiakini
sekali lagi diserang bermula daripada jam 2.45 petang semalam secara berterusan
sehingga sehingga berjaya dipulihkan pada jam 11.30 malam kelmarin.
Peristiwa ini bukan kes
terpencil memandangkan berlaku serangan serentak terhadap beberapa lagi laman
web di negara ini.
Ketika laporan ini ditulis,
kebanyakan laman web, termasuk milik pembangkang DAP, PAS dan PKR masih belum
dapat dicapai.
Dalam pesanan Twitter,
pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, serangan DDoS terhadap ketiga-tiga parti
dalam Pakatan Rakyat itu menunjukkan tentera siber Umno sedang melakukan 'raptai'
lebih serius menjelang pilihan raya umum ke-13.
Setakat ini, serangan yang
berlaku semalam adalah yang paling canggih dan rumit setakat ini.
"Ia menggunakan corak serangan
yang rumit serta tidak mudah dikesan," kata Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysiakini Premesh Chandran.
Serangan itu - dikenali
sebagai Distributed Denial of Service (DdoS) - berjaya menjejaskan pelayan
(server) Malaysiakini.
Ia melibatkan longgokan trafik
palsu yang besar ke laman Malaysiakini yang menyebabkan kesesakan sehingga
tidak dapat dilayari pembaca lain.
Serangan sebegitu biasanya
dijalankan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mensasarkan sesebuah
laman web.
Bagaimanapun, kumpulan
teknologi Malaysiakini berjaya menaikkan semula laman berita bebas itu selepas
bertarung selama lapan jam.
Untuk beberapa tahun
kebelakangan ini, Malaysiakini sering menjadi mangsa serangan siber,
terutamanya ketika peristiwa besar seperti perhimpunan BERSIH 2.0, BERSIH 3.0
dan pilihan raya Sarawak sebelum ini.
This is not the first time Malaysiakini was attacked by hackers, I wonder why Malaysiakini was always the target?
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Maybe Malaysiakini's security is still weak, they need to consiult IT experts to heighten their website's protection.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
belum tau lagi siapa yang buat serangan tersbut.
ReplyDeleteBermula sudah perang cyber besar2an bila PRU sudah semakin dekat.
ReplyDeleteBikin takut juga orang yang salah gunakan kepintaran IT mereka untuk tujuan jahat.
ReplyDeleteSiapakah yang tidak puas hati dengan MK ini yang cuba menyerang sider MK.
ReplyDeletePasti ada yang menguntungkan pihak2 tertentu.
Deletenampaknya MK harus lebih neutral dalam mengeluarkan isu
ReplyDeletemana bukti Lim Kit Siang yang semua ini dilakukan oleh umno??
ReplyDeletemedia2 pembangkang bukannya best sangat pun.. malah penuh dengan provokasi.. siapa2pun boleh naik angin bila baca komen2 para penyokong pembangkang..
ReplyDelete