HASRAT kerajaan merobohkan
bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek
keretapi MRT amat dikesali kerana ia akan menjejaskan orang Melayu yang
menguasai 60 peratus perniagaan di tempat itu.
Menurut Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan (DPPWP), perobohan BB Plaza juga tidak patut dibuat kerana aset UDA
Holding - yang ditubuhkan bagi membantu usahawan Bumiputera - itu berada di
tempat strategik dan menjadi tumpuan pelancong.
"DPPWP melihat dengan
perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi
para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.
"Bagaimanakah nasib
para peniaga ini nanti?" soal ketua penerangannya Kamaruzaman Mohamad.
Dalam kenyataannya hari ini,
Kamaruzaman berkata, walaupun terdapat cadangan membangunkan semula bangunan 33
tahun itu, mungkin peniaga Melayu terlibat tidak mampu menampung kos sewa yang
mahal.
Beliau juga mengaitkan
perobohan BB Plaza itu dengan kehilangan dua aset yang dianggap paling bernilai
iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore yang memberikan keuntungan kepada
usahawan Melayu dan Uda sendiri.
"DPPWP difahamkan
bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB
Plaza. Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini
dikambing hitamkan," katanya.
Justeru, kata Kamaruzaman,
pihaknya mendesak kerajaan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza
itu demi kelangsungan perniagaan pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.
"Kita tidak menolak
sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi
janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga
bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan
peniaga-peniaga lain," katanya.
Hope that the government will give explanation regarding their decision to raze down Bukit Bintang Plaza to give way to the MRT projects.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
I'm sure the majority of businessmen who have shops in BB Plaza will want to know the reason, this will affect their livelihood.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
nasib peniaga harus dibela.. jgn biarkan mereka terkapai-kapai apabila BB dirobohkan.
ReplyDeletebantahan untuk merobohkan BB Plaza perlu dipertimbangkan dan kepentingan peniaga perlu diambilkira.
ReplyDeleteKementerian Kewangan telah memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar berkenaan perkara ni.
ReplyDeleteKerajaan perlu buat perancangan sebaik mungkin. Kesilapan kerajaan boleh beuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.
ReplyDeletePerkara ini perlulah diselesaikan dengan perbincang yang memberikan persetujuan kedua-dua pihak.
ReplyDeletePembangunan dan perancangan pembanguan adalah perlu untuk memajukan lagi kawasan tu.
ReplyDeletegimik pembangkang saja ni, bukan melayu saja diminta pindah semua yang ada disitu diminta pindah.
Delete"..terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing..
ReplyDeletenampak sangat yang peniaga2 bumiputera tidak mampu berdikari sebagaimana peniaga2 bukan bumiputera yang lain.. patut la sentiasa kebelakang..