Sunday 22 July 2012

PERKHIDMATAN 'BABY HATCH' DI SABAH?




KOTA KINABALU : Sabah bercadang melaksanakan perkhidmatan dikenali sebagai 'baby hatch' atau pusat perlindungan bayi dalam usaha mengurangkan perbuatan membuang bayi di negeri ini.

Ketua Jabatan Obstektrik dan Ginekologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah Dr Soon Ruey berkata sebagai permulaan, perkhidmatan itu akan diwujudkan di hospital berkenaan dan Hospital Queen Elizabeth 1, sebelum diperluas ke daerah lain di negeri ini.

"Walaupun kejadian pembuangan bayi di Sabah tidak tinggi, namun kami rasa perkhidmatan ini penting, sekalipun kami hanya dapat menyelamatkan satu atau dua nyawa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran satu kempen kesedaran wanita anjuran Wanita MCA Sabah yang dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini, hari ini.

Soon Ruey berkata perkhidmatan itu dirancang mula diwujudkan akhir tahun ini dan ibu bapa yang ingin meninggalkan bayi mereka di tempat berkenaan, boleh berbuat demikian dengan hanya meletakkannya di dalam satu bekas yang mempunyai inkubator dan menekan satu butang, yang akan segera menarik perhatian petugas hospital.

Katanya hospital berkenaan akan memantau kesihatan bayi terbabit dan merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk urusan pengambilan anak angkat.

Sementara itu, Rosnah mengumumkan Kementerian Kesihatan memilih Sabah menjadi tuan rumah satu kempen kesedaran kesihatan sempena program 'Janji Ditepati'.

Katanya kempen selama seminggu itu dijadual berlangsung pada September untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, venue kempen ini belum diputuskan kerajaan negeri, katanya. (Bernama)

13 comments:

  1. dgn ini tiada bayi akan dibuang merata-rata. tapi harap jgn pula ia menggalakkan ada pasangan menjadi tidak bertangungjawab dgn meletakkan bayi di pusat tersebut.

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau ini dibuat bukankah akan mengundang lagi anak luar nikah nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan juga tapi daripada bayi dijumpai dalam plastik beg, longkang dan sebagainya...

      Delete
  3. Mungkin perlu dikaji dengan teliti juga mengenai perkara ini. Ini bagi tidak mendatangkan masalah lain pula nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajian yang mendalam mengenai cadangan tu sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

      Delete
  4. Malaysia has the best health care, according to Dr Adlan Suhaimi Ahmad, (picture) the Deputy Director of Sabah’s Health Department. And he says that Sabah has better medical imaging equipment in diagnosing and treating diseases such as cancer than the other 12 Malaysian states.

    ReplyDelete
  5. A sophisticated nuclear medicine centre is being set up at Likas Hospital which already has an oncology department. Both cost the government 264m ringgit ($83.5m).

    ReplyDelete
  6. Hospitals in the state are getting better equipment.The nuclear medicine centre will of course have a positron emission tomography scanner (Petscan) which will allow doctors to treat cancers, diseases of the heart, muscles and brain such as Alzheimer’s more accurately. The Likas hospital already has a magnetic resonance imaging (MRI) machine, computed tomography (CT) scanner and gamma cameras that are used to scan organs such as the heart and kidneys to help doctors in their diagnosis.

    ReplyDelete
  7. The two Queen Elizabeth hospitals in Kota Kinabalu have MRI and CT scanners and government hospitals in Keningau, Sandakan and Tawau have CT scanners. Lahad Datu hospital is expected to have one by year end.

    ReplyDelete
  8. Dr Adlan said Kota Marudu and Beaufort hospitals were being turned into specialist centres that would complement the five specialist hospitals in Kota Kinabalu, Keningau, Lahad Datu, Sandakan and Tawau.

    ReplyDelete
  9. The plus side is that more specialists will be posted to Sabah as a hospital become a training centre for doctors. So these hospitals will have to be equipped with more medical imaging devices, according to Dr Adlan.

    ReplyDelete
  10. He welcomes the growth of private health care in Sabah particularly with the building of a state-of-art Gleneagles medical centre in Kota Kinabalu. It is expected to be ready in two years. Demand for upscale medical care will increase as people become more affluent, Dr Adlan said. And it means the Sabahans will have the best health care at their doorstep.

    ReplyDelete