Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
NAIB Presiden Umno, Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi
berhubung Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang menyatakan kesediaan
untuk dipecat dari parti.
Mohd Shafie juga berkata,
tindakan pemimpin meninggalkan parti juga menjadi lumrah bagi sesebuah parti
politik seperti Umno.
"Saya tak mahu buat
spekulasi. Ramai sangat yang membuat spekulasi mengenai dia (Lajim). Bagi kita,
perkara seumpama ini lumrah dalam gelanggang politik. Kita semua pernah melalui
proses ini termasuk Umno.
"(Sebelum ini) Timbalan
(presiden) Umno sendiri pun pernah keluar (parti) malahan presiden satu ketika
dahulu pun keluar. Jadi ia tidak ada apa-apa kepada kita sebagai sebuah parti
politik," kata Shafie pada sidang media selepas merasmikan program bubur
lambuk 1Malaysia Amal Media 2012 di Bangsar hari ini.
Katanya lagi, tindakan
seseorang keluar daripada parti bukan sesuatu perkara yang boleh memberi kesan
memudaratkan pada parti. Malah, katanya, apa jua keadaan yang dihadapi akan
diatasi Umno.
Beliau juga mendakwa, Lajim
telah menafikan akan menyertai parti pembangkang.
"Kesannya mungkin ada,
besar kecilnya satu perkara. Tapi saya yakin ini satu spekulasi. Dah banyak
sangat. Bulan lalulah, tahun lalulah.
"Benda-benda ini tak
tahu benar ke tidak. Dia pun dah nafikan. Kalau orang dah nafi takkan tak
percaya.
"Saya rasa apa yang
penting untuk dia ialah, buat kerja dia sebagai ahli parlimen laksanakan tugas
dan tanggungjawab," katanya lagi.
Jun lalu, Lajim meletak
jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau dikatakan
tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.
Menurut Sabah Times, perkara
itu diumumkan Lajim pada hari Sabtu lalu ketika satu majlis sambutan
harijadinya yang ke-57.
Ahli mahupun pemimpin mempunyai hak untuk masuk ataupun keluar parti.
ReplyDeleteisu Lajim ni makin dipanaskan.. ia biarkan terpulang pada Lajim samada nk kekal dgn UMNO atau tidak. itu hak dia.
ReplyDeleteisu keluar parti bukan isu baru.. ia perkara biasa dalam politk.
ReplyDeleteini tentu cara pihak tertentu untuk mengelirukan fikiran rakyat
ReplyDeletemungkin ramai sangat yang berangan2 untuk mengambil-alih tempat beliau
ReplyDeleteitu sebab ada saja spekulasi yang mengatakan beliau ingin menyertai parti dari pihak lawan
ReplyDeletebiarlah Lajim sendiri yang menyatakan pendiriannya samada kekal dengan BN atau menyertai pihak lawan
ReplyDeleteterserah kepada Lajim untuk tentukan halatuju beliau sendiri.
Deletelagipun itu hak dia..
ReplyDeletedalam politik macam-macam boleh terjadi.
ReplyDeleteMemang ini selalu berlaku. tapi sebaiknya kurangkan kerana ini cuma akan menjejaskan nama parti dan individu itu saja.
ReplyDeleteIsu ini masih dikaitkan dengan Datuk Lajim dan juga Datuk Bumburing. Tapi masih belum ada kepastian mengenai perkara ini benar atau tidak mereka ini akan meninggalkan BN atau tidak. Kerana tidak ada kata putus yang benar-benar boleh dipercayai lagi buat masa sekarang.
ReplyDeleteLama-kelamaan isu ni akan semakin sejuk.
DeleteMemang perkara lumrah sekiranya MP tu cuma mahu benefits saja.
ReplyDelete